Islamic Widget

Friday, November 30, 2012

::AGM special edu ::

Assalamualaikum...catatan ringkas hari ini ============>

30 November 2012

Annual General Meeting Persatuan Pendidikan Khas UPSI

Cik Siti Wan Tembam dilantik menjadi Naib Exco Kebajikan & Masyarakat

Ucapan: Terima kasih buat adik-adik dan senior special edu yang mengundi percalonan saya^_^

Misi: In syaa Allah akan menjalankan tugas pada sem hadapan sebaik mungkin dan menghadiri meeting serta memberi komitmen dan kerjasama yang baik^_^

Mood: Tired n sleepy

Kotak fikiran: Mula membayangkan kesibukan hidup next semT_T (kalau umur panjang) waaaaaa!



Monday, November 19, 2012

::Rumah Amal Siraman Kasih::

Assalamualaikum....salam satu perjuangan juga untuk umat Islam di Gaza, Syria, dan mana2 negara yang ditindas Yahudi laknatullah. Semoga mereka di lindungi dan diberi kekuatan menempuhi ujian Allah ini. amin..

 Entry kali ni aku nak sharing pasal program yang aku handle (1st time handle program sndiri)  ! hehe. Ok.. program kat rumah anak2 yatim ni sangat2 awesome lah aku rase.. Sebab??
- Ni program amal
- Dah lama nak p rumah anak-anak yatim
- Memang impian nak involve dengan kebajikan rumah2 amal ni bila dah kerja

So, tu bila dapat  handle program ni..aku cuba buat yang terbaik^_^ . Program ni sebenarnya under subjek moral, Akhlak Islam. Setiap kumpulan diarahkan untuk complete satu tugasan pergi ke rumah anak-anak yatim dan buat satu program kat sana.  Tapi honestly..tak mudah nak handle program ni. Penat jugak lah nak cari dan col pihak pengurusan untuk dapat kebenaran nak buat program. Alhamdulillah..akhirnya Rumah Amal Siraman Kasih sudi terima kedatanagn kami.  Dalam masa yang singkat aku cuba mendapatkan sumbangan derma sebanyak mungkin memandangkan kami pergi atas dasar menyiapkan tugasan kumpulan sambil2 buat amal. So, segala perbelanjaan semua kena sendiri tanggunglah. huhu. Pihak UPSI memang tak sponsor untuk buat tugasan kecik2 camnie.  Sebab tulah aku rasa lagi baguss kalau pensyarah buat tugasan ni pergi satu kelas. Lagi senang nak buat kerja n mintak sponsor. Apa pun aku cuba membuat yang terbaik. Cuti deepavali digunakan sebaik mungkin. As pengarah program (kononya lah) aku dah arahkan adik2 junior yang satu group  TAK BOLEH BALIK KG! hehe. 

 Then, pengalaman yang aku rasa tak pernah aku buat in my entire life KUTIP DERMA! Aku bergerak sendirian dengan mengutip derma kat surau dan dari rumah ke rumah kat kolej kediaman blok aku ni. Alhamdulillah..ramai jugak yang tak balik cuti..dan Alhamdulillah lagi sekali..kutipan derma sangat awesome.hehe. Student UPSI ni pemurah semuanya.   Untuk makan pagi dan tengahari  serta cenderahati kami mendapat tajaan dari orang perseorangan yang bermurah hati nak sponsor.Terima kasih tak terhingga. Moga ALLAH membalas jasa beliau menolong anak-anak yatim ini.

Next, kita orang satu group bertolak pagi  dengan 2 buah kereta. Sampai di Rawang  hampir2 pukul 11 dan disambut oleh adik2 yang datang menerpa  bersalaman dengan kami.  Lepas berjumpa dengan Cik Umi pengurus kat asrama lelaki kat situ..kami mulakan program dengan taa'ruf dan makan pagi.  Kemudian, bermulalah program kami........antara aktivitinya ialah senam robik, sukaneka, kotak beracun, pakaian kreatif n so on. Tapi..moment yang paling aku ingat masa buka laptop on lagu n video upin ipin semua datang kerumun! Hoho..Peminat upin ipin tegar rupanya budak2 ni.hehe.. Then, aku bagi jaa diorang layan lagu tuu ramai2. Dengan kami2 sekali menyanyi.. Ape pun sangat puas hati dapat layan diorang semua. Rasa puas hati tengok diorang melompat2- lompat gembira semasa sukaneka.  Tapi still agak susah jugak nak kawal kanak-kanak riang 45 orang ni. Kakak2 fasilitator 9 orang jer..Suara aku yang lunak tak berapa nak merdu ni haa..tenggelam dengan suara riuh rendah diorang.huhu.  Ha..baru tahu susahnya cikgu nak kawal student kan =(     Memang balik tuu aku pengsan teruss atas katil..hoho.  Ape pun terima kasih Ya Allah memilih aku untuk buat program macam ni. Sangat2 bersyukur. Moga sedikit sumbangan dari kami  mampu menghiburkan anak-anak yatim di Rumah Amal Siraman Kasih.

Ok..aku tak nak citer panjang2..the pictures will tell the left story............... layan..zasssssssssssss!














last picture is pengarah program n adik2^_^ hehe.

Wednesday, November 14, 2012

The Greatest Doctor & I love Doctor ^_^

Assalamualaikum....entry kali ni khas untuk peminat movie korea n lee min ho. t0ing3!!! hehe. Cuti ni sempat jer aku layan citer Faith a.k.a The Greatest Doctor ni.. Suka sangat tengok semangat diorang pertahankan negara n Raja. Nak buat pilihan antara tanggungjawab melindungi orang tersayang dan tugas kepada negara..ok..memang mencabar n susah nak buat. Ape pun Lee Min Hoo. Gaya anda sangat coolio n smart lah dalam drama ni. ^_^ Kesimpulannya.. i love doctor n i love this movie so much^_^  4 **** untuk drama ni sebab endingnya xsuka sangat.heehe.

Synopsis
 A 21st-century plastic surgeon Eun-Soo(Kim Hee-sun) gets kidnapped and brought 700 years in the past for her healing powers. Goryeo-era bodyguard to the king Gerenal Choi Yeong is smart but a little naive, he almost never smiles. He faces conflicts with the female doctor Eun-soo, but soon feels attracted to her



Sunday, November 11, 2012

Dajal dan kemunculannya???

Assalamualaikum...Hari ini Alhamdulillah aku sempat join satu majlis ilmu kat surau. Walaupun musim cuti ramai jugak students yang pergi. Bagus jugak buat program time cuti macam ni, tak der lah sibuk sangat kan dengan class or program lain. So, sedikit perkongsian ilmu kat sini.. Tajuk ceramah tadi The arrival of Dajjal dan disampaikan oleh Ustaz Ghazali (if i'm not mistaken sebab tadi sampai2 program dah mula,hehe) Tak sempat nak catit nama ustaz.  So mari kite mengenali musuh yang bakal memporak-perandakan umat Islam di akhir zaman.

Dajjal?? 
Keturunan  :Yahudi
Perwatakan: -Buta mata sebelah kiri, tertulis didahinya (ka-fa-ra)
                     -Kelihatan sentiasa muda, berbadan besar, badan agak kemerah-merahan
                     -Rambut kerinting dan tebal, kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang 
                     merimbun.
Tempat  tinggal   :  Menurut Shahih Muslim, sedang dirantai di sebuah Pulau, dan ditunggu oleh        binatang  bernama Al- Jassasah. Transitnya kemunculannya adalah disebelah Timur.


Moga kita semua dilindungi dari kejahatan dan fitnah Dajjal yer kawan2. Ustaz cakap..sekarang pun dah banyak munculnya anak-beranak Dajjal atau boleh dikatakan ejen2 Dajjal. Bak kata Ustaz ingat Dajjal tuu sesedap dia jer nak duduk diam kat Pulau tuu. Dia dah merancang macam2 strategi nak manipulasikan umat Islam ni dan hantar ejen2 kecil dia dulu buat survey n buat kacau bilau dulu. Kalau dari segi analoginya kawan2..macam kita tengok filem gengster lah kan..mula cerita bos hantar konco2 dulu buat kacau..time climax baru lah big boss muncul.huhu! Antara ejen2 Dajjal zaman sekarang ialah Amerika. As ustaz said..kalau kita perasan Amerika banyak guna simbol mata satu dalam mata wang atau apa2 simbol lah..aku pun tak perasan sebelum ni. 

Lagi satu ustaz ada jugak sebut pasal Syiah..yang aku rasa memang aku tak ambik tahu sangat pun pasal ni. Umat Islam sekarang ramai yang terkeliru antara syiah dan sunnah waljamaah. Ok, 4 negara yang banyak mengamalkan syiah ialah Syria, Iran, Lubnan, dan Iraq. Syiah telah banyak menjajah negara-negara ini. Moga Allah melindungi umat Islam sunnah waljamaah kat sane.amin.. Kat Malaysia sendiri pun kita kena hati2..kadang ada orang yang kita tengok alim n islamik jer..kita kenal betul2 dulu fahaman mereka ni, termasuklah pensyarah2 kat universiti. (tak semua lah yer) So, kena hati2 lah yer. Dalam erti kata lain, jangan main ikut jer cakap orang. Yang mana baik ambik yang mana buruk tak payah ambik.^_^ Ciri-ciri syiah yang sempat aku catit tadi, mereka tak menghormati sahabat2 nabi dan ada sesetengah mereka mengkafirkan para sahabat.. MasyaAllah...sedangkan para sahabat telah dijanjikan syurga oleh Allah. Kalau kite tengok pada 10 Muharram puak syiah ni akan ada satu hari kebesaran n mereka cederakan diri mereka sehingga berdarah n etc.. Ustaz juga ada bagi peringatan, kalau kat luar janganlah keluar time hari 10 Muharam tu. tak payah laaa kononya nak tengok macam mana rupa diorang libas2 senjata kat badan. Sebab apa? Korang nak kena tempah maut ea? Faham2 lah sendiri.huhu.

Lastly, syukran Ustaz atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat tadi. Moga Allah melindungi kita semua dari Dajjal dan terpesong fahaman dan agama.Aminn.. Ok, tu jer lah yang aku nak share cikit2.. Nak faham lagi mintak Pakcik Google carikan yer.kih3!   I lOve Majlis Ilmu.. Saranghae ^_^ Kawan2 semua kalau ada kesempatan masa joinlah yer majlis2 ilmu ni. Cuba lah cari masa time kat Uni nih! Nanti kerja susah daa nak jumpa..huhu. So, grab the chance! Wassalam=)







Saturday, November 10, 2012

::Another one week break::

Assalamualaikum...Alhamdulillah..dapat cuti lagi seminggu..hihik^_^ sukenyer... Tapi minggu ni aku bercuti kat T.Malim jer lah..last week dah balik kan.Kalau balik lagi alahai..terbanglah lagi seratus.. huhu. Tapi kalau nak balik boleh jer kan..tengok junior...mak aih...berpusu-pusu balik angkat beg. Geng2 kat  kampung semua balik rasanya..huhu..sorry my dear geng tukul yer..Mid sem i dah lepas=(  Komitmen tugasan yang sangat full aku rasa sem ni..buat aku rasa tak enjoy sangat lah cuti ni. Cuma yang bestnya tak kena bangun awal2 p class (hehehe...i'm not a morning person=P). Kerja banyak sangat nak ciapakan.. Tambah dengan program bersama anak yatim yang aku kena handle untuk satu projek xsimen moral.  Bab yang nii aku suka sebab dapat keluar jumpa dengan masyarakat especially anak yatim..Ok, aku suka sangat kalau involve dengan kerja kebajikan ni..memang dari dulu lagi kalau dah berkerjaya...ada duit..nak sangat involve dengan rumah2 amal camnie. InsyaAllah..one fine day. So, sekarang kira as latihan laa buat aku..thanks to lecurer bagi kerja ni.  Tapi still setiap kerja tu ada cabarannya kan. Aku still tak dapat confirmation dari rumah anak yatim yang group kiter orang nak pergi tu.. hurm susah jugak bila nak handle benda ni dalam masa yang singkat. Toing3!! Fighting2!! You can do it.. Moga Allah permudahkan segalanya. aminn.

Then, sekarang aku tengah blurr kejap..rasanya tak kejap kot..dah satu hari aku stop tak buat aper2 kerja..heheh.Tengok movie memanjang..facebooking..scroll video dan artikel menarik. Malam ni rsanya aku dah kena stop buat kerja2 melalaikan tuu. (ha..tau pun lagha). But as normal human being aku rasa tak dapat lari dah dari release tension kejap tengok benda yang fun cikit^_^ Movie korea yang best. hehe. Bukan pergi berkepit couple kat luar or dedah aurat saner sini kan.  Kadang2 story or watak dalam movie tuu boleh bagi motivasi kat diri kita.  Dalam ape jua yang kita tengok of course ada baik dan ada buruk . So, kalau anda orang bijak bestari..cehh...hehe. maka cedoklah yang baik jer..apesal nak cedok kuah basi or ada semut yang konpem2 buat korang sakit perut kan^_^ Ha..pepatah dari mana lah ni, kuang3!!!

So, cuti ni InsyaAllah aku akan cover mane2 hutang entry yang belum selesai..hehe.  Selamat bercuti buat semua.Balik kg elok2..Mana yang tak balik selamat bercuti dengan tugasan anda di kolej.  Mana yang nak bertunang selamat bertunang, yang nak kahwin..selamat mendirikan rumah tangga=) Hope anda semua bergumbira walau dimana anda semua yer. Buat kawan Hindhu (i have non actually) Hepi Depavali... Teringin nak rasa laddu.hihi. Jangan lupa bagi maruku free . Wassalam...

Sunday, November 4, 2012

::Entry Rojak..Midsem break::

Assalamualaikum....dukacita dimaklumkan..aku type entry ni kali kedua yer..tertekan delete tadi!!!!!!! huaaaaa!!!!!!! Dah separuh kot type..huhu..Takpe..dugaan..... ALLAH..first ayat dah membebel.hehe.. Hai..semua! ^_^ long time no see ya. Kekangan masa sibuk kejar program dan deadline tugasan memang  buat aku xder masa pun nak jenguk blog. Tapi still dalam kepala macam2 nak update n share kat blog ni..A lot of things  nak spill sebenarnya. So, i guess entry kali ni will be entry rojak. hehe. Mintk ampun lah kalau readers fenim2 lalat cikit baca. Maybe ada citer yang x relate dgn tajuk..Banyak guna shortform n sebagainya. tapi aku try minimize penggunaan shortform sebenarnya.. Tak bagus untuk pembacaan kanak-kanak..Haha.. Tak sebenarnya sebab aku adalah bakal "cikgu ok" Maka kenalah mendukung title itu dengan penuh rasa tanggungjawab. 

Oops..mukaddimah panjang sangat pulak. hehe.Sebelum terlambat..memang dah delay pun kan..aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha lah buat semua.. How's your Hari raya? Sedih kan tengok lembu kena sembelih.. Tapi bagi aku..proses ibadah korban tu satu pengalaman yang sangat hurm...how to defined erk..momorable kot. Tengok macam mana lembu direbahkan dan disembelih..Allahuakbar...tak tahulah nak cakap camane..tapi its great..rase insaf..macam2 ada. Apepun part paling best mestilah makan daging!!!!!! hehe.. SAYA ADALAH PENGGEMAR DAGING. hehe..daging goreng..daging singgang..sup tulang..Allah..nikmatnya tak terkata. Tahun ni family tak korban pun.Tapi Alhamdulillah kalau kat Kelantan ni.. tak korban lembu pun peti ais penuh jugak dgn daging. Saudara mara n jiran tetangga agihkan daging. Sampai tak muat peti ais kot.  Time ni lah nak test variety of masakan daging.hehe.. tapi raye ni agak sibuk sebenarnya. So, tak sempat sangat nak mengarut buat daging blackpaper ker..lamb chop ker..sate ke..pau daging ker.. Imaginasi jer laa nak buat semua tuu..haha.Sebab raye haji tahun ni macam ramai pulak tetamu datang. Alhamdulillah tetamu tuu kan rezeki.. tapi tak heranlah sebab sanak saudara aku nii memang ramai. Raya first sibuk masak2 and tengok lembu. Raya kedua pagi2 dah sibuk masak mee kari  dan tolong ma masak sebab cousin aku mintak tolong masak untuk majlis solat hajat kat rumah dy. Family kiter orang bukan caterer yer..tapi lebih kuranglah sebab mak aku dulu bukak kedai makan and sedara mara selalu tempah and mintak tolong ma masak. Maka that's why aku rasa raye ni busy sangat... raya kedua ramai sangat orang datang rasenya sampai mee kari habis. Sorry buat my dear freind yang datang petang tuu mee dah habis..heeheh.  Raya ke-3 pulak ada lagi orang datang. Mak  long aku datang n sepupu aku datang. Nasib baiklah sempat buat agar-agar santan. Hurm..aku pun tak tahulah berapa kali dah aku masak agar-agar raye ni..haha..agak2nya agar2 tuu pun dah bosan tengok muka aku.

Ha, cakap pasal masak2 cuti ni aku sempatlah jugak mengarut kat dapur, buat karipap inti daging jer..hehe, tu punn. hampeh..dek kerana menaruh kepercayaan yang spenuhnya kat resepi dlm majalah tuu..karipap ku..hurm.. a little bit..keras. tak rangup pun=( Yerlah.. bak kata ma aku, biasa la tuu bukannya ahli karipap...buat pun setahun sekali..  Nak tau rase  camane tanya Wane kawan aku tuu. Sempatlah jugak aku pass karipap kat umah dy.hehe. Ape pun i blame fully kat resepi tuu..haha.sebab aku dah ikut sebijik2. Nak kena mintak resepi dgn Hlovate nih..camane Addin dalam AA+ BB slumber buat karipap even sibuk kerja rawat patient.. hurm..even aku dah taubat tak nak buat karipap lepas hari tuu..tapi yerlah..Addin inspire me to make karipap again.hehe..InsyaAllah nanti ada masa lagi misi buat karipap akan dilancarkan.heheh. Lagi pasal masak2 urm..aku puas hati. sebab dah dapat makan sup tulang..even aku makan tak beria sangat,,Yerlah..lemak banyak kot..huhu. badan n kesihatan kena jaga jugak (cehh..sejak biler ni???) Satu lagi aku ada buat biskut butter sehari sebelum aku berangkat naik bus ke UPSI. Ciplak resepi dari ousmet aku, budak2 ert..hehe.Tima kasih iza n ain yer.  Nanti aku share resepi nii kat entry khas ( hutang lagi satu entry^_^ )

Then, dalam cuti seminggu ni jugak sepupuku pergi menemuiNya. Al-Fatihah buat arwah abe jue. Moga Allah menempatkan arwah dalam kalangan beriman. Di usia 23 tahun arwah pergi menemuiNya. Ya Allah sungguh hebat dugaan mu buat seluruh keluarga kami. Masih teringat lagi gurau senda arwah ketika raya puasa. Arwah antara sepupu yang aku boleh katakan agak rapat denganku dan kami sekeluarga. Kalau laptop rosak memang aku  roger dy sebab arwah memang expert hal2 repair computer ni. Pemergian arwah mmg terasa sebab dy pandai bergurau and masih teringat lagi kenangan menghadiri majlis kawinnya tahun lepas. Sebab aku selalunya tak sempat n berpeluang nak join majlis kawin sepupu ni. Allah Maha mengetahui segalanya.. Arwah terlibat dalam accident bersama isterinya  dan koma lapan hari di Hosp Temerloh. Alhamdulillah isterinya selamat even badly injured. Moga kak tirah diberi kekuatan dan cepat sembuh. Pemergian suami tercinta di kala usia perkahwinan masih lagi baru memang ujian yang sangat hebat. Allahuakbar.. aku hanya mampu berdoa moga keluarga mereka diberi kekuatan menempuhinya. Sebagai ahli family terdekat pun aku amat terasa apatah lagi mereka..

Seminggu cuti ni memang aku rasa dekat sangat dengan kematian..Maybe rumah aku dekat dengan kubur. Dalam seminggu ni jugak 5 kematian berlaku kat KG. So, aku memang jadi pemerhati proses pengebumian..Ya Allah..seriously insaf..kematian memang peringatan buat yang hidup. Hari ni kita tengok jenazah orang lain dikebumi..Kita?? Bila?? Hanya Allah yang Maha mengetahui.  Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk beribadah kepadaNya.  Kadang-kadang bila fikir..memang amalan masih tak cukup nak bawak bekal nak menghadap Tuhan. Ya..takut sangat bila fikir kan..sebab tu lah  kalau kita nak bertaubat tak perlu menunggu hari esok...tak perlu nak menunggu hidayah turun dari langit..ajal tak menunggu kita. Sama jugak dengan ibu bapa kita..Selagi mereka masih ada kita kena hargai. tak perlu tengok orang lain. Aku sendiri ada kalanya sibuk dengan hal sendiri sampai tak peduli sangat kat ma. huhu. Cuti ni aku rasa agak terkilan sebab aku tak mampu buat ma happy. Aku rasa tak banyak pun membantu ma kat rumah..huhu. Sibuk ciapkan tugasan.Tapi akhirnya tak siap2 jugak..Tapi Alhamdulillah sempat temankan ma pergi klinik sebab dy mengadu sakit belakang n tak dapat nak bernafas sangat. See..memang ada hikmah aku balik cuti=) Hurm..ape pun korang jangan buat macam ni tau. Do your best for your mother.  InsyaAllah i will do my best next holiday. 

Now, aku dah kat T.Malim..huhu.Sibuk mengejar deadline xsimen yang semakin menghimpit diri dah aku rase.Arghhhh!!!!!!! Semalam dahla menunggu bas tak kunjung tiba..4 jam tunggu busT_T Memang awesome experience laa..pukul 10 pagi baru sampai KZ. Memang konpem tak nak naik dah bas tuu. Heheh..tauke bus..bye2..anda dah hilang sorang pelanggan yer. Ok, finally aku berjaya fully update juga cikit^_^  P/s: meha,selamat membaca entry rojak ni=) K, tiba masanya aku  smbung xsimen..May GOD bless all of u.. Maaf salah silap. Wassalam.