Islamic Widget

Tuesday, July 26, 2011

Menunggu detik-detik Ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....erm..sedapkan lagu ni? pejam celik, kiter dah nak berpuasa. Minggu depan dah xboleh breakfast daa..hehe.Tahun ni rase tak sabar sangat tuggu ramadhan.. dua tiga hari ni rasa excited jer nak puasa. Rase rindu sangat nak bertemu dengan Ramadhan. Alhamdulillah..syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana sudi mengurniakan rasa rindu terhadap bulan Ramadhan di hati hambamu yang penuh dosa ini...syukran Ya Allah! tak sabar rasanya nak berterawih di masjid. Tahun ni ma saya cakap nak bergilir-gilir terawih di masjid dan surau. Maknanya,ada hari kami akan berterawih di masjid.. dan ada hari kami berterawih di surau depan rumah kami ni.. tapi bak kata mak saya..dy lebih suka terawih di masjid sebab dapat solat penuh 20 rakaat. erm..so harap2 tahun ni saya dapat beribadah dengan sempurna bersama dengan ibu terchenta.. kat bawah ni saya juz nak share cikit2 dengan kawan2 pasal bulan Ramadhan. Sama-samalah kiter baca yek dan selamat menikmati pesta ibadah ^_^


RAMADHAN:
BULAN RAHMAT,
BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA


Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Sunday, July 24, 2011

say no to love!

hai..i;m coming back.hoho! sekarang saya berada dirumah cik mun. malam ni last saya stay dekat cnie..sajer jer mai tenangkan perasaan kat rumah dy ni..sebab dekat dgn pantai irama yang indah permai ni..esok da nak chow daaaaah...kembali ker pasir mas terchenta.

ok,,say no to love! after semua benda yg berlaku dalam hidup saya semenjak dua menjak ni..saya cuba muhasabah diri balik.perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni saya rasa amatlah kronik dan membuat hidup saya ni huru hara jer. i think thats enough for me. semua experience yang sy lalui rasenya dah cukupp untuk mengajar diri ini supaya be careful with all those guys outside. rasenya saya dah fobia to fall in love with someone. take care of your heart!kecian hati saya ni kan..asyik kena toreh jer..hehe..pastuu mula lah luka berdarah susah nak sembuh2.

So, fokus hidup sekarang adalah hidup saya sendiri.Nak perbetulkan mana yang dah xok..supaya jadi lebih baik n for sure lebih solehah. saya nak rebut n kejar cinta Allah yang pastinya membahagiakan. Then, i really hope that i'm strong enough to face whatever happens in my life in future.Fighting! =)

Tuesday, July 19, 2011

The trio gathering...

Today i have the trio gathering with aina mardhiah and asyraf zulkifli. actually, it supposed to be a reunion day for my teslian gang, unfortunately not all members are able to come. some of them still in the campus and also have another commitment to do. so, what to do.. only the three of us that have a time to meet each other.. we are really miss each other. it such along time not seeing them.

We meet about at 11 a.m at kb mall. as usual kb mall is the place for gathering.haha. ooh..i am so happy! We have a lunch together at kfc after just looking around at the kb mall. we have a quite long chit chat during lunch time. talking about study, future, and gossiping..haaha..then as usual the most part that I love is taking a memorable picture together.heehe. oh, forget already to story about the gift. Tadaaaa!!!!!!!!!!!! I got the free gift..heeheh.. asyraf @ cerah have give the book that i order before, for free..wuwuu..Such a nice friend that I best ever had. I return home about 5.00 p.m after accompany enna shopping “baju raya” for her siblings at Bazar Tok GuRu. Ooh.. I felt so excited seeing so much variety and colorful scarf especially “tudung bawal” there. But no money no talk ok! Hoho!

I take the bus to return home. Poor to enna because we get trouble when she want to send me to the bus station and both of us don’t remember the way. Hahahaa…I don’t ever remember the road at kota bharu because usually I just sit and talking in the car when I come here with my friends. Luckily after lost for a few minutes, we arrive at the bus station. Thanks enna for the lift. Shortly after that, I quickly took the bus and it was memorable and sweet day for me until I saw a person in the bus. OMG! What he is doing here? I met again with the person who gave me trouble a few years ago. When I was in form 4 if I not mistaken, he got my phone number from my friend and he disturb me with all the nonsense message. Talking about love. Oh! What the heck! Not knowing me and suddenly say I love u! oh, I hate that type of people. Such a desperate people with narrow minded! Then, he really disturb me by calling and texting me with all the nonsense words until I change my phone number and this problem solved.

And today I met him again! Oh..Looking at him with his work attire..erm..Maybe he has change. I hope so! Then, I just smile to him and he say hai to me and we have a short conversation. I just being polite as I can juz to show respect since we live at the same neighborhood. Then, the bus stop at our area.. Oh, I relly forgot that my home just near to his home. Ok! And I need to walk for 10 minutes before reach at my home. And of course I have no choice since he also need to walk at the same road, and I must walked with him. oh, such a nightmare for me. Ok. I;m trying to be positive. But still I walked quite far from him.. along the journey, he asked me about my brother. And suddenly, he ask me,, “do u have boyfriend” “ where are your bf come from” did he study at upsi” owh! What the question are that! Do u really need to ask that question! Its my private life. Suddenly ask a person about that which you dun know so much is such a silly and impolite for me. i just laugh at that time (hypocrite ok). Its just I want to show my respect to the other people. Suddenly, two people with their motorcycle saw us and shouted “ berigak! Couple! G datim des! “! OMG! That two stupid bastard are the two boys from my neighborhood. I really hate them! They always loafing and hang out at the neighborhood area every evening and night! Oh, felt that I want to shouted to them at the time “ what the hell are you talking about,’’ oh, such a stupid boys! I really hate that types of people who really LOVES AND CARING ABOUT OTHERS LIFE! and I know after this they will tell this suck gossip to their friend. And that another person just smiles and looks so happy.
After that I walk quickly and said to him (still politely) although my heart ..o0h..just like a bomb which will explode anytime. He ask for my facebook name and I change the topic, I said to him that I will take another route because there is two junction, and I take another junction to return home which is quite far and quiet and I have to walk pass by the grave yard if I take that route .I can just take the same junction with him but Of course not! Oh, it such “memorable” day for me!!!!! I will never walk alone!

Sunday, July 17, 2011

SARDINE ROLL

Hai blogger2 sekalian..sejahtera ke atas kamu..( ala2 citer arjuna) haha. Oit! Tukar2…kiter orang islam ok. Assalamualaikum..hehe. baru ni kan….saya dengan mak dan kakak saya buat sardine roll. Sodappp ^_^.Ni first time kiter orang buat. Sebelum ni pernah makan yang beli jer.hihi. jadi..paham2 lah yer..entry ni mestilah pasal sardine roll. Senang jer tau nak buat. Simple jer. Sesuai sangat laa buat breakfast dan minum petang bersama keluarga. Tapi kami buat makan malam…hahaa. Pelik cikit species family saya ni.tak derlah..kebetulan malam tu kakak saye aka sapoyah sabariah tuu nak naik bas balik ipoh kan malam tu, so kami buat sardine roll ni waktu petang dan goreng time malam. Bolehla sapoyah tuu bawak bekal sardine roll tu makan dalam bas.haa..macam tu laa yek. Resepi kat bawah ni mak saya yang punyer, jangan lupa try buat ye..tataaa….

Bahan2:
Sebuku roti gardenia.
Satu tin sardine
Bawang besar( mayang nipis2)
2 biji telur
Garam dan gula

Cara-cara:
1 .Mula2 masak sardine. Tumis bawang besar dengan minyak yang sedikit. Pastu masuk sardine. Kacau sardine tu sampai hancur. Macam nak buat sandwich tu yer. Then, garam gula secukup rasa. Perah asam limau sedikit untuk hilang bau hanyir sardine.
2. pastu, susun roti dalam periuk pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit. Mak saya cakap nak bagi roti tu lembut dan nak bagi melekat nanti digulung.
3. next, sardine yang ciap dimasak tadi digulung bersama roti.
4. pukul2 biji telur, panaskan minyak dalam kuali, celup gulungan roti tadi dalam telur dan goreng=)
5. siap dihidang bersama secawan teh atau kopi.

Friday, July 15, 2011

TEMAN SEPERJUANGAN DI UPSI

HAI.. kali ni saya nak citer hal gang kat upsi pulak. Heheh.kan dah kata saya ni ramai kawan.k, let’s begin our story… persahabatan kami bermula di UPSI, n luckily kami semua satu class . Yang unik nyer pasal gang upsi saya nii..erm..kami semua campur2.hehe…gang abc.. nak tau nape saya cakap camtu? Sebab semua dari lain2 negeri. Selalunyer teman2 rapat saya mesti Kelantanese. Yerlah kalau satu negeri kan mudah rapat. Tapi kali ni ader yang asal Sarawak, kedah, Melaka , sabah n Kelantan. Unik kan? Hehe.
Xtaulah cmaner kiter orang semua jadi rapat. Maybe satu kepala kot. Aper2 hal esemen group mmg kiter org akan satu group. Sebab we know each other very well. Most of us xder penyakit malas buat esemen ni . Kami semua memang suka buat esemen samer2.. dan malam2 kadang kami lepak kat bilik borak2 sambil buat kerja. Walaupun setiap orang ader personality yang berbeza tapi kami still dapat get along each other very well. I really happy and thankful to have them in my upsi life. Meh kiter kenal diorang sorang2 eah ^_^
1) Munirah Zakaria ( cikmun)
- Nama glamour dy “ CIK MUN “ haha..satu class panggil dy cikmun. Asal Kelantan.
- Paling baik dengan saya. Aper2 masalah dy akan rujuk saya. Dan dengan bangga nyer nak bagi tau saya ni penasehat chenta dy.hahaa.. tlg dengar jer.. n bagi advise yang xbrapa nak leh pakai.haha.
- she’s older 2 years then me. Dah 22..hihik..yeay! saya paling muda ok!
- orang cakap dy garang..erm..garang ker..haha..semua orang takut lau dy mengamuk. Tapi saya cool jer. Dy tak berani marah dgn adik kesayangan dy nie.hihi.. I like!
- sangatlah rajin dan pandai memasak. Beruntungla sapa amik dy wat menantu nii.. bak kata zikri lau amik jadi isteri leh buka kedai makan.hahaa.
-bilik dy merupakan tempat rasmi saya lepak kalau boring..ehehe..dan one more thing, family dy saya dah anggap cam family angkat..diorang sangatlah baik..thankz yaa cikmun=) I labi U!

2) Dorina Anak Tulis (ina)
- haa..nji awek cun Sarawak mali….satu2 nyer kawan saya from Sarawak n kaum iban. Dah practice cakap iban dgn dy, tapi satu habuk pun xmelekat kat kepala.huhu.
-she’s brilliant. Belum std lagi dah leh hafal semua note.hoho..patutla score 3.7 sem lepas.
- mula kenal dy masa mggu oreantasi. Teman berbual saya time dalam dewan dan 1st time jumpa memang dy sangat friendly.
-antara yang rapat jugaklah dengan saya cam cik mun tuu.
3) Nurliyana ( yana)
- erm..yana..minah happy go lucky. Senang kawan dengan dy sebab dy banyak mulut, hehe. From kedah.
- penasehat shawl saya. Tauke selendang kan. Nak blaja belit shawl ni mintak petua dgn dy lah.
-dah ader pakwe ok..xleh kacau.

4) Siti Rogayah (gayah)
- ustazah import from Melaka.hihi..budak dip syariah ni tau..jgn main..
- famous dgn sifat pemalu dan anti lelaki. haha.. syarat bakal husband mestilah orang Melaka tulen. Tp ehem2..dah ade peminat kat upsi.
-kat luar jer pemalu nii..kat bilik dy yang paling riuh.haha..sekali buat keluar ayat mmg power!

5) Nurlailah ( lailah)
-gadis manis ni dtg nun jauh dari sabah.
-suka ckp bhasa sabah dy.. “ mati la kou” haha..n nyayi lagu “ tinggi2 gunung kinabalu..tinggi lagi sayang sama kamu..”
-dah berpunyer jugak nii..hehe. tunggu cik abg sabah dy nak masuk minang jaa.

Thursday, July 14, 2011

Cooking time – Butir Nangka

Assalamualaikum………………………..

Welcome to chef Fatihah corner! Heheh. Dengan murah hatinya saya nak kongsi n sharing2 resepi kuih yang I masak gn my mum semalam. Ader kabaikan jugak saya tulis entry nih, nanti xingat resepi leh la rujuk blog kan.haha..bukan aper..penyakit saya nih kan susah nak ingat resepi. Sukatan2 tu semua mane la nak ingat especially lau buat menda tu jarang2 kan.
So, maner2 kakak yang rasa dah nak kawin tu kan.. haa..belajar la buat menda2 kueh tradisional nih. Nanti kang time bulan pose mak mentua cik akak suruh buat kueh..aduhai..malapateka tuu lau tak tau.So, moral of the story kena tau yer nak buat kueh cmaner..baru la nanti mak mentua kakak2 semua saying..ecececeeee….merapu lak pulak..betul la kan..saya xperr…lambat lagi nak kawin..kui3!
Resepi:
- 1 paket besar tepung pulut ( mak saya guna yang made in Thailand, hehe.. yang ader tulisan biru n merah tuu)
- Satu camcam besar tepung gandum
- daun pandan
- santan
- 1 paket kecik halba
- Garam dan gula
- 2 camca tepung beras ( mak saya panggil debu jemoh! Alaa.. yang plastic dy tuu semua ade tulisan siam colur merah)

Cara-cara:
- Ok first, korang semua campak jer tepung pulut tadi dalam aper bekas yang korang rase sesuai la kan, then campur satu camca tepung gandum. Mak cakap nak bagi texture doh tuu kasi lembut cikit.
- Then, amik daun pandan ..erm..korang estimate laa dalam 15 helai gituu.. potong kecik2 dan blend sampai lumat. Blend dengan air tau. Pastu tapis dan amik air pandan tadi campur dengan tepung yang korang dah campak td.hehee..
- Next, uli jer lah tepung tuu sampai jadi doh. Air pandan tuu sukacita diingatkan masukkan slow2 tau. Korang estimate betul air pandan tuu, jangan sampai doh jadi lembik sangat. Kalau x melekat kat tangan kira ok lah..
- Seterusnya, ambik periuk sederhana besar dan masukkan air separuh penuh. Pastuu didihkan dan bila air dah mendidih korang gentel laa doh tadi bentuk butir nangka..haha. I mean bentuk bujur.
- Pastu plup2…campak kat dalam periuk tadi. Biler benda hijau tu timbul korang cedok dengan senduk or sudip letak dalam bekas / mangkuk yang berisi air.
- Lepas dah ciap semua.. tapis butir nangka korang yang colur green tu dengan penapis.
- Benda last sekali kuah dy ok.. masukkan santan dalam periuk..ermm.. mak saya guna sebijik kelapa rasenyer. Hehe..erm..mb setengah kilo santan. Alah.. kalau korang ni jenis spesies yang suka hirup kuah tuu taruk laa santan banyak2. Ape susah nyer…kih3!
- Pastuu campak 3 helai daun pandan, gula dan garam secukup rasa, dan juga biji2 halba tu.
- Masak santan sampai mendidih dan last korang masukkan 2 camca tepung beras untuk memekatkan kuah tu. Eh lupa pulak kat benda hijau tuu.. haa..lepas tuu ape lagi kan. Masukkan butir nangka tadi dalam kuah.
- Taraaaa!!!!!!!!!!! Ciap dihidang. Senangkan,selamat mencuba =)

..gang TESL yg dirindui..

Hai..assalamualaikum.....bersua kembali dalam blogku terchenta..heheh. nii nak continue conteng2 lagi.tema masih sama yer.."kawan-kawan". this time nak citer cikit pasal gang tesl saya. hihihi..haaa...jgn xtau saya ni banyak gang. asal p blaja maner2 jer mesti form gang.hihi..serunukkkan. xderlah lonely. barulah hidup ni meriah. Alkesahnyer kami semua bertemu di UITM kuantan dan kami semua ni memang satu kepala lah jgk dulu even berlainan class time asasi. tp still tesl yg sama. tiap2 ptg we all akan dinner together kat bilik..malam pulak borak2 pasal hal semasa..pasal perkahwinan impian la..jejaka idaman laa..tips wanita n masak2 ler..macam2.haha..serunuk sangat2..i miss all those time with them like crazy!udah lamer enggak ketemu sih. yang saya paling kamceng sekali dengan nurhanani..nama fb dy hani hanani.hah,cari yer.. kalau col cik akak nii memang xpernah cukup credit. segala rahsia sy ader kat tangan dy. heheh.. memang we all selalu share hal feeling2 nii..dy jugaklah penasihat @ dr chenta sy..her words yg power tuu mmg makes me strong when sometimes i sad n down bcoz of somebody.n sngt2 interesting biler dgr citer2 dy with cik abg mesir dy tuu.. hehek. Then, enna, wani,zura,j..u alls are really great. karenah diorang semua yang pelik2 n luar alam tu..hahaa mmg saya rinduu..sngt. i;m always happy with u alls. wuuwuuwu..rindu nak buka pose samer gn korang.. rindu nak peluk2 korang...rindu nak sambut besday samer.. rindu nak pergi surau samer2..ok, dah! tachim..sobs3! Selain dari datin2 yang saya list nama td, datuk2 juga termasuk lam list.hehe..Datuk Asyraf zulikifli yang sentiasa montel nii mmg antara kaum adam yang kamceng dgn saya kat uitm. moment yg paling xleh lupa when he gives rose flower for us.(for girls la kan)huhu..dahla time tu hari last kat kuantan. He such a nice freind. Datuk lain ..Ridz. bdk Tesl jugak n 2 orang lagi kehadiran budak Law yg selalu menceriakn hidup saya. Hanif@ mecyo n mustahfa@ tapa. plan nak buat renion xpernah jadi yer..lau buat pun xsemua ader.Almaklumlah..uni lain2 kan. Miss u guys.. bawah nii saya sertakan..eh,kema jer ayat..hoho. Ok, saya include skali hepi moment dgn diorang ^_^







Wednesday, July 13, 2011

INSAN2 YANG BERGELAR SAHABAT

HAI.. =) saya kembali lagi ke dunia blogger nampakyer. Coretan kali ini bertemakan sahabat@ kawan@ teman dan seangkatan dengannyer lah kan. Sepanjang saya hidup bergelar wan nor fatihah ni… rasanya memang tak bermakna lah kan hidup saya ni kalau takder kawan2. So, rasanya memang patutlah kan saya introduce insan2 yang membuatkan hidup saya yang tak berapa nak berwarna-warni ni..menjadi colorful dgn kehadiran they all nih.then, lets introduce my lovely frenz.hehehe…jengjengjeng….
1) Geng Tukul

Ahaa..mesti semua terkezutkan tgk nama nii. Geng kongsi gelap ker aper ni yup. Haaha..saya pun xtahulah camaner nama nih leh ada. semua ni kawan2 lah punyer ideal. So, kalau org tnyer, I dun have any answer ok. fullstop.hahaa…senang citer,suka hati mak nenek kiter org lah kn nak taruk nama apa. Kami semua ni berkawan since sekolah rendah lagi. Satu class from darjah satu sampailah darjah 6 kat sek.keb.mekasar tu. Time tu xderla form geng lagi kan, tapi agak rapatlah sebab satu class kan. Lepas tuu masuk jer secondary skul kami jumpa lagi di smk kubang bemban tp time tu class lain2 lah kan. Time ni dah mula nak berpecah. Sebab masing2 dah ada kawan baru.still kawan tapi xrapat sangat. Tapi kami bersama kembali ( cehh..apesal malankolik jer ayat nih..haha) time form 3. Kat skull lau ader masa jer rehat sama-sama. Walaupun ader antara kami transfer kat skul lain after form 3 tp ukhuwah tuu still erat lagi. Ader yang p skul asrama penuh n ader yg p skul teknik. Now, masing2 dah sambung belajar n bak kata orang dah jadi anak dara pun tapi kami semua still lagi kawan rapat. Asal cuti jer kuar sana sini. Ader jer aktiviti nak buat, masak2 lah,,bbq lah..tgk movie korealah. Parentz kiter org pun mmg dah saling kenal.almaklumlah satu kg n berkawan sejak kecik lagi. Aper2pun.. I love u girls..saranghae!!! Sep kito jange pecohh!! Hehe.. jom kiter kenal sorang2 ahli2 geng saya.calon2 nyer adalah………….tetttttttttttttttttt……:

Nor Fasihah Suhada ( mecda)
• Kawan jap tadika kemas lagi.
• Budak kecik ni lau bjalan dgn saya semua org akan cakap dy adik saya,haha. Sebab dy mmg kecik yer.. (ampunn daa..) haha. Tapi pemikirannyer matured.
• Tinggal di taman mekasar. Sangatlah dekat dengan rumah saya.
• Bersikap tolol yer..haha. hok nilah sain aku hok paling sumbak! Haha. Kalau sero nok mapuh ore talipon dy jer.mintak ayat power2 dgn dy.
• Erm..i’m think she;s taken.hehe..dah berpunyer secara tak rasmi. Heheh..( ampun lagi sekali daa)
• Now she’s study at maktab ipoh perak. B.Ed tesl. Bakal teacher yer.




Faatihah Asri ( tihah)
• Nama sama dgn saya.tapi ejaan lain tau.
• Antara kawan yang paling rapat jugak. Aper2 prob selalu share dgn minah ni dulu.
• Yg ni xberapa nak matured cikit.haha..perangai dy main aci redah jer dan amatlah giler-giler. Tak peduli kat org ramai.
• Anak tauke kedai runcit. Asal balik jer kerja dy berjual beli brg2 runcit. Habis semua brg Mydin dy nak angkut lau buleh. Haha.
• Banyak kenangan minah nii kat skul.. paling terharu selalu balik skulah naik basikal dgn dy dolu2.
• Berjauhan dari kami seketika time form 4 sebab p skul asrama kat johor.
• Belum berpunyer.. katanya nak berchenta selepas nikah, aminn……….. ( aku tahu mu tggu sapo, haahaaha)
• Now, std chemical engineering majoring in biotech kat ump







Syazwane (wane)

• Peminat kucing sejati
• Rumah dy selalu jadi mangsa tempat kiter org gathering.
• Mesra dgn org yg dy kenal.. pendiam terus biler dgn org xkenal especially lelaki.haha.
• Masih belum berpunyer. Ternanti nanti siapa jejaka pilihnnyer one fine day..arr..!!!!!!!! cannot wait for the time.hahaa! sebab kunang nie xberkwan sngt dgn lelaki.
• Now blaja dekat politeknik kota bharu. Dy ckp lau boleh dy nak blaja jer..xnak kerja.haha.







Syazana ( mecna)

• Yg ni usahawan berjaya., our bigboss..haha! Anak tauke buah timun cina. Tak pernah tak sebuk dgn kedai2 cawangan timun dy seluruh pasir mas ni.
• Merupakan driver rasmi kami untuk kemana-mana.haha..coz dy sorang jer yg ader kereta n berani drive.
• Kalau ketawa xbuleh nk stop daa..haha.
• Lepas stpm skg tggu nak masuk U, (bakal cikgu sej, amin..kami semua doakan untukmu mecna)
• Masih belum berpunyer jgk.cita2 dan family diutamakan katanyer.







Nurul Bahirah ( bahir@mokyoh)
• Anak Hj Soh. Realitinya kami semua takut dgn Hj Soh. Haha..kalau sy p umah dy, sy rela tggu kat luar drpd masuk.haha… ayah bahir ni baik jer.tiap2 hari nek moto p masjid. Tp wajahnyer yang tegas n garang,gerrrrrrr…………..kami semua takut.heheh.
• Suka bercakap. Ader jer modal dy kalau duk dalam keta. Kehadiran dy menyerikan kami semua. Baru riuh cikit kan.
• Sangat berhati-hati dan menitikberatkan keselamatan. Kalau nak naik moto or keta dgn dy make sure u wear all the safety belt n helmet even nak pergi kg sebelah pun.heeheh.
• Tugas utama dy adalah mendownload video clip n movie2 korea yg latest untuk kami.heheh. coz rumah dy internet wireless.
• Kemahiran menjahit dan membuat brooch yangn cumel2 tuu..kalau nak order sila hubungi dy di talian 019……pikir sendiri.haha.
• Status single jugak, katanya nak kwin umur 30. Ni species wanita berkerjaya lah ni. ngeh3!!
• Baru habis matrik 2 tahun. Now, waiting nak masuk U for degree.








NurAenis Izzati

• Rumah minah ni jauh cikit dari kite org semua. Kat kg sebelah.
• Kecik2 dulu sngt pendiam tp biler besar dah pandai “mapuh ore”. Haha.
• Advance cikit bab2 attire n fashion ni. Lau nak tnyer pasal makeup kami rujuk dy coz yg lain mmg failed terus pengetahuan makeup2 ni kan.haha..
• Erm..xtaulah dah berpunyer ke belum.tp tersangat ramai kenalan.heheh.berderet…
• Now jadi student minyak.haha…student oil and gas kat uitm shah Alam.






Nurlaily

• Kenal jap kecik ag. Sebab pernah jadi jiran.
• Nmpak jer tdung labuh tp lasak orgnyer ni..heheh.
• Dah lama x hang out gn dy.. since masing sebuk n cuti xsekali.
• Erm..status semasa dy enggak pasti..tp dgr2 udah ader yg merisik n cop. =)
• Std kat uitm machang in dip of accounting.







Siti madihah

• Kawan tempat kongsi suka duka nii tIme skulah.
• Kawan2 pgil dy medic.. tp bukan amik medic tau.
• Lau pergi rumah dy mesti maghrib baru balik biler dah start borak2 gn mak dy. Bnyak betui cerita.hoho.( kawan mama sy tuu)
• Biler sy tgk dy sy ingt kimia..haha..sebab minah ni terer giler kimia..mane xterer nyer adik cikgu kimia kan. Nasib baik kawan gn minah ni kan.. dpt jgk tempias A kimia tuu kat saya time spm. Heheh.
• Erm..status samar2..arr…xtau.lamer xjmpa. Padahal satu kg jer. Huhu
• Std kat uMT..as I said..bijak chemi..mstlah blaja pun majoring in chemical kan.heheh.


Monday, July 4, 2011

INSOMNIA IS MY BEST FRIEND



HAI..i’m here again. Would like to talk about my best fren..miss insomnia.hehe..last night I could not sleep bcoz of her. Biler miss insomnia nii menyerang memanglah seksa yer. Such a nightmare. Semalam disebabkan lampu kat dapur rumah saya tuu susah bebenor nak on , bergandalah rasa malas nak ke dapur minum susu suam yer. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 p.m dan saya pun masuklah tidur. Tarik selimut n peluk cik bob (spongebob saya)..ok baca doa, close the eyes…Zzzzzz.tittttttttttttt…buka mata balik. Tak mengantuk. Ok, saya pun masuk ke Zon berangan.heheh. flashback perkara2 yg pernah terjadi dalam hidup sebelum ni dan planning nak bawak pe kat upsi next sem. Setengah jam berlalu..ok cukup2 lah berangan yer. Erm..still tak dapat tidur.huhu. then, ambil fon, tut,tut,tut.. menaip msj. Anta kat kawan2.kot2 lah ader yg belum tido kan. 5 minit kemudian….nampaknyer semua org dah tido yer..no respon.arrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!otokei! what should I do. Erm..at this time mulalah memoriku berputar yer. Dulu kalau xdapat tidur camnie ader lah seorang hamba Allah nie akan msj accompany me until I sleep.errmm…sedih…then,STOP! Buang masa ok pikir hal macam nie.tak baik ingat kesah lama ok. Kalau dy boleh hidup happy saya lagilah boleh happy berganda-ganda dari dy ok. Ok,tutup cerita! Sobs3! Tak pasal2 meleleh la pulak malam nie.huhu. ok, fatihah,,kejarlah cinta Allah. Still tak boleh tido. Baca ayat kursi, selawat, istighfar…semua dah..lastly, pandang kiri tgk muka mak saya yang tidur dengan nyenyaknyer..ok , Jeles!! Huhu..bergolek kiri kanan. Main dgn cik bob. Punch bantal love merah.haa..aper lagi yer..main2 rambut sendiri. ok dah pukul 2. Asal lambat jer masa berlalu. Dahla pukul 5 nak bgn sahur. Pose 2 hari lagi mau ganti ni. Alamat tak sahur mr gastrik pula dtg bertandang memberi salam.nayer…adoii..pastu..tiktok..jam bergerak. .jam 2..jam 3.. mata saya masih tak penat berkelip.cam ader batang mancis jer duk tongkat kelopak mata nih. Lastly..pukul 4.30..Zzzz….then kul 5 kringggggg…jam hp berbunyii… dan terdengarlah suara merdu mak saya disebelah. Bangunlah..:nak poso gak bangun sahur lah! Ok, kepala saya berdenyut..tarik selimut n Zzzz..sampai ke subuh. Maka tamatlah riwayat kesah bersama cik Insomnia saya. Xtau camane leh dapat penyakit susah nak tidur nie. Agak lame la jugak dapat benda ni. Tapi kadang2 jer xdapat tidur. takderlah selalu. Tp sesekali dtg tuu mmg nigthmarelah kan. Perit susah nak tido. Time dapat tidur pun ader jgk rase cam tak tido sebab akan berjaga tiber2 setiap jam. Kes ni keraplah sangat berlaku kat upsi. Smpai rumet saya pun berjangkit sama,hahaa..saya jaga..dy pun jaga sama.aduhaii.. kawan2 doakan saya dapat tidur malam yang nyenyak yer cam korang,aminn..huhu.

Saturday, July 2, 2011

Saya dan kehidupan saya

Assalamualaikum….cepatnya masa berlalu..sudah berada di bulan 7 nampaknya. bermakna sudah 2 bulan saya berada dirumah.cuti 4 bulan masih berbaki 2 bulan. Selepas ni bulan 8,pose dan raya..hehe..rasa seronokkan bila pikir pasal pose dan raya ni..hehe.banyak benda yang hendak saya coretkan di blog kesayangan saya ni..macam yg terlintas kat fikiran ni nak tulis..tp masa tak mengizinkan..ceh,macam lah saya ni sibuk sangatkan.haha..padahal makan tido jerk at umah.yerlah..rumah saya kan “dapat” acesss internet.hahaha..jarang2 jer dapat on9 semenjak saya sudah menterminate kan broadband celcom saya yang amatlah pantas dan cepat macam siput sedut tuu..bayar jer lebih..amat tak berbaloi yer adik2.sekali sekala jer saya on9 bila berjaya kidnapped BB abg saya.heheh. erm,.bulan 5 n 6 cepat jer rasa berlalu yer. Bulan 5 ramai tetamu datang umah.kawan2 upsi, sedara mara. Sajer diorang datang suka-suka. Bulan 6 erm..buat apa yer..haa..apa lagi berderat bersama geng tukul tersayang.hahaa…bak kata mak saya.. “habih sebutir p.mas n kota bharu nyo jejok ko sep dy”. Dari pagi keluar sampai lah malam. Makan mee celup pasir mas lah, shopping kb mall ah..haaa..tahun ni geng tukul upgrade cikit yer..dah berani p jauh..sampai pantai irama bachok n lata belatan kami jejak.heeheh. tp masuk bulan 7 ni dah mula terasa boring. Bulan ni memang saya akan spent time kat rumah sepenuhnya. Cari kerja pun takder..kawan2 pun,sobs2..dah xder kat rumah. Tihah dah selamat naik bas malam tadi kembali ker ump. Budak ni sorang sibuk betul dgn bengkel untuk program oreantasi kat ump. Jadi FC lah katakan..haha. Wane@ kunang akan kembali ker politeknik nyer sabtu depan coz cuti dy dah habes. Mecda biasalah student maktab mmg tak cuti kalau budak sekolah tak cuti. Mecna as usual bz dgn bzness timun. Tggallah bahirah dan saya dekat taman mekasar ni.
Aahh…..mahu buat paaa yer bulan nii..asyik tido..masak..makan..bercakap gn kucim.adoii.. bushan! Movie korea pun dah hbis tgk. Nak tgk balik cam xbest pulak. Erm.. rasenyer..nak baca2 buku agama lah..buleh membersihkan diri ni balik.dah banyak ni haha..daki2 dosa yang melekat.prepare untuk Ramadhan..sambil2 berkebun kat luar rumah, cabut2 rumput.. adeii.. Harap2 esok saya xbushan lagi..=)