Islamic Widget

Sunday, October 21, 2012

Jengah sekejap ^_^

Assalamualaikum......  Let say Haiiii to all readers!!!!!!! hehee.. Moga semua sihat yer. Fuh, i miss this blog damn much! Seriously nak update banyak citer tapi minggu sebelum midsem break nii sangat sibuk. Hurm..Alhamdulillah banyak majlis ilmu yang sempat aku join minggu ni. Semalam forum bersama akhi Hilal Asyraf dan malam tadi bersama Ustaz Wan Mohd Nor berbicara tajuk mantapkan diri menjemput bidadari,,hurm, nice sangat2 perkongsian ustaz tadi. Aku tak sempat citer untuk entry nii..so  hutang  dulunyer  entry ni.hehe.

 Btw, today aku berjaya donate blood!!!!!!!!! hehehe. sukasuki sangat! Blood pressure dah normal^_^
Ok..lah tu jer laporan hari ni....aku type entry ni kejap sambil ditemani qasidah Ya hanana.. SubhanaAllah...sangat indah.kawan2 jangan lupa dengar sekali erk.. Wassalam.  P/s: Cintailah majlis ilmu kerana ia adalah taman-taman syurga didunia.

Saturday, October 13, 2012

:: Amanah dan Baitul muslim?? ::

Assalamualaikum....Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.  Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi  pengasih.  Hopefully semua readers2  sihat sejahtera dan saya mendoakan moga semuanya berada dalam lembayung rahmatNYA. Amin..

Entry kali ini aku nak sharing2 pasal amanah. Betapa banyak amanah Allah dan ibu bapa yang kita pikul dan harus kita jalankan dan pegang tanpa kita sedari. Amanah Allah untuk kita mencari ilmu dunia dan akhirat, amanah Allah untuk kita menegakkkan syiar Islam, amanah ibu bapa menghantar kita untuk belajar dan kalau aku cakap pasal amanah ni memang luas yer  kawan2. Tak habis entry ni nanti.hehe^_^ Alhamdulillah..,Allah memilih aku untuk menerima satu amanah dan tanggungjawab yang agak berat juga untuk aku laksanakan. I admitt that, sangat tak menduga untuk menjalankan tanggungjawab ini yang aku kira tidaklah begitu mudah. Membantu mereka dalam perihal baitul muslim tugas yang agak mencabarlah jugak. Ape pun insyaAllah akan aku laksanakan sebaik mungkin. Allah akan menolong mereka yang berada di jalanNya. Aku bangga dengan mereka yang memilih jalan ini dalam mendirikan baitul muslim. Menggunakan orang tengah dan bukannya direct terus meluah perasaan pada empunya diri. Perkara-perkara  macam tu boleh menjerumus kepada couple tanpa kita sedari dan zina hati. Biarlah kita menggunakan orang tengah dan sampai masanya  wahai adam2 sekalian pinanglah bidadarimu dengan Bismillah.. Usaha itu tetap perlu ada. Sekadar memendamkan perasaan dihati tanpa usaha tak boleh jugak kan. Tetapi usaha itu bukanlah dengan cara memikat si dia dan berkapel2..keluar dating dan sebagainya. Dalam proses risikan tu, pihak lelaki dan wanita boleh mencari maklumat untuk mengetahui latar belakang terperinci kedua2 belah pihak melalui orang2 yang dipercayai disamping pergantungan kepada ALLAH swt setelah istikharah.

Aku dalam proses memantapkan ilmu juga. yerlah..nak tolong orang..maka ilmu pun kena lah ada.  Tak boleh main gitu2 jer kan.  Tambah2 lagi tuan punyer badan pun tak kahwin lagi. haha. InsyaAllah kalau kita tolong orang... Allah tolong kita balik kan. Jodoh tu rahsia Allah.. Hurm..pesanan ecclass buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul di luar sana..tak kiralah kat bumi or planet mana antum berada.. harap membuat perkara yang sama. Penggunaan orang tengah adalah yang terbaik aku rasa sebelum berjumpa ibu bapa. Bakal isteri antum tengah tolong orang ni..insyaAllah tiba masanya orang tolong kita pula^_^  Lelaki yang soleh insyaAllah dijanjikan untuk perempuan yang solehah.  Moga Allah memudahkan setiap urusan kita semua..amin.. wassalam....


Wednesday, October 10, 2012

Ada apa dengan 10 OKTOBER???

Salam alaike..... 

Hari ni semua warga UPSI mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak berkeliaran di kampus pada waktu malam. Semua pulang awal ke kolej. Sebab tarikh keramat bulan 10 ini dikatakan satu tarikh misteri dan mistik di mana banyak kejadian misteri yang berlaku. Semua pensyarah juga dinasihatkan tidak mengadakan kelas sehingga lewat malam pada bulan Oktober.  Semua mengambil langkah berjaga-jaga. Walaubagaimanapun..pendinding diri yang kuat ialah Al-Quran... Hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan..amin.. 

P/s: Tuantanah is not in mood..tired, worried n etc. So, entry pendek jerlah. Moga Allah beri kekuatan juga pada keluargaku dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran.Amin...

Tuesday, October 9, 2012

Miniti hari2 yang perlukan kekuatan

Ya Allah...aku perlu kuat..lindungilah keluargaku..Beri kami kekuatan menghadapi ujian ini YA ALLAH..Hurm..tuantanah in the badmood..risau..Pening,kepala da pusing2.. Antara ponteng kelas , siapkan tugasan dan jumpa ma  n kak kat Ipoh, akhirnya aku tertidur kepenatan di bilik. Harap keluarga baik2 aja. Kami memohon kekuatan dan perlindungan dariMU ya ALLAH. amin..

Sunday, October 7, 2012

Gengster....oh gengster!

Salam alaike...hari ni terase cuak sebab kelas 2P (pengurusan pembelajaran)  jap lagi ada pengucapan awam..hoho. Cuak sebab kena cakap sorang2 kat depan dalam kelas yang huh ramai....... entah lah nape..kalau dulu excited jee nak cakap kat depan ni..sem ni..xder mood nk ckp bnyak2 dalam kelas.    Tapi nasib baik prof suruh cakap 5 minit sorang jer..Hahaha..maka aku buat cool jer..main keluar jerlah nanti.tapi nervous la jugak. Maybe sebab kelas tuu ramai budak satu faculty yang aku kenal kot.. Kalau sem lepas, kelas 3P aku relax jer cakap kat depan sebab xkenal sangat classmate.heheh.  Ha...i'm gonna speak about gengster jap lagi..Wahai-wahai gengster sekalian jangan terbatuk n terbersin lah yer..aku nak mengumpat hal korang kat class jap lagi..haha. 

 Ok, jum kiter revise cikit menda nak cakap jap lagi.. Ok..tajuk, isu gengsterisme di sekolah. Apa itu gengster?  Jika dilihat pada definisi, umumnya gengster ini  adalah satu kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama dan  mereka cenderung untuk melakukan perlakuan2 negatif . Mereka selalunya bergerak secara sulit dan mempunyai seorang ketua yang mengawal setiap pergerakan dan aktiviti kumpulan. Lazimnya mereka terikat dengan peraturan dalam kumpulan.  Kemudian, isu gengsterisme di sekolah. Akhbar2  telah banyak melaporkan kes2 gengsterisme yang berlaku di sekolah2 di Malaysia. Contohnya, ada kes murid dipukul beramai-ramai di asrama sekolah,dan ada juga kes guru dipukul oleh pelajar perempuan. Pelajar perempuan tersebut dipercayai  marah apabila diminta menghantar tugasan oleh guru. Guru tersebut dibelasah di makmal dan disaksikan oleh beberapa orang pelajar lain.  Selepas kejadian ini, berita tersebar dan pelajar perempuan tersebut tidak puas hati dan mengajak gengnya dari luar untuk mencari guru terbabit. 

Jadi, kita dapat lihat bahawa gejala gengsterisme ini telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat di kawasan sekolah.  Pelajar dan guru-guru diselubungi ketakutan untuk ke sekolah. Masalah ini memberi kesan buruk kepada proses p n p.  Proses p n p akan terganggu kerana masa guru banyak dihabiskan untuk mengendalikan masalah ini.  Pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster ini juga akan menimbulkan kekacauan dalam kelas kerana mereka tidak minat untuk belajar. Maka, apabila proses p n p terganggu kesannya adalah matlamat pendidikan tidak tercapai. Kesan yang lebih besar ialah prestasi sekolah menurun dan usaha untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang tidak berhasil.  Justeru, permasalahan gengsterisme di sekolah ini perlu dipandang serius dan di ambil tindakan oleh semua pihak.Sekian, terima kasih.............. fuh..ok tak? tapi aku rasa aku cakap cikit jer kot.. Chill Fatihah..tajuk senang jer ni.. alahai..cakap2 jer kat depan tuuu.. bukan suh explain teori pavlov ker bandura ker..haha. (sesipujukhatisendiri) kih3. 

Ok, readers...pray for me ya^_^ harap dapat buat yang terbaik..Moga Allah permudahkan segalanya. Amin... jazakallah...wassalam.


Friday, October 5, 2012

FOCUS !!!!

Dear Wan Nor Fatihah.. focus!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tugasan banyak sangat nak kena fikir ni.  Pegang hati tu kuat2...jgn bagi fragile..jgn bagi berkecai... Dun Ever U dare to fall in memory lane!!!!!! kan dah janji!!!!!!!!!!! Ya Allah..mohon kekuatan dari mu...amin.

Salam alaike dear readers..pliz ignore this entry..tuan tanah is talking to herself. Trying to get back her soul, spirit and sense.Wassalam.

:: Today my Life begins::

Salam alaike my love dovey readers.. I'm just want to share one of my feveret songs. This song is so meaningful to me..Credit to my loving cousin post lagu ni kat fb. da..hah dengar lagu ni kat wall ida^_^ terus tersuke^_^ lyrics lagu ni sangat2 bermakna..so layan............Zassssssss. May God bless all of u this wonderful evening. The evening of Jumaat is so lovely. Hope all of u have done recite Al-Kahfi.^_^ Tuan tanah tak dapat nak baca minggu ni...so harap korang  semua baca lah yer=) Wassalam. p/s: sila off muzik latar kat bawah kalau nak dgr lagu nii..

Thursday, October 4, 2012

Hot Chocolate ^_^

Assalamualaikum...Hai readers...Alhamdulillah..i got many feedbacks for the past entry.   Thanks a lot sebab sudi singgah kat page aku yg ntah ape2 ni kan.hehe.  K, by the way entry ni pendek jer sebab busy. Tengah rehat sekejap sambil refreshing minda nii dengan hot chocolate. Baru lepas layan movie korea tadi..hehe.haaa..this is one of my habit..time aku busy sangat dengan kerja berlambak ni jugaklah aku nak tengok korea. Kalau dah start tengok mula lah nonstop..hehe. (habit yang ni dilarang tiru sama sekali tau) So, time  pukul 1 pagi gnie baru aku nak start buat xsimen balik..hurm mula lah blurr tak tau nak mula maner..  So.. pekena Hot Choc dulu..mai secawan! Macam dah jadi satu habit pulak wajib minum hot drinks malam2. Tak kiralah coffee ker..milo ker as long as hot drinks. Tapi aku dah kurangkan minum coffee malam2 ni. Aku prefer hot choc sebab cam sihat cikit dari coffee tu kan.. Tapi hot choc aku tak taruk gula or susu lah..pure hot choc tau, cuma letak lebih la cikit serbuk choc tu.. Aku memang tak suka taruk gula kalau minum malam. Even milo pun i prefer milo kosong jer.  Entahla,,aku rasa dah cukup manis.  Setengah orang cakap pahit la..maybe selera lidah aku ni suka minum yang pahit2 kot.hehe. Dulu aku depends to susu suam nak cure insomnia aku ni.  Tapi dah 3 bulan rasanya aku tak minum susu suam sebelum tidur.hehe.. Apepun, minum hot drinks malam2 ni sangat best and refreshing bagi aku. Tak lengkap rasanya kalau duduk kat meja study tanpa ditemani segelas hot choc^_^  Nak lagi sihat tambah la 2 3 sudu oat. I love hot choc^_^ Wassalam.....