Islamic Widget

Sunday, October 7, 2012

Gengster....oh gengster!

Salam alaike...hari ni terase cuak sebab kelas 2P (pengurusan pembelajaran)  jap lagi ada pengucapan awam..hoho. Cuak sebab kena cakap sorang2 kat depan dalam kelas yang huh ramai....... entah lah nape..kalau dulu excited jee nak cakap kat depan ni..sem ni..xder mood nk ckp bnyak2 dalam kelas.    Tapi nasib baik prof suruh cakap 5 minit sorang jer..Hahaha..maka aku buat cool jer..main keluar jerlah nanti.tapi nervous la jugak. Maybe sebab kelas tuu ramai budak satu faculty yang aku kenal kot.. Kalau sem lepas, kelas 3P aku relax jer cakap kat depan sebab xkenal sangat classmate.heheh.  Ha...i'm gonna speak about gengster jap lagi..Wahai-wahai gengster sekalian jangan terbatuk n terbersin lah yer..aku nak mengumpat hal korang kat class jap lagi..haha. 

 Ok, jum kiter revise cikit menda nak cakap jap lagi.. Ok..tajuk, isu gengsterisme di sekolah. Apa itu gengster?  Jika dilihat pada definisi, umumnya gengster ini  adalah satu kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama dan  mereka cenderung untuk melakukan perlakuan2 negatif . Mereka selalunya bergerak secara sulit dan mempunyai seorang ketua yang mengawal setiap pergerakan dan aktiviti kumpulan. Lazimnya mereka terikat dengan peraturan dalam kumpulan.  Kemudian, isu gengsterisme di sekolah. Akhbar2  telah banyak melaporkan kes2 gengsterisme yang berlaku di sekolah2 di Malaysia. Contohnya, ada kes murid dipukul beramai-ramai di asrama sekolah,dan ada juga kes guru dipukul oleh pelajar perempuan. Pelajar perempuan tersebut dipercayai  marah apabila diminta menghantar tugasan oleh guru. Guru tersebut dibelasah di makmal dan disaksikan oleh beberapa orang pelajar lain.  Selepas kejadian ini, berita tersebar dan pelajar perempuan tersebut tidak puas hati dan mengajak gengnya dari luar untuk mencari guru terbabit. 

Jadi, kita dapat lihat bahawa gejala gengsterisme ini telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat di kawasan sekolah.  Pelajar dan guru-guru diselubungi ketakutan untuk ke sekolah. Masalah ini memberi kesan buruk kepada proses p n p.  Proses p n p akan terganggu kerana masa guru banyak dihabiskan untuk mengendalikan masalah ini.  Pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster ini juga akan menimbulkan kekacauan dalam kelas kerana mereka tidak minat untuk belajar. Maka, apabila proses p n p terganggu kesannya adalah matlamat pendidikan tidak tercapai. Kesan yang lebih besar ialah prestasi sekolah menurun dan usaha untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang tidak berhasil.  Justeru, permasalahan gengsterisme di sekolah ini perlu dipandang serius dan di ambil tindakan oleh semua pihak.Sekian, terima kasih.............. fuh..ok tak? tapi aku rasa aku cakap cikit jer kot.. Chill Fatihah..tajuk senang jer ni.. alahai..cakap2 jer kat depan tuuu.. bukan suh explain teori pavlov ker bandura ker..haha. (sesipujukhatisendiri) kih3. 

Ok, readers...pray for me ya^_^ harap dapat buat yang terbaik..Moga Allah permudahkan segalanya. Amin... jazakallah...wassalam.


No comments:

Post a Comment