Islamic Widget

Sunday, December 11, 2011

Usaha dan tawakkal kepadaNya...

Salam alaike...muslimin dan muslimat semua. Kaifahaluka? harap2..dapat dengar semua jawab Alhamdulillah..ana bikhair..hehe. Urmm..dah masuk bulan Disember dah..Kelantan dah masuk musim banjir nii.. Tapi xdapat rasalah musim tengkujuh sebab di Perak ini cuaca still ok. ader panas..ada hujan. Alhamdulillah.. ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum final exam..huhu.. Fatihah syukur sangat sebab dah berjaya mengharungi hari praktikal ujian silat. Sebelum nii takut jugaklah sebab banyak pergerakan buah silat tuu yang memang tak dapat catch up. Tapi after tekun blatih 2 3 hari.. Bulehlah jugak ingat. insyaAllah..kalau kita usaha betul2..Tuhan akan permudahkan. Rasanya banyak benda jugak yang saya rasa susah sangat nak buat sem ni.. Braille..Silat Cekak.. Tapi sentiasa lah ingatkan diri kita dengan satu ayat dari our love letters iaitu:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"."
(Surah Al-Baqarah, 286)

Ayat ini saya pegang sebagai motivasi dalam diri.Setiap kesusahan yang kita terima telah ditentukan OlehNya sebab Allah lebih tahu kemammpuan kita untuk tanggung dan hadapi sesuatu kesusahan @ cabaran. Semakin kuat cabaran tuu semakin kuatlah diri kita=)

Ok, now ade lagi esemen yang kena ciapkan dan test arab n braille yg bakal menyusul minggu hadapan.InsyAllah... akan usaha sehabis mampu.. Rasanya xcukup tidur + letih + pressure tuu dah menjadi lumrah kita sebagai student. Nak senang kena lah susah dulukan.. Tapi dalaam kita sibuk mengejar kuliah, esemen... dan program jgn lupa untuk top4 kan ilmu akhirat. Singahlah ke majlis2 ilmu jika kita kelapangan.. Ok.. sekian sudaa entry kali ini..Sykuran Jazillan buat yang membaca coretan yang tak seberapa ini.. ^_^ wassalam.
P/S: buat warga Upsi Kolez Zaaba n Aminudin Baki, jom sama2 kita ke majlis ilmu malam ni di dewan Kz.. Program PASAQ 2: Ceramah Bertajuk C.I.N.T.A

5 comments:

  1. Belajar silat cekak? Silat cekak apa?

    Btw, moga kuat dan tabah!

    :)

    ReplyDelete
  2. Silat cekak uztaz Hanafi..kak belajar silat jgk ker?

    ReplyDelete
  3. Yup2. Akak blajar Silat Cekak Malaysia. Dah tamat?

    ReplyDelete
  4. Belum..baru jer blja asas nih.heheh. sem depe baru masuk buah jatuh.

    ReplyDelete
  5. Ooo. Haha. Blajar la sampai habis. Ilmu tu. Penting untuk masa sekarang. :)

    ReplyDelete