Islamic Widget

Saturday, October 13, 2012

:: Amanah dan Baitul muslim?? ::

Assalamualaikum....Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.  Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi  pengasih.  Hopefully semua readers2  sihat sejahtera dan saya mendoakan moga semuanya berada dalam lembayung rahmatNYA. Amin..

Entry kali ini aku nak sharing2 pasal amanah. Betapa banyak amanah Allah dan ibu bapa yang kita pikul dan harus kita jalankan dan pegang tanpa kita sedari. Amanah Allah untuk kita mencari ilmu dunia dan akhirat, amanah Allah untuk kita menegakkkan syiar Islam, amanah ibu bapa menghantar kita untuk belajar dan kalau aku cakap pasal amanah ni memang luas yer  kawan2. Tak habis entry ni nanti.hehe^_^ Alhamdulillah..,Allah memilih aku untuk menerima satu amanah dan tanggungjawab yang agak berat juga untuk aku laksanakan. I admitt that, sangat tak menduga untuk menjalankan tanggungjawab ini yang aku kira tidaklah begitu mudah. Membantu mereka dalam perihal baitul muslim tugas yang agak mencabarlah jugak. Ape pun insyaAllah akan aku laksanakan sebaik mungkin. Allah akan menolong mereka yang berada di jalanNya. Aku bangga dengan mereka yang memilih jalan ini dalam mendirikan baitul muslim. Menggunakan orang tengah dan bukannya direct terus meluah perasaan pada empunya diri. Perkara-perkara  macam tu boleh menjerumus kepada couple tanpa kita sedari dan zina hati. Biarlah kita menggunakan orang tengah dan sampai masanya  wahai adam2 sekalian pinanglah bidadarimu dengan Bismillah.. Usaha itu tetap perlu ada. Sekadar memendamkan perasaan dihati tanpa usaha tak boleh jugak kan. Tetapi usaha itu bukanlah dengan cara memikat si dia dan berkapel2..keluar dating dan sebagainya. Dalam proses risikan tu, pihak lelaki dan wanita boleh mencari maklumat untuk mengetahui latar belakang terperinci kedua2 belah pihak melalui orang2 yang dipercayai disamping pergantungan kepada ALLAH swt setelah istikharah.

Aku dalam proses memantapkan ilmu juga. yerlah..nak tolong orang..maka ilmu pun kena lah ada.  Tak boleh main gitu2 jer kan.  Tambah2 lagi tuan punyer badan pun tak kahwin lagi. haha. InsyaAllah kalau kita tolong orang... Allah tolong kita balik kan. Jodoh tu rahsia Allah.. Hurm..pesanan ecclass buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul di luar sana..tak kiralah kat bumi or planet mana antum berada.. harap membuat perkara yang sama. Penggunaan orang tengah adalah yang terbaik aku rasa sebelum berjumpa ibu bapa. Bakal isteri antum tengah tolong orang ni..insyaAllah tiba masanya orang tolong kita pula^_^  Lelaki yang soleh insyaAllah dijanjikan untuk perempuan yang solehah.  Moga Allah memudahkan setiap urusan kita semua..amin.. wassalam....


No comments:

Post a Comment