Islamic Widget

Monday, November 19, 2012

::Rumah Amal Siraman Kasih::

Assalamualaikum....salam satu perjuangan juga untuk umat Islam di Gaza, Syria, dan mana2 negara yang ditindas Yahudi laknatullah. Semoga mereka di lindungi dan diberi kekuatan menempuhi ujian Allah ini. amin..

 Entry kali ni aku nak sharing pasal program yang aku handle (1st time handle program sndiri)  ! hehe. Ok.. program kat rumah anak2 yatim ni sangat2 awesome lah aku rase.. Sebab??
- Ni program amal
- Dah lama nak p rumah anak-anak yatim
- Memang impian nak involve dengan kebajikan rumah2 amal ni bila dah kerja

So, tu bila dapat  handle program ni..aku cuba buat yang terbaik^_^ . Program ni sebenarnya under subjek moral, Akhlak Islam. Setiap kumpulan diarahkan untuk complete satu tugasan pergi ke rumah anak-anak yatim dan buat satu program kat sana.  Tapi honestly..tak mudah nak handle program ni. Penat jugak lah nak cari dan col pihak pengurusan untuk dapat kebenaran nak buat program. Alhamdulillah..akhirnya Rumah Amal Siraman Kasih sudi terima kedatanagn kami.  Dalam masa yang singkat aku cuba mendapatkan sumbangan derma sebanyak mungkin memandangkan kami pergi atas dasar menyiapkan tugasan kumpulan sambil2 buat amal. So, segala perbelanjaan semua kena sendiri tanggunglah. huhu. Pihak UPSI memang tak sponsor untuk buat tugasan kecik2 camnie.  Sebab tulah aku rasa lagi baguss kalau pensyarah buat tugasan ni pergi satu kelas. Lagi senang nak buat kerja n mintak sponsor. Apa pun aku cuba membuat yang terbaik. Cuti deepavali digunakan sebaik mungkin. As pengarah program (kononya lah) aku dah arahkan adik2 junior yang satu group  TAK BOLEH BALIK KG! hehe. 

 Then, pengalaman yang aku rasa tak pernah aku buat in my entire life KUTIP DERMA! Aku bergerak sendirian dengan mengutip derma kat surau dan dari rumah ke rumah kat kolej kediaman blok aku ni. Alhamdulillah..ramai jugak yang tak balik cuti..dan Alhamdulillah lagi sekali..kutipan derma sangat awesome.hehe. Student UPSI ni pemurah semuanya.   Untuk makan pagi dan tengahari  serta cenderahati kami mendapat tajaan dari orang perseorangan yang bermurah hati nak sponsor.Terima kasih tak terhingga. Moga ALLAH membalas jasa beliau menolong anak-anak yatim ini.

Next, kita orang satu group bertolak pagi  dengan 2 buah kereta. Sampai di Rawang  hampir2 pukul 11 dan disambut oleh adik2 yang datang menerpa  bersalaman dengan kami.  Lepas berjumpa dengan Cik Umi pengurus kat asrama lelaki kat situ..kami mulakan program dengan taa'ruf dan makan pagi.  Kemudian, bermulalah program kami........antara aktivitinya ialah senam robik, sukaneka, kotak beracun, pakaian kreatif n so on. Tapi..moment yang paling aku ingat masa buka laptop on lagu n video upin ipin semua datang kerumun! Hoho..Peminat upin ipin tegar rupanya budak2 ni.hehe.. Then, aku bagi jaa diorang layan lagu tuu ramai2. Dengan kami2 sekali menyanyi.. Ape pun sangat puas hati dapat layan diorang semua. Rasa puas hati tengok diorang melompat2- lompat gembira semasa sukaneka.  Tapi still agak susah jugak nak kawal kanak-kanak riang 45 orang ni. Kakak2 fasilitator 9 orang jer..Suara aku yang lunak tak berapa nak merdu ni haa..tenggelam dengan suara riuh rendah diorang.huhu.  Ha..baru tahu susahnya cikgu nak kawal student kan =(     Memang balik tuu aku pengsan teruss atas katil..hoho.  Ape pun terima kasih Ya Allah memilih aku untuk buat program macam ni. Sangat2 bersyukur. Moga sedikit sumbangan dari kami  mampu menghiburkan anak-anak yatim di Rumah Amal Siraman Kasih.

Ok..aku tak nak citer panjang2..the pictures will tell the left story............... layan..zasssssssssssss!














last picture is pengarah program n adik2^_^ hehe.

No comments:

Post a Comment