Islamic Widget

Sunday, November 11, 2012

Dajal dan kemunculannya???

Assalamualaikum...Hari ini Alhamdulillah aku sempat join satu majlis ilmu kat surau. Walaupun musim cuti ramai jugak students yang pergi. Bagus jugak buat program time cuti macam ni, tak der lah sibuk sangat kan dengan class or program lain. So, sedikit perkongsian ilmu kat sini.. Tajuk ceramah tadi The arrival of Dajjal dan disampaikan oleh Ustaz Ghazali (if i'm not mistaken sebab tadi sampai2 program dah mula,hehe) Tak sempat nak catit nama ustaz.  So mari kite mengenali musuh yang bakal memporak-perandakan umat Islam di akhir zaman.

Dajjal?? 
Keturunan  :Yahudi
Perwatakan: -Buta mata sebelah kiri, tertulis didahinya (ka-fa-ra)
                     -Kelihatan sentiasa muda, berbadan besar, badan agak kemerah-merahan
                     -Rambut kerinting dan tebal, kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang 
                     merimbun.
Tempat  tinggal   :  Menurut Shahih Muslim, sedang dirantai di sebuah Pulau, dan ditunggu oleh        binatang  bernama Al- Jassasah. Transitnya kemunculannya adalah disebelah Timur.


Moga kita semua dilindungi dari kejahatan dan fitnah Dajjal yer kawan2. Ustaz cakap..sekarang pun dah banyak munculnya anak-beranak Dajjal atau boleh dikatakan ejen2 Dajjal. Bak kata Ustaz ingat Dajjal tuu sesedap dia jer nak duduk diam kat Pulau tuu. Dia dah merancang macam2 strategi nak manipulasikan umat Islam ni dan hantar ejen2 kecil dia dulu buat survey n buat kacau bilau dulu. Kalau dari segi analoginya kawan2..macam kita tengok filem gengster lah kan..mula cerita bos hantar konco2 dulu buat kacau..time climax baru lah big boss muncul.huhu! Antara ejen2 Dajjal zaman sekarang ialah Amerika. As ustaz said..kalau kita perasan Amerika banyak guna simbol mata satu dalam mata wang atau apa2 simbol lah..aku pun tak perasan sebelum ni. 

Lagi satu ustaz ada jugak sebut pasal Syiah..yang aku rasa memang aku tak ambik tahu sangat pun pasal ni. Umat Islam sekarang ramai yang terkeliru antara syiah dan sunnah waljamaah. Ok, 4 negara yang banyak mengamalkan syiah ialah Syria, Iran, Lubnan, dan Iraq. Syiah telah banyak menjajah negara-negara ini. Moga Allah melindungi umat Islam sunnah waljamaah kat sane.amin.. Kat Malaysia sendiri pun kita kena hati2..kadang ada orang yang kita tengok alim n islamik jer..kita kenal betul2 dulu fahaman mereka ni, termasuklah pensyarah2 kat universiti. (tak semua lah yer) So, kena hati2 lah yer. Dalam erti kata lain, jangan main ikut jer cakap orang. Yang mana baik ambik yang mana buruk tak payah ambik.^_^ Ciri-ciri syiah yang sempat aku catit tadi, mereka tak menghormati sahabat2 nabi dan ada sesetengah mereka mengkafirkan para sahabat.. MasyaAllah...sedangkan para sahabat telah dijanjikan syurga oleh Allah. Kalau kite tengok pada 10 Muharram puak syiah ni akan ada satu hari kebesaran n mereka cederakan diri mereka sehingga berdarah n etc.. Ustaz juga ada bagi peringatan, kalau kat luar janganlah keluar time hari 10 Muharam tu. tak payah laaa kononya nak tengok macam mana rupa diorang libas2 senjata kat badan. Sebab apa? Korang nak kena tempah maut ea? Faham2 lah sendiri.huhu.

Lastly, syukran Ustaz atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat tadi. Moga Allah melindungi kita semua dari Dajjal dan terpesong fahaman dan agama.Aminn.. Ok, tu jer lah yang aku nak share cikit2.. Nak faham lagi mintak Pakcik Google carikan yer.kih3!   I lOve Majlis Ilmu.. Saranghae ^_^ Kawan2 semua kalau ada kesempatan masa joinlah yer majlis2 ilmu ni. Cuba lah cari masa time kat Uni nih! Nanti kerja susah daa nak jumpa..huhu. So, grab the chance! Wassalam=)







3 comments:

  1. Sebarang teguran dan pandangan bolehlah dikongsi bersama yer^_^ sangat dialu-alukan=)

    ReplyDelete
  2. Dik, 4 negara yang amalkan syiah tu Iran disebut dua kali. So satu lagi negara tu Iraq ke?

    ReplyDelete
  3. A'ah kak..Iraq..hehe. sy dah betulkan. mekasih yer^_^

    ReplyDelete