Islamic Widget

Sunday, September 30, 2012

My low blood pressure was consoled by them^_^

Assalamualaikum....haii readers2 sekalian..kita bersua lagi ^_^  Entry yang sebelum ni..aku rasa cukup setakat tuu jelah..tak rasa nak sambung la pulak. ha,,ni da citer lagi best tau. Readers semua  pernah derma darah tak? Pleasee say yes...huhu. aku rasa rugi sangat kalau orang tuu sihat sejahtera tapi tak derma darah.. Kalau kita fikirkan tak salah kita derma benda yang kita ada. Mungkin kita tak cukup kaya nak derma duit berjuta-juta tolong orang. So, aku rasa this is one way yang patut kita buat and mampu buat. Sesetengah orang takut nak derma sebab takut jarum..or takut gemuk la.. Hurmm bagi aku..tak de lah sakit sangat.Kejap jer sakit tu. macam kena gigit semut jer. Kalau takut gemuk tuu..alaah..yang korang duk makan nasi berpingan-pinggan tuu tak takut pulak gemuk ya..tu tak kira KFC..maggi malam2.. Actually, derma darah ni..sangat sihat..sebab darah kita yang dah lama tersimpan tuu keluar and diganti dengan pembentukan darah baru yang lebih sihat dan bersih.

Setakat nii aku baru catat rekod derma darah 3 kali. hurm.sikit baru tuu.. maka pagi tadi dengan penuh semangat aku ajak housemate menderma darah kat dewan KZ.  Wawa and Iza on jer untuk join. Rumet aku..xpass sebab berat xcukup.hehe. Dengan sangat excited aku dengan diorang pergi kat dewan tuu. Masa checking darah tuu..Alhamdulillah..darah aku tak pekat n cair sangat..iron pun cukup. hati dah hampir2 keluar firework  dah ni..hehe.. Then. move to next stage..medical checkup dengan doc.  Check blood pressure je pun.  Ha... tak de apa lah sangat. Umph...Memang tak da ape lah sangatkan cikFatihah when the doc said: sorry., your blood pressure is low. u might collapse if u donate your blood. Silap2  kena masukkan darah pulak. Alaaaaaaaaaaa............Doc SAYA NAK DERMA DARAH! nak jugak aku jerit kat situ. huhu..punyer la frust! lagi satu bala...darah rendah..huhu.ok..penyakit baru buleh add lam list..isk..sik..isk..T_T  Ingatkan dah cukup sihat  Maybe aku selalu tidur lewat kot..hurm..berjaga malam. Lepas tuu call ma bagitau.. my mum bekas pesakit darah rendah tegar yer..dan Alhamdulillah dia dah lama sembuh. lepas makan kerang berkilo2. Agaknya aku ikut jejak ma nih..hehe. Nak kena makan kerang jugak nii 2 3 kilo.  Ma dah pesan tak bagi makan benda masam2 n daging ( sebab daging tuu panas ma cakap).  Then, aku tido sampai petang sebab dah pening2 tengok darah kat dewan tuu.. rasa nak tumbang pun ada ( aku spesies fenim tengok darah yer even aku suka derma darah,hehe).

 Ok,, tamat pasal cerita derma darah.. Now, citer pasal satu benda yang console aku malam tadi=) Frust tak dapat derma darah terus hilang. Untuk penutupan karnival keindahan islam kat UpSi ni.. Inteam and Hafiz Hamidun dijemput. Waaaa! suka! dari kecik lagi aku duk minat inteam..Hafal la jugak lagu nasyid inteam ni.  excited sangat dapat tengok live. Tengok kat youtube dengan  tengok live ni perasaan dy lain tau..hehe. Zikir terapi Hafiz Hamidun pulak memang feveret aku..memang tiptop lah..puas hati sangat! Alhamdulillah untuk nikmat pendengaran dan penglihatan ini Ya Allah.. ok,readers..thanks ya for reading..jurnal hidup aku yang entahapeape ni..hoho. I need to off right now.  takut nak berjaga sampai pagi..nanti darah aku yang berharga nii  merajuk turun tak  nak naik2 memang naya lah aku..huhu.. lastly, sama2 kita jaga kesihatan..jaga iman..jaga pergaulan.. jaga hati.. InsyaAllah..hidup diberkati olehNYa.. Good nite, Salam ukhuwah...Wassalam.


Saturday, September 29, 2012

Apa ertinya tudung labuh jika dating...

Assalamualaikum...selamat pagi readers2 yang dirahmati Allah sekalian. Ha..mesti semua tengah syok tidur pagi2 ni..hehee. bangun2! semangat!  Hari ni pagi2 lagi aku bangun dengan semangat penuh kesukanan sarung baju kolej and traksuit untuk bersenam seni. Oyeah!! Kawan2 yang lain masih pengsan. Aduhai, semalam  bukan main semangat lagi diorang yer, Tengok2 aku pula yang terlebih semangat.haha! Ok..sebenarnya dah lama aku nak coret-coret entry ni. Setelah aku observe sekeliling aku dan pengalaman sendiri aku rasa Aku PerLu Tulis Entry ni!

Untuk tulis ni..aku berpegang kepada kata-kata..untuk menegur dan berdakwah kita tak semestinya seorang ustaz atau ustazah. Menegur dan memberi nasihat itu tanggungjawab semua umat islam kan^_^   Hurm...kita mulakan dengan persoalan apa ertinya tudung labuh jika berdating/bercouple?  Bagi sesetengah orang..isu ni sangat sensitif. Tapi sampai bila kita nak biarkan isu sensitif ni terus terkubur tak berusik.. tak de sapa nak tegur noo.. aigoo....enggak buless begitu ya.. Ok,,bertudung labuh! Aku antara golongan yang memilih tudung yang agak labuh dari biasa.. Maka sebab tu lerr aku rasa perlunya aku tulis entry ni.  Couple? Dating? Aku juga pernah merasainya seketika tapi Alhamdulillah Allah kurniakan hidayah dan menarik aku keluar dari kemelut yang penuh dosa itu.   Berbicara pasal tudung labuh dan couple nii..aku agak terkilan dan tak faham dengan wanita-wanita sekalian. Bagaimana mereka boleh bercouple dan keluar berdating ke sana sini dengan tudung labuh yang tersarung tanpa rasa bersalah,  Pengalaman aku sendiri zaman bercinta dulu..(ceh,,macam la aku dah tua) sekali keluar aku dah rasa berdosa sangat..aku malu nak pandang dengan orang sekeliling. Aku rasa hina sangat di tengah crowd tuu.. Tak tahulah kalau korang semua bangga dapat berjalan dengan pakwe tengah2 crowd.   Sedih juga bila tengok wanita bertudung labuh..manis..sopan. dari segi hukum tutup aurat memang tiptop lah! Status2 di Fb lagi tiptop dengan  dengan penyampaian dakwahnya.. tapi lunch di cafe dengan pakwe..berjalan-jalan dengan pakwe. MasyaAllah.. perkara-perkara sebeginilah menyebabkan orang memandang serong  kepada wanita bertudung labuh.   Seolah-olah tudung itu tak bawa erti cikit pun pada si pemakai. 




Then, satu lagi perkara yang aku perasan berlaku akhir-akhir ni.. mungkin ada yang tidak terlibat dengan dating dan keluar-keluar ni.. Alhamdulillah.. kerana mampu menjaga ikhtilat.. tapi facebook bagaimana pula?  Setiap kali post  status di wall..nama si dia di Tagged bersama.. kononya islamic couple.... status2 islamik..tapi nama lelaki aka si dia sentiasa ditagged bersama.Ya.. tidak salah kawan-kawan..tapi matlamat tidak menghalalkan cara.. Ya..aku juga faham..bab2 feeling2 ni memang super dupper susah nak kawal..But we must try! jangan kita berselindung disebalik imej islamik.. dengan melakukan dosa. Jangan jadikan couple islamik itu satu fenomena. Apa-pun..aku bukanlah  manusia yang sempurna, Aku bukan siapa-siapa nak nak nasihat orang. tapi aku guna peluang yang ada kat blog aku ni untuk spill benda2 yang aku rasa perlu ditegur.  Sebab,aku pernah laluinya.... bak kata Hlovate..bukan mudah nak berubah..dari tanpa arah ke sejadah..dari tepi jalanan  ke sujud meghadap tuhan. tapi aku nak ubah cikit..hehe..bukan mudah nak berubah..dari tudung tiga segi ke tudung labuh..dari dunia couple ke dunia single.dari ikut skema dunia..ke ikut skema Allah dan rasul. hehe..boley kan Hlovate..ubah cikit ja.. I'll back to cntinue...nak p drma darah ^_^

Alunan suaranya...

Assalamualaikum....malam ni aku rasa agak terkilan sebab terlepas waktu untuk join majlis khatam al-quran sempena karnival keindahan islam kolej.  Lepas magrib dan baca Al-Waqiah..aku tertidur dengan telekung solat sekali. Nia asal tuu nak main sandar jer kat cik babear..uhuk2..tapi lena terus sampai 9.30. Bangun jer, groupmate moral col nak buat discussion untuk kajian akhlak islam. cepat2 kau siap then kite orang jumpakat blok A sebelah pentas karnival tuu.. tengah syok berdiskusi..telinga aku menangkap alunan suara berqasidah.. ya Allah.. subhanAllah..indahnya suara itu memuji tuhan.. Zassss....terus aku teringat! USTAZAH SYARIFAH KHASIF datang laaaa malam ni!  Ustazah..saya  ni peminat ustazah.. Ya Allah..suara dia mengaji..indah sungguh! terpesona mendengarnya.  Aku suka cara dy mengajar dan menegur bacaan penonton dalam program2 kat tv. Penuh berhikmah  dan menarik. Cara ustazah khasif ni buat hati aku meronta-ronta nak belajar taranum..minat yang sbenarnya timbul semester 1 lagi..tapi terkubur begitu sajer dengan kesibukan2 tugasan dan kuliah..huhu. 

Then, cepat2 aku akhiri diskusi untuk join majlis ilmu bersama ustazah. Alhamdulillah...masih sempat lagi untuk aku mendengar bait2 kata-kata nasihat darinya. Terpegun mendengar ustazah berqasidah dan mengaji.penuh tartil dan penghayatan.. Pesan ustazah yang aku dapat dari majlis ilmu tadi.. utamakan tadabbur Al-quran agar pembacaan lebih seronok dan sentiasa mendengar bacaan dari ustaz-ustaz dan ulama dari arab. Paling best she said: Kenapa kita  lebih suka pergi pasar malam dari surau? sedangkan surau lebih indah dengan lampu2nya sedangkan pasar malam lampu kalimantan jer. Nak Tahu kenapa?????? Sebab syaitan dah mengindahkan pasar malam tu dengan perhiasannya sebab tu kita lebih nampak pasar malam. Tapi agak terkilan juga sebab lupa nak bawa camera.huhu..Hajat dihati nak bergambar dengan ustazah. Hurm..tak pelah..harap lain kali dapat jumpa dengan ustazah khasif lagi ^_^ Jazakallah...salam ukhuwah. wassalam..


Thursday, September 27, 2012

::Mari kita melawan nafsu shopping::

Assalamualaikum.......salam sejahtera, moga semua readers sihat2 semua..chubby2 macam CikSiTiWanTembam ni.ahaks!  Ok, girlszz... entry ni untuk kamu semua...hehe. SHOPPING! ok, mana ada wanita yang tak suka shopping kan.  Tak kiralah shoping kat pasar ker..mall ker kedai runcit ker.hehe. So, apa yang parahnya ialah BAJET! Ya! untuk shopping kita memerlukan bajet yang cukup. MONEY,MONEY,MONEY!  Dan......... kita haruslah bijak memilih barangan yang berkualiti dan harga berpatutan yang penting..AFFORDABLE!  Sebagai student, untuk hidup dan study di bumi Perak ni aku bergantung sepenuhnya kepada PTPTN  or biasiswa (insyaAllah akan masuk tak lama lagi)   Maka bajet hidup akan sentiasa lari kalau aku berbelanja lebih untuk shopim mopim ni. huhu.  Cerita yang harunya..upsi ni suka bebenor buat karnival. Sempena karnival keindahan islam hujung minggu ni..aku akan cuba melawan nafsu untuk membeli baju2.  habit aku,,suka beli blouse and koleksi kain baju kurung or jubah. Hurmm..maka aku hanya perlu senarai barang yang perlu sahaja, yang rasa tak penting tak payah beli Ok! So, cakap pasal nafsu nii macam mana nak lawan? ha... my dear fren lailah ada post kat FB dia gambar ni..Sesuai lah sangat dengan entry ni..   renung2kan selamat beramal ^_^Sekian, wassalam.


Wednesday, September 26, 2012

insomnia datang melawat^_^

Assalamualaikum...dan selamat pagi! Ya...selamat pagi di highlight kerana aku type entry ni pada jam 4.00 pagi.  Good news nya esok hari khamis, Ok, KHAMIS means aku ada class pukul 8 pagi dan full sampai petang!  Arghh.... wahai kelopak mataku..tak mau tidurkah sayang..huhu.  Aku pun pelik kenapa mata tak mahu lelap malam ni. Dah puas aku bergolek-golek  dengan riangnya atas katil, tapi mata still tak mahu tidur, Last2 aku buka laptop.  Hurm.. nak kata minum coffee..confiem taklah. Aku just minum tea boh 3 in 1 yang echah bagi free tadi, sebab aku teringin nak tahu rasa teh susu 3 in 1 ni sedap ke tak. Rasanya..hurm..enggak bisa mengalahkan teh tarik di kedai^_^ Memandangkan family aku ahli pakar membuat teh susu (kecuali aku) sebab kami ada kedai makan dulu, memang taste bud aku ni boleh beza la mana yang kaw and tak.heehe.  Tapi yerlaa..aku minum teh jer kot, Its not a cup of coffee. 

Tak pun otak aku ni dah melepasi tahap mengantuk. Sebab tadi usai je solat isyak..mata ni berat semacam jer., kepala pun dah pusing2..tapi aku tahan jer..sebab nak pergi withdraw duit, purse dah kosongkan=(, n pergi print kat foyer since printer aku merajuk buat hal. Alahai printer ..nak jumpa pakar bedah lah pulak.Melayang lagilah ringgit Malaysia aku nanti.  Lepas tu singgah rumah cikmun mintak tolong print sebab  pakcik foyer punya printer ada colour saja..Kopak lah duit aku main print colour2 semua.  Balik jer rumah ajak housemate aku pergi ambik baju kolej.  Ok, yang ni satu.. pihak penguruan kolej amat menyedihkan aku. Aku order warna purple tapi dapat biru. Dahla dekat sejam lebih aku dengan Memey cari size baju kat situ. Apa guna lah diorang ambik size baju and warna masa pendaftaran kolej tapi kita tak dapat yang sepatutnya sedangkan duit dah dibayar.  Time ni lah nak tegakkan hak pengguna ni! hoho. Maybe pihak yang berwajib menguruskan baju ni patut agihkan baju mengikut apa yang dipesan. jangan main lambak jer and ikut suke suki bagi. Kesian pulak ahli2 rumah ku ada yang dapat baju lengan pendek. So, lepas buat benda2 nie..aku rase tahap mengantuk tuu dah hilang dengan sendiri.huhu.. Tulah..time ngantuk tak nak tidur or rehat kejap kan. Maka inilah hasilnya..tercongok atas katil..tuptaptuptap,,menaip. haha.

Spekulasi aku yang ketiga..mungkin enche insomnia sukesuki nak datang melawat. Yerlaa.. dah lama dia tak buat lawatan sambil belajar.huhuhuhu. Baru jer aku rasa nak buat kenduri doa selamat sebab insomnia aku ni dah lama tak datang.  Aku ingat kononya dah cure la tuu..dah sembuh..adeih.. cancel nampaknya kenduri. Dia datang lagi.huhu.. Asal kat  kolej jer insomnia.. kat rumah boleh pulak tidur nyenyak. huhu. Beruntunglah.. classmate  moral esok,, dapat tengok muka panda @ zombie aku nie masuk class..  Hurmm..udah pukul 5 ya..readers sekalian.. disebabkan aku nak puasa esok, Maka aku nak sahur lah..hehee..aci tak makan meggi time ni? ish....tak boley.. aku baru jer sembuh dari gastrik semalam lepas makan nasi tomato super duper pedas tuu. Apesaall bnyak penyakit sangat aku ni.. haha. Nanti aku list  sakit2 aku ni untuk entry akan datang. Huhu. Tak serius pun. InsyaAllah.. Tuhan kan sayang orang selalu sakit ni.hehe. Maka dengan ini tuan tanah berangkat dulu ya.. May GOD bless u all readers. salam ukhuwah^_^

Tuesday, September 25, 2012

Oh, enche mimpi..

Assalamualaikum...entry  kali ni aku nak sharing pasal mimpi. The dream that makes me puzzle. Korang percaya mimpi tak? Hurm..kadang2 mimpi tu mainan tidur, mainan syaitan kalau tidur tak baca doa. tapi ada juga orang yang dapat petunjuk dari mimpi. Hurm..mimpi ni ada banyak tafsiran dari setiap individu.Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi beru­paya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar. Cerita pasal mimpi ni.. sejak akhir2 ni aku mimpi yang pelik2.. Umi dia datang dalam mimpi aku..senyum.. Satu hari aku fikir kenapa n mengapa.. But then.. try to beleive..mainan tidur. Ok, mainan tidur tuu.. Then semalam aku mimpi aku dan dia di tanah perkuburan. Otak aku lagi sekali puzzle.. ya Allah.. mainan tidur ker ni.. But, someone said, mimpi pasal kematian tuu insyaAllah panjang umur. Moga dipanjangkan umur kami Ya Allah selagi kami tidak terpesong dan terus beribadat kepadaMu. Aku try fikir and flashback balik.. Aku tidaklah memikirkan hal yang memang dah tak larat aku nak fikir tuu.. pasal past memories. As i said before, i'm trying hard and always pray if it does not my destiny i will try and try and try to forget even it makes me injured along my journey.  Aku dah mula sibuk dengan tugasan sekarang..benda2 remeh macam ni aku dah tak sempat nak masuk dalam list. Tapi dalam aku berusaha dan sentiasa berdoa makin kuat pula dia datang.  Ya Allah..berikan hambamu ini kekuatan.. Mungkin ini ujian buatku. Allah nak uji kekuatan aku, nak bagi aku jadi seorang yang kuat. So, aku just anggap mimpi semua tu mainan tidur. Tak semua yang kita suka mampu kita miliki kan^_^  Kat bawah ni aku sharing cikit artikel pasal mimpi untuk manfaat bersama.. sekian, salam Ukhuwah..wassalam. sila klik link dibawah untuk baca artikel=) Jazakallah...http://www.didkedah.gov.my/jpskmsb/artikal/tafsir%20mimpi.pdf 


Monday, September 24, 2012

Oh..pilihanraya..mau undi siapa?

Assalamualikum....Hari ni mood hepi duppy sebab..bangun2..dapat mesej..class dibatalkan! Yehaaa!  Bahang pilihanraya kampus jelas terasa..Terima kasih kepada pilihanraya,^_^ tak perlulah aku sibuk2 iron baju pergi class.heheh. Ape puun ...talking  about campus election ni aku tak turun mengundi lagi laa! heheh. Rancangnya pukul 2.00 aku nak pergi dewan KZ bersama geng untuk click2 undi calon. Hurm..nak pilih sapa entah..Aku bukanlah jenis yang suka berpolitik. Ok, memang tak minat politik. But still aku ambik tahu jugak la dunia luar ni.  Buat yang tak join rapat umum  macam aku ni..maybe diorang akan pilih calon berdasarkan rupa dan luaran. Untunglah..calon2 yang rase diorang handsome tuu..aduss...Buat kawan2 sekalian..janganlah tertipu dengan rupa manusia. Handsome sangat pun. kalau omong kosong aja..tak buat kerja.Hampeh jugak kan.  Bagi aku, aku pilih mana calon yang memperjuangkan kebajikan pelajar dan yang penting setiap manifesto itu turut  memperjuangkan agama. Sebagai pelajar, kita boleh melihat keadaan sekeliling dan berfikir. Buat calon2 yang menang nanti.. jalankan tanggungjawab anda dengan ikhlas dan jangan pernah mengeluh coz  u have choose to be a leader then you have to work for student. Anda jelah yang kami harapkan untuk bersuara bagi pihak pelajar semua. So, selamat maju jaya buat semua calon! Buat warga UPSI.. pilihan ditangan anda.. Jom2 turun mengundi! Salam ukhuwah from CikSitiWanTembam=)

Sunday, September 23, 2012

::Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang::

Assalamualaikum....Alhamdulillah, tugasan subjek kurikulum hampir complete. Sebelum lelap mata, sempat aku curi masa cikit type entry ni. Hurm.. sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ibarat hati yang panas dicurah air sejuk dalam peti ais (erk..kalau cikgu BM aku tengok ni..mau menangis dia, pribahasa takder dalam silibus,hoho). Satu-satunya perkara yang mampu comfort aku.., saat aku masuk memorylane tiba2 adalah Allah s.w.t.  Allah is my best comfort. Coklat, aiskrim and tart telur tuu antara benda yang aku wajib cari jugak la untuk comfort diri tapi semua benda tuu jatuh ranking yang ketiga dan seterusnyalah..hehe! 

Ceritanya bermula  petang tadi..aku terjatuh lagi sekali dalam memorylane and  only me myself know how was it hurts.. sebab benda alah macam ni jugak laa boleh buat aku down satu petang. Susahnya nak buang benda yang dah terlekat dalam hati ni. Kadang-kadang aku terfikirlah jugak, aku berkawan 3 tahun..mb masa yang perlu untuk lupa tu perlu 3 tahun kot.hehek. Aku hanya mampu berdoa moga pintu hati ni mampu terbuka buat orang yang halal buatku one fine day..yes..one fine day^_^ Bila tiba masanya nanti. Tapi sebab ni lah jugak aku tolak saper2 yang nak berkawan dengan aku..  bila fikir balik..bagus jugak macam nie..senang bila tiba masanya nanti datanglah jodoh aku dengan orang yang dah ditentukan. tak perlu sibuk2 cari kan. Ok, then..tengah aku emo sorang2 dalam bilik tadi aku terbayang surau Al-Falah. Hurm..sem ni aku tak berkesempatan pun lagi jemaah kat surau. Minggu 1st datang aku dah dapat cuti-cuti Malaysia..minggu 2nd ada majlis tadarus selama 4 hari kat blok aku ni.  So, hari ni memang aku free! Ya! aku kena lepaskan rindu kat surau malam ni jugak. Zasss..s aku capai fon atas meja, and text besfren aku, cikmun. " Jom isyak di surau". Dy sakit badan  dek penangang handball petang semalam.. tapi she still want to go with me. Alhamdulillah.. see nak ajak orang buat pahala tak susahkan? 

 Then, syukur kepadaNya..aku dapat berjemaah di surau hari ni. Ketenangan yang dicari kutemui jua.  Serious, hati tenang sangat2 lepas solat berjemaah. Terima kasih ya Allah memberikan ketenangan yang kudambakan..Honestly, setiap kali solat aku amalkan pesanan Prof Dr Muhaya..di sujud terakhir aku minta dengan Allah, jika dia bukan ditakdirkan untukku berikan aku kekuatan untuk melupakan. Lenyapkanlah perasaan cinta dan kasih yang tak sepatutnya ada dalam hatiku. Sampai kesaat ini aku masih berusaha.. Aku hanya mampu berharap kepadaNya. Lepas jer balik dari surau aku dah boleh focus kat tugasan. Alhamdulillah..almost done.  terbukti lah ya.. Dengan mengingati Allah..hati manusia itu menjadi tenang.. 

So, moral of the story kat sini..sebesar mana pun masalah kita..sekacau mana pun jiwa kita..Allah is the best cure.  harap readers yang baca entry ni dapat  serap nilai yang saya nak sampaikan.  Readers semua tak perlulah kesah dengan cerita aku tuu.. huhu..sebab aku bukanlah manusia yang layak untuk dijadikan model atau contoh. Aku hanya hamba Allah yang tak sempurna,..yang masih memimpin diri kejalanNya..  yang masih sedang repair mana2 lubang  atap yang bocor dalam hidupnya.. Apa yang penting, pointnya kat sini.. sama-samalah kita mengimarahkan surau atau masjid. Solat berjemaah itu manis rasanya...sekali pergi rasa nak lagi. Betul, tak tipu tau! baik perempuan mahupun lelaki. Mak aku pernah bilang...kalau surau tu dah dekat rebutla peluang dapat 27 pahala tuu. Aku, Alhamdulillah..mula membiasakan diri berjemaah di surau sejak Foundation Tesl.  Sangat merindui sesi tadarus dan berjemaah di surau bersama kawan2 tercinta di Uitm. Kalau harap kat rumah..memang terawih jerla baru jenguk masjid.
 Tiba di Upsi sem 1 aku dah ajak Cikmun jadi geng  surau..hihi. Cuma sem 3 tak dapat nak join berjemaah sangat sebab banyak class malam.  Now, sem 4 no more class malam!! hehe. Sukanya!  Moga amalan ini dapat aku istiqamahkan sehingga tiba masanya malaikatmaut menjemputku.    Aku spill kat sini bukan nak riak atau tunjuk alim.. Aku nak highlight sekali lagi..i'm not that kind of alim or what.. aku just biasa2 aja..yang sentiasa belajar nak ikut skema Allah dan Rasul..even kadang2 aku tersungkur..tersasar sedikit..insyaAllah aku sentiasa buat U-turn balik ok^_^ Aku spill kat blog ni sebab...blog ni cam diary aku..cuma saper2 leh baca and mana yang baik ambil dan yang buruk please tinggalkan.. Maka tibalah masa buat tuan tanah untuk akhiri entry..Dah lewat sangat..aku ada class petang esok and  nak kena tido dah. nanti terbabas subuh..Nauzubillah... Salam ukhuwah.. May GOD Bless us <3 br="br">

::Salam Cinta::

"Assalamualaikum imamku..waalaikumsalam makmumku".....teka2? dialog filem mane? Ok..soalan yang paling tak cerdik kan aku tanya.haha..dah terang tang2 tajuk entry adalah jawapannya. Actually, tuan punyer tanah baru jer habis  tengok movie Salam Cinta. Buat yang tak tahu, filem ni dibintangi oleh Diana Amir dan Kamal Adli. Citer ni so far so good lah. Aku bagi 3 bintang. Sebab  bile tengok tuu tak ada la cam luar biasa sangat. Dah boleh agak ending citer ni. Tapi pengisian islamik tu yang harus kita ambil yaa... Ape pun sedang aku syok tonton movie hari ni..macamlah tak ada xsimen nak buat kan? heeeeeeeeee..... Ok..i'm not too freelah kalau kat UPSI ni.. Tugasan dah beratur memanjang. Tapi.........AKU TAK LIST SATU PUN LAGI! huhu. Visi and misi sem ni pun tak fikir and tampal kat bilik. Jadual kelas lagi laa..aku main ingat jer class kat mane.heheh. Aduhai..slow betul sem ni. ni.ni sebab printer rosak la ni ( salahkan printer^_^)  Sedar tak sedar dah masuk minggu ketiga dah kat UPSI ni . Maka, aku tak boleh membebel banyak sangat kat cnie. Tugasan Kurikulum  menanti...hoho. Sem ni aku banyak buat kajian. Kurikulum untuk pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran aku kena betul2 faham and kena kaji banyak strategi untuk pengajaran individual with visual impairment. Rasanya i have to make and entry pasal ilmu2 yang aku belajar ni..its gonna be useful for readers and interesting. Sharing ilmu kan dapat pahala^_^  So, tuan tanah harus undur diri dulu. C u again dear readers..May GOD BLESS All of You..Salam ukhuwah=)

Wednesday, September 19, 2012

Bonding UMP - UPSI

Assalamualaikum.... Hai my lovely readers^_^ ok..tipu...yang sebenarnya =(.. Waaa...cuaknye!  Tadi sebenarnya aku dah hampir ciap type entry ni..tapi ntah cmana tertekan delete.hoho..Redha jerlaa.. type sekali lagi ok. Hurm..Ok..lets begin..How are u my readers sekalian? Hopefully semua sehat2 and dirahmati Allah=) saat aku type entry ni..tak brape nak sehat cikit, Ntah naper rase sakit pinggang jap petang tadi lagi.. Heran jugak.. it supposedly not  period pain. Aperpun aku tahan jer.. sakit kan ujian Allah.. lagipun..cam da selalu sakit..aci terer je aku bab tahan2 sakit n..hehe^_^  Nanti2 lah kalau sakit lagi esok lusa aku p datim gn enche doctor kat clinic,kih3!  Teringat pulak ada satu lawak kat FB..orang zaman sekarang kalau sakit bukan cepat2 jumpa doktor..tapi cepat2 update status kat facebook.huhu! Betul per..at least kite xsakit sorang2..kawan2 tahu jugak kita sakit kan? hee..cam biasa buat jer kan Fatihah....hahaa.. Apepun kat blog ni..aku punyer sukalah kan nak spill segala benda yang aku rasa kan..Coz..blog is one of the way yang dapat comfort aku. Sometimes..kita pun xder masa nak spill gn kawan2 kan. At least aku xsakit jiwa sorang2..hahaa..Dapat jugak spill and mengarut kat cnie! hihi.

Ok..aku dah lari tajuk rasanya...heeeeeeee...urm..entry kali ni pasal bonding UMP n UPSI yang kiter orang buat Ahad lepas. Bestfreind  aku, Cik Tihah (nama kami same^_^ )  takder angin n ribut tiba2 called nak mai jalan UPSI sempena cuti  1Malaysia. So, kami jumpa kat KL..Aku n mecna p kl n jumpa tihah kat sane. Upsi- KL sangat dekat ok..heheh! agak awesome disitu.. Lepas jalan kat kl tihah ikut aku balik upsi n balik the next day. Aku rase this bonding event ni tersangat best laa!!! Sape xhepi dupi kan kawan baik datang tempat belajar. Ibarat if Yaya kat Aussie tu pergi melawat Johanna la  ni kat Aberdeen. Masti hepi bagai orang gilak si Jo tu kat Tanah Aberdeen kan.. heheh.   Macam tu laaa jugak aku  kat cnie. Tapi dalam masa yang singkat memang xsempat sangat nak spent time lama2. Nak bawak tihah p jalan2 UPSI pun xsempat.  Banyak spent time kat kl.. So, aku  tak nak citer banyak2..sebab dah lewat malam..esok class pukul 8 pagi..uhuk2 T_T n sakit pinggang ni dah datang balik nak bermanja2 manja dengan aku..huhu! The pictures will tell the story^_^ so..layann......heeee.Zasssssssss....Salam ukhuwah,, mohon doa dari semua moga aku sehat2 aja yer n xperlu set datting dengan enche doctor.  Here the best freindship quotes '' A true friends is the only person who never gets tired of listening to your own pointless dramas over and over again''




Saturday, September 15, 2012

Sabtu yang boring..

Assalamualaikum w.b.t... Hari ini hari Sabtu, dan aku tersangatlah boring. Maka aku sempatlah mengomel kat cnie sekejap. Actually, tiap pagi sabtu aku akan ada class handball. Tadi hari 1st untuk class handball. Ok, sangat awesome! memang tak tukar sukan lain daa.. Most of the girls class aku prefer netball..tapi aku join handballl sebab da cuak main netball. Yelah..since skulah rendah sampai menengah tu jerlah..sukan yang aku rasa aku EXPERT cikit..hahaaaha. kira expert laa sebab pernah masuk kejohanan kan.So, nak cuba benda baru..aku masuk class handball bersama lailah n cikmun. Alhamdulillah..coach sangat sporting. Dia cakap..asal kau buat kerja jer..A pasti dalam tangan! Yadaa2!!!semangat kiter org dgr. Then..kami semua akan terlibat dalam kejohanan handball international nanti! hoyeah!!! Masa untuk collect sijil..hehe. 

Ok,itu kejadian pagi Sabtu..kebosananku bermula pada petang Sabtu ni. Haa..inilah kejadahnya bila semua housmate pergi pasar malam..aku tak nak ikut! Entah..rasa cam cuak jer nak pergi pasar malam. Nanti aku terliur semua benda kat saner.Habis borong.. Dahlaa tengah bulan menjaga pemakanan dan kesihatan nih..wakakaaa! jaga lah sangat kan^_^ So, petang ni..aku duk search movie apa yang best. Tapi tak jumpa..huhuhuT_T Nak tengok korea tapi macam dah tengok semua drama jer.uhuk3!!! Last2,,aku buka tonton..tengok Waris.. kerja yang agak gila aku rasa..huhu, sebab aku ni species tak boleh tengok citer seram except lawak seram dan tonton secara berjemaah. hahaha! Tahu apa jadi? aku tengok xsampai habis pun citer Waris tuu..Asal hantu nak keluar jerr...minimize buka FB..hahahahahaha! Last2..aku msj kakak n update blog ni. Sekarang..azan Magrib sudaa berkumandang.  Maka tuan punyer blog nak pergi bersiram n ciap2 untuk majlis MerdekaRaya kolej kat dewan malam ini.Save bajer betul makan free ni..heheh. Malam ni aku tak ada mood nak melawa..even semua orang pesan suruh pakai baju raya sebab......aku pergi nak MAKAN jer...... kui3! Ousmet aku belum balik lagi semua dari merendet di pasar malam kat pekan tuu.. Konpem dahh diorang tak pergi merdekaraya kolej malam ni.. K..got to go..c u then ..Wassalam.......May ALLAH bless us=)

Friday, September 14, 2012

Here i am..sem 4 di UPSI

Salam imtihan salam kerinduan..waaa!!! dah berkurun lamanya aku xupdate blog ni. Tipu kalau aku cakap xder story nak spill n share kat blog a.k.a diary on9 aku ni..Banyak SESANGAT!!!ha, see,,capital letter tuu! Tapi what to do 2 months sem break kat rumah laptop acer aku buat kali keempat syahid..So, xdapat ler nak spill n mengarut kat cnie. Patutnya kat rumah lagi banyak bnda nk spill..banyak moment yang nk share. Apepun,,insyaAllah..aku akan cover moment sepanjang sembreak lepas untuk entry akan datang ok! ^_^

 Now, aku dah duduk tercongok atas katil di  bilikku syurgaku kat kolej.hehe.Alhamdulillah.. even da sem 4 still dapat kolej..rumah yg sama n bilik yg sama.yadaa..yadaaa!! Latest update..laptop acer aku yg berusia 2 tahun setengah tuu dah selamat aku kebumi..hehe.trade in kat  BHL computer center n new laptop Dell be mine.hehe!!! Punyer la kelam kabut process nak beli laptop baru ni..kalau kat rumah dulu main lepas tangan jer..kat abang. Yela...bab2  computer system ni kan laki yg terror.Harapkan aku...hurm..pilih yang lawa jer la..yang kecik,nipis..colour2 ker.haha.. hari nak pilih lp kt kedai tuu rasanya  habis laa kredit aku col member2 tanya pendapat.  Mula2 col abang..dia xkasi beli notebook..huhu.even dah stahun aku admire nak beli noteboook nipis colour putih tuu..senang dibawa kemana-mana ok.  Tapi he said  nanti aku sakit mata type esemen sb screen kecik. N then aku col  sis...wane n tihah..n a few frens. Finally...DELL N4050 ni selamat jadi milik aku. ( ceh..sound cam selamat dinikahkan jerr) haha!  Tajaan pembelian ini adalah dari sis n bro terchenta n ptptn loan..heheh. Trimas buat penaja2 semua..jasamu dikenang. Moga Allah murahkan rezeki kalian semua.amin..

Hari ni..jumaat aku xder class! So, free to coret2 kat sini. Talking about sem 4..Hurm.aku rasa banyak benda yang aku kena belajar. Not only to be a good teacher..but to master dalam bidang special education ni. Cita2 aku bukan  setakat guru jer..aku nak jadi lebih dari tu..InsyaAllah..  Kuliah agak ok lagi setakat ni..naik bas turun bas dah biasa kat cnie..Esemen belum start lagi. Aku masih berfoya-foya watching movies n borak2 dgn kawan2 kat rumah.hehe. dan juga..a little bit lonely here..ok..i will work for it so that xteringat moment2 yang aku tak nak ingat n akan buat aku down. Inilah jadinya bila hati dah dibawak lari 3 tahun lepas n hati tu dah xnak pulang n pergi kat orang lain. Susah betul..huhu..Ape pun i will work for it.. mengisi masa dengan mengigatiNya..yang lebih berhak dicintai..Yang Maha Mengetahui percaturan hidup aku..Jodoh..Mautku berada di tanganNya.

Ok..got to go..it seems  that the sky will cry beberapa saat lagi. Maka...ANGKAT KAIN!!!!!!!!!!! see u again..salam ukhuwah..to all readers..luv u olls!!!