Islamic Widget

Wednesday, September 26, 2012

insomnia datang melawat^_^

Assalamualaikum...dan selamat pagi! Ya...selamat pagi di highlight kerana aku type entry ni pada jam 4.00 pagi.  Good news nya esok hari khamis, Ok, KHAMIS means aku ada class pukul 8 pagi dan full sampai petang!  Arghh.... wahai kelopak mataku..tak mau tidurkah sayang..huhu.  Aku pun pelik kenapa mata tak mahu lelap malam ni. Dah puas aku bergolek-golek  dengan riangnya atas katil, tapi mata still tak mahu tidur, Last2 aku buka laptop.  Hurm.. nak kata minum coffee..confiem taklah. Aku just minum tea boh 3 in 1 yang echah bagi free tadi, sebab aku teringin nak tahu rasa teh susu 3 in 1 ni sedap ke tak. Rasanya..hurm..enggak bisa mengalahkan teh tarik di kedai^_^ Memandangkan family aku ahli pakar membuat teh susu (kecuali aku) sebab kami ada kedai makan dulu, memang taste bud aku ni boleh beza la mana yang kaw and tak.heehe.  Tapi yerlaa..aku minum teh jer kot, Its not a cup of coffee. 

Tak pun otak aku ni dah melepasi tahap mengantuk. Sebab tadi usai je solat isyak..mata ni berat semacam jer., kepala pun dah pusing2..tapi aku tahan jer..sebab nak pergi withdraw duit, purse dah kosongkan=(, n pergi print kat foyer since printer aku merajuk buat hal. Alahai printer ..nak jumpa pakar bedah lah pulak.Melayang lagilah ringgit Malaysia aku nanti.  Lepas tu singgah rumah cikmun mintak tolong print sebab  pakcik foyer punya printer ada colour saja..Kopak lah duit aku main print colour2 semua.  Balik jer rumah ajak housemate aku pergi ambik baju kolej.  Ok, yang ni satu.. pihak penguruan kolej amat menyedihkan aku. Aku order warna purple tapi dapat biru. Dahla dekat sejam lebih aku dengan Memey cari size baju kat situ. Apa guna lah diorang ambik size baju and warna masa pendaftaran kolej tapi kita tak dapat yang sepatutnya sedangkan duit dah dibayar.  Time ni lah nak tegakkan hak pengguna ni! hoho. Maybe pihak yang berwajib menguruskan baju ni patut agihkan baju mengikut apa yang dipesan. jangan main lambak jer and ikut suke suki bagi. Kesian pulak ahli2 rumah ku ada yang dapat baju lengan pendek. So, lepas buat benda2 nie..aku rase tahap mengantuk tuu dah hilang dengan sendiri.huhu.. Tulah..time ngantuk tak nak tidur or rehat kejap kan. Maka inilah hasilnya..tercongok atas katil..tuptaptuptap,,menaip. haha.

Spekulasi aku yang ketiga..mungkin enche insomnia sukesuki nak datang melawat. Yerlaa.. dah lama dia tak buat lawatan sambil belajar.huhuhuhu. Baru jer aku rasa nak buat kenduri doa selamat sebab insomnia aku ni dah lama tak datang.  Aku ingat kononya dah cure la tuu..dah sembuh..adeih.. cancel nampaknya kenduri. Dia datang lagi.huhu.. Asal kat  kolej jer insomnia.. kat rumah boleh pulak tidur nyenyak. huhu. Beruntunglah.. classmate  moral esok,, dapat tengok muka panda @ zombie aku nie masuk class..  Hurmm..udah pukul 5 ya..readers sekalian.. disebabkan aku nak puasa esok, Maka aku nak sahur lah..hehee..aci tak makan meggi time ni? ish....tak boley.. aku baru jer sembuh dari gastrik semalam lepas makan nasi tomato super duper pedas tuu. Apesaall bnyak penyakit sangat aku ni.. haha. Nanti aku list  sakit2 aku ni untuk entry akan datang. Huhu. Tak serius pun. InsyaAllah.. Tuhan kan sayang orang selalu sakit ni.hehe. Maka dengan ini tuan tanah berangkat dulu ya.. May GOD bless u all readers. salam ukhuwah^_^

No comments:

Post a Comment