Islamic Widget

Monday, December 24, 2012

::Bengkel Labu Sayong & Pulau Tiga::

Assalamualaikum...salam imtihan buat semua. Pastinya kawan2 tengah sibuk menelaah musim study week ni kan. Hurm..tuan tanah tak mula lagi study ni. Baru jer sibuk2 print and susun nota tadi.  Almaklumlah..orang lain dah  lama start std..aku sibuk berbengkel kat Kuala kangsar, Perak. Hehe. Tak tahu lah nape rasa tertarik hati nak join  bengkel ni.. Actually bengkel nii under Pusat Kraf Malaysia cawangan Perak. Sempena Minggu dan Festival Promosi Kraf diorang jemput pelajar Upsi untuk didedahkan cara2 buat labu sayung & pulau tiga ni secara tradisional. Ok..memang aku rasa tak rugi join. Segala benda buat kat sana tradisional..Dan...aku ni memang spesies suka benda2 tradisonal ni..hehe.Rase menarik..and as young generation we should learn n appreciate our own craft.   Kat sini memang kami dimanjakan sesangat lah oleh cikgu2  dan kakitangan kraf kat sane. Makan memang hurm..terlebih cukup. Sampai2 jer ada makan durian free. Lepas tuu ciap boleh makan cekodok durian dan bubur durian lagi.. Memang awesome lah. Ada demo buat durian crepe, tapi kami tak sempat nak tengok n rase since dah sampai agak lewat. 

Lepas tuu kami masuk bengkel n dibahagikan kepada 2 group. Satu group labu sayung dan satu lagi group labu pulau tiga. Beza labu sayung dan pulau tiga ni adalah pada bunga. Labu pulau tiga ada corak bungan timbul n labu sayung tak ada.  Seriously, seronok dan teruja sangat main2 dengan tanah liat..hehe. Tak sangka kami akan hasilkan labu sayong sendiri.. Dari tanah lembik yang berketul tuu kami uli-uli dan buat bentuk donat  atas pinggan n guna kaedah picit cubit sampai laa berbentuk labu. tapi aku nii memang laa species keras tangan..haha. Hampeh..cikgu tolong buat baru labu aku tuu jadik. Tapi mostly semua cikgu Pareb tolong buat laa..hihik. Memang solute laa cikgu Pareb..sanggup layan karenah semua orang.  Kelakar betul bila ada  yang jadi labu India laa.tak nampak labu laa... hoho. Proses nak buat labu  ni sangat rumit. Dari nak hasilkan tuu sampai lah nak bakar dengan buluh dan jerami. Perlukan kesabaran..orang zaman2 dulu memang penyabar lah kan..huhu. Tapi sekarang dah moden..orang dah tak guna cara tradisional. Dah ada mesin n macam2. Ape pun seni penghasilan tuu masih terus dikekalkan. So, memang tak patut lah kita complain kenapa benda nii mahal..sebab nak hasilkan tuu memang rumit. Tak caya? Haa..cube lerr kome buat sendiri ( pengaruh makcik2 kat kuala laa niii..hehe). Ape pun.. bengkel nii such a great experience laa bagi aku ..satu memori yang tak akan lupa^_^  Wassalam.. Selamat Berstudy week. Bittaufiq wanajah fil Imtihan=) aku pun dah nak start study ni!




No comments:

Post a Comment