Islamic Widget

Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah...Marilah kita U-turn hidup ke arah yang lebih baik!

Assalamualaikum...


Sahabat-sahabat ku sekalian sedarkah anda semua yang kita ni dah masuk tahun baru? Haa...kalau yang ambil tahu tuu Alhamdulillah....yang tak sedar2 tu...cepat2 lah bangun dari mimpi anda yer,,kiter dah masuk tahun hijrah baru ni.. nak pesan jugak jangan lupa untuk baca doa akhir tahu dan awal tahun yer.. nii doa dia ader saya sertakan kat bawah. Nak senang lagi, buka jer naskah Yassin kat rumah tuu..konpem ader.

::Lepas magrib ni..marilah sama2 kita membacakan doa awal tahun..mudah-mudahan Allah memberkati setiap detik yang kita lalui. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka::

Ok..doa sudaaa yer kawan2.aminn ya Rabbilalamin..Moga Allah mengkabulkan doa kiter semua. Then, lets talk about azam tahun baru nii...Cakap pasal tahun baru nii tak sah kan kalau tak sebut pasal azam baru..hehe.. Mestilah sebab setiap permulaan tahun tuu masing2 perlu tentukan matlamat yang dia hendak capai dan perbaik lagi apa yang perlu dari tahun lepas.

Erm.. Tahun hijrah baru nii saya rasa nak tanam azam ke arah ikhtilat. Perhubungan? yer..Kenapa perhubungan dan pergaulan jadi pilihan saya? Sebab saya rasa tahun2 yang sudaa saya dah banyak buat silap dan tak mampu menjaga ikhtilat nii dengan baik.
So, tahun nii akan ku cuba menjaga ikhtilat ini dengan sebaik mungkin... No couple.. Saya nak tinggalkan dunia2 cintan cintun nii ke belakang.. Biarlah perkara sebegini difikirkan selepas nikah. jikalau berkenan kat orang pun simpan jer dalam hati..hihi. sebab kalau dah tersurat jodoh dia akan datang jua pada kita disaat waktu yahg halal nanti. Alhamdulillah saat ini.. bermula sem ini..saya sudaa bersara dari bermesej2 dengan kawan2 lelaki tanpa sebab munasabab. Hanya perihal kerja yang penting saja akan betul contact. Number fon budak laki pun tak simpan sangat..dah banyak delete..kecuali betul2 teman lama. Alhamdulillah jugak kerana setakat ni saya topup RM 10 sebulan sekali. Itu pun akan habis sebab col family n kawan2 sebab hal kerja. Alhamdulillah jugak sekarang cuba tak aktif sangat di Facebook. Juz update perkembangan kawan2 yang jauh di mata dan upadate status dakwah. Kalau boleh memang nak deactivate terus FB tapi dunia teknologi sekarang semua info orang masuk FB. Kadang2 class batal pun ketua class iinfom dalam FB. So, nak tak nak kena buka jugak tengok2..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah...ada hikmah di sebalik apa yang terjadi sebelum ini. KAU berikan ku Hidayah dan kesedaran untuk menjaga ikhtilat dengan cara ini, terima kasih Ya Allah.. InsyaAllah..kan ku pertahankan prinsip hidup ini.. Moga diri ini makin mantap imannya agar dapat istiqamah dalam setiap perkara yang
dilakukan.. Aminn...Salam Maalhijrah.

No comments:

Post a Comment