Islamic Widget

Thursday, August 25, 2011

Menghitung hari....T_T

Assalamualaikum sahabat2...

Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan..Dah hari ke 26. Macam maner puasa anda? terawih? Tadarus? Iman? Agak2 iman kiter di penghujung Ramadhan nii makin tebal ker nipis? Ermm..Harap2 semuanya bertambah baik lah ea=) Agak sedih sebenarnya..sebab lepas nii dah tak dapat sahur ramai2 dgn family, dah tak dapat dengar suara2 kemeriahan terawih di masjid dan sedih terpikir adakah diri ini akan rajin berqiam di bulan yang seterusnya. Sedih bila sedar ada 3 malam jer lagi kan.. Ramadhan yang penuh kemuliaan ni dah nak tinggalkan kiter wahai sahabat.. Bulan yang penuh barakan, bulan yang dimana kiter terasa ringan anggota untuk beribadat, bulan yang doa dimakbulkan apabila dipinta dan juga dosa diampunkan..

Tapi bak kata ustaz dekat masjid tadi... sedih pun sedih jugak..tapi jangan tahu sedih jer..cepat2 rebut saki baki peluang yang tinggal nii untuk mintak ampun dengan Allah.. Ibarat megaSale kat shopping complex lah ni kan..kalau mega sale cepat2 jer kiter berlumba nak rebut peluang beli barang murah..So,, bulan puasa ni pun camtuu gak... tuhan sayang kat manusia..so tuhan buat Megasale Pahala.. saper2 nak rebut pahala yang berganda kenalah beribadat lebih=)

Mengimbau hari2 dalam bulan ini yang telah lepas..erm.. banyak perkara telah berlaku dalam hidup saya dan juga family. Dugaan dan ujian yang datang menyapa dan berkunjung mematangkan fikiran dan membuatkan diri saya jadi lebih kuat dan tabah.
Alhamdulillah..syukur kepadaNya..yang memberikan kekuatan kepada saya untuk menghadapinya dengan tenang dan penuh redha.. Thank You Allah!

Bermula dengan awal Ramadhan... saya dan ibu diserang demam selsema selama seminggu.. Dan pada hari kedua Ramadhan jugalah arwah abang masuk ke hospital. Dan disaat itu juga kami telah bersedia untuk sebarang kemungkinan..Saya menjadi peneman setia ibu ke hospital dan berurusan dengan doktor. Kami ke hospital selang sehari. Ketiadaan transport dan kesihatan ibu yang tak mengizinkan menyebabkan kami tak dapat ke hospital setiap hari. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa saya cuba berusaha untuk kuat...betapa saya berpura-pura belagak tenang di depan ibu..Coz I know that must look strong in front of her so that she will be strong too. Kalau saya lemah..mak saya lagi akan lemah..So, setiap hari saya akan dengar dy cakap rungsing pasal nasib brother sy..cakap dy tak mampu nak jaga sebab tak sihat..dan macam2 lagi kerisauan dy.. I'm not good in words ..so i just mampu dengar.. Tapi hanya tuhan saja yang tahu betapa susahnya nak pretend to be ok.. Nak tahan dari air mata tumpah depan2 ibu..sampai merah muka..Hanya mampu tersenyum supaya nampak ok. Namun, pada 21 Ramadhan.. my brother pergi jua menghadap Illahi. Kematiannyer kami hadapi dengan penuh keredhaan.. Tidak kedengaran suara tangisan sedikit pun dari kami sekeluaraga...? Kenapa? Coz kami telah lama bersedia dan cukup redha..

Ujian lain juga bertandang dimana beg duit saya tercicir di pasir mas. Saya tidak mahu mengeluh..kerana setiap kejadian ada hikmahnya..Mb nak suruh beli purse baru kot=) Setiap ujian yang pahit itu kan terasa manis biler kiter tempuh dengan redha. Jika sebelum ini ader seorang insan yang menjadi tempat saya mengadu, mengeluh dan mencurah rasa serta mendapatkan kekuatan..tapi walaupun kini tiada lagi saya bersyukur kerana sedar betapa Allah masih ada tempat yang terbaik untuk mencurahkan segalanya dan mengadu..Walaubagaimanapun.. terima kasih juga buat insan tersebut coz sudi memberikan kata-kata semangat dan bertanya khabar pada minggu lepas.

Finally, samer2 lah kita rebut peluang di penghujung Ramadhan ini=)

1 comment:

  1. yunk.. be strong k.. ktrg saem2 mu ni olwez ado d cc mu...

    ReplyDelete