Islamic Widget

Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah...Marilah kita U-turn hidup ke arah yang lebih baik!

Assalamualaikum...


Sahabat-sahabat ku sekalian sedarkah anda semua yang kita ni dah masuk tahun baru? Haa...kalau yang ambil tahu tuu Alhamdulillah....yang tak sedar2 tu...cepat2 lah bangun dari mimpi anda yer,,kiter dah masuk tahun hijrah baru ni.. nak pesan jugak jangan lupa untuk baca doa akhir tahu dan awal tahun yer.. nii doa dia ader saya sertakan kat bawah. Nak senang lagi, buka jer naskah Yassin kat rumah tuu..konpem ader.

::Lepas magrib ni..marilah sama2 kita membacakan doa awal tahun..mudah-mudahan Allah memberkati setiap detik yang kita lalui. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka::

Ok..doa sudaaa yer kawan2.aminn ya Rabbilalamin..Moga Allah mengkabulkan doa kiter semua. Then, lets talk about azam tahun baru nii...Cakap pasal tahun baru nii tak sah kan kalau tak sebut pasal azam baru..hehe.. Mestilah sebab setiap permulaan tahun tuu masing2 perlu tentukan matlamat yang dia hendak capai dan perbaik lagi apa yang perlu dari tahun lepas.

Erm.. Tahun hijrah baru nii saya rasa nak tanam azam ke arah ikhtilat. Perhubungan? yer..Kenapa perhubungan dan pergaulan jadi pilihan saya? Sebab saya rasa tahun2 yang sudaa saya dah banyak buat silap dan tak mampu menjaga ikhtilat nii dengan baik.
So, tahun nii akan ku cuba menjaga ikhtilat ini dengan sebaik mungkin... No couple.. Saya nak tinggalkan dunia2 cintan cintun nii ke belakang.. Biarlah perkara sebegini difikirkan selepas nikah. jikalau berkenan kat orang pun simpan jer dalam hati..hihi. sebab kalau dah tersurat jodoh dia akan datang jua pada kita disaat waktu yahg halal nanti. Alhamdulillah saat ini.. bermula sem ini..saya sudaa bersara dari bermesej2 dengan kawan2 lelaki tanpa sebab munasabab. Hanya perihal kerja yang penting saja akan betul contact. Number fon budak laki pun tak simpan sangat..dah banyak delete..kecuali betul2 teman lama. Alhamdulillah jugak kerana setakat ni saya topup RM 10 sebulan sekali. Itu pun akan habis sebab col family n kawan2 sebab hal kerja. Alhamdulillah jugak sekarang cuba tak aktif sangat di Facebook. Juz update perkembangan kawan2 yang jauh di mata dan upadate status dakwah. Kalau boleh memang nak deactivate terus FB tapi dunia teknologi sekarang semua info orang masuk FB. Kadang2 class batal pun ketua class iinfom dalam FB. So, nak tak nak kena buka jugak tengok2..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah...ada hikmah di sebalik apa yang terjadi sebelum ini. KAU berikan ku Hidayah dan kesedaran untuk menjaga ikhtilat dengan cara ini, terima kasih Ya Allah.. InsyaAllah..kan ku pertahankan prinsip hidup ini.. Moga diri ini makin mantap imannya agar dapat istiqamah dalam setiap perkara yang
dilakukan.. Aminn...Salam Maalhijrah.

Friday, November 11, 2011

Aidiladha dan midterm break

Salam aidiladha buat semua....

Hai kawan2...how's your hari raya? banyal ke makan daging? hehe..mesti semua suda pening kan. Almaklumlah banyak makan daging. Alhamdulillah hari ni saya masih berada di rumah..cuti seminggu.. esok adalah last day kat rumah..sobs3! macam biasa..bila jarang balik niee,. rasa sngtlah heaven berada dirumah.. masak2..makan..hehe. memang i spent almost my time kat dapur..n lepas tuu malam depan tv with family..petang main dgn kucing kat luar rumah..Cuti ni tak keluar rumah sngt sebab kawan2 cuti sekejap jer.. agak terkilan sebab tak dapat spent time dgn geng tukul..huhu,,agak rindu yer.. sempat jumpa kejap jer time raya.

Aper-aper pun dengan masa yang masih ada nii saya cuba spent time masa yang berkualiti bersama family.. lepas ni memang xder cuti dah kan..huhu. Cuti nii memmag saya tak peduli langsung xsimen yang bertimbun..buatlah jugak refleksi kajian kes tuu. Alhamdulillah sempat ciapkan satu malam jer. Lepas cuti nii ada test braille sebenarnya..hoho! agak risau yer..tapi buat tak tau jer! hahaa... jeling2 lah jugak buku barille tu.. tapi confirm tak masuk! mmang dah my habit camtuu..i cant study at home.lau buat xsimen still ok.. lau study memang usah dipaksa laa.. Rasa cam paksa input2 kat buku tuu masuk lam otak..memang useless lah..sebab kalau betul2 nak bagi ingat kena betui2 ikhlas nak std ni,,hehehe..info2 akan senangnya masuk sendiri bila dah ikhlas std..hehehe. Harap2 nya pasnie sempat laa cover std braille kat kolej nanti. Cuti nii betul2 nak focus kat family. laptop pun jarang jer saya on... sebab pernah terbaca satu artikel..penulis tuu bagi tau most of the student bila pulang bercuti di rumah masih menghadap laptop 24 jam.. dahla balik jarang2.. pastuu duk umah tgk laptop jugak.. cuabalah buat xtiviti bersama family. tgk situasi sekeliling..kawasan rumah..baru betul2 berehat kat rumah namanya.. dahla kat kolej tuu duk adap laptop jer malam2..tak kan lah balik umah pun still hadap kerja^_^ pikir2 kaN...

Ok..times up..got to go...ma dah panggil makan..selamat hari raya buat semua..maaf zahir n batin=)

Wednesday, November 2, 2011

2/11/011 - Kajian lapangan ke SK Bukit Beruntung 2



Salam to all..... Moga semua kawan2 berada dalam rahmatNya...dan juga masih segar serta mantap iman didada masing2.GOD willing! Alhamdulillah.. hari ini saya baru sahaja berjaya menyelesaikan tugasan kajian lapangan saya. Tapi hanya selesai di peringkat pemerhatian jerr baru..hehe.. analisis kajian kes dan refleksi masih belum dibuat..huhu. Pokok pangkalnya entry kali ini saya ingin berkongsi dengan kamu semua pasal lawatan saya ke sekolah hari ini.

2 minggu yang lepas kami telah diberikan tugasan oleh lecturer untuk membuat kajian pemerhatian murid ketegori autisme, sindrom down dan multiple handicapped di sekolah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan n group saya ialah CIKMun dan Marwan. Bertiga sahaja. Setiap group akan ke sek yg berlainan n group saya join dengan laila punyer group. Kami 2 group ke sekolah yg sama. So,setelah menguruskan surat menyurat untuk ke sekolah (laila yg uruskan since she pro about that matter n my schedule is quite busy than her^_^) *thAnkz to her! Then, kami bertolak kira2 pukul 8 dengan taxi. Kami book taxi pakcik Omar untuk hantar pergi dan balik ke Rawang sebab agak jauh jugak tempat tuu.. Kos taxi RM100 untuk satu taxi.

Sampai di SK Bukit Beruntung 2 pukul 9. Time tuu student khas tengah beratur untuk ke kantin. For information, student khas akan rehat awal berbanding murid tipikal yer.. Thankz GOD sebab pihak skul tuu baik sangat. Cikgu2 sangatlah bagi kerjasama. Then, time tengok diorang makan saya kenal pasti murid mana yg saya nak spot kan untuk jadikan kajian. Then, tiba2 seorang murid lelaki mengamuk di kantin sebab cikgu tak bagu buku. murid tu tak nak makan n mengamuk nak baca buku. Ok! Nice situation actually! I got him! heheee.... Discuss dgn ahli group n kami decide murid tersebut dijadiakan watak utama kajian kami. So, kami mengambil beberapa maklumat penting dari cikgu..

My student's name is Rafiqque dan dikategorikan autisme. Dia sangat obses denag buku n membaca sepanjang masa. Masuk je ke kelas selepas waktu rehat saya disambut dengan panggilan cikgu oleh clasmate rafiqque! Wah!! sangat teruja rasanya! then, kami menghabiskan masa sejam berborak2 dengan student dalam kelas, Rafiqque seperti biasa dengan dunianya sendiri. Its nornal for a student with autisme. Tapi dia sngt bijak..sangat pandai melukis.. n his English is better than me i think. huhu. kami membuat pemerhatian murid dari dalam kelas hingga keluar kelas..Such a great experience for me!

Alhamdulillah..satu hari disana membuatkan saya terasa dekat dengan jiwa murid2 n suasana sekolah. Rasa excited nak posting mengajar.hehe..Sebelum pulang kami photoshoot kejap dekat kawasan sekolah. Pulang ke T.malim kira2 pukul 12.. dan esok harus bertungkus lumus menyiapkan laporan kajian dan refleksi sebelum pembentangan kajian ini dalam kelas selepas raya haji nanti..huhu. Doakan saya dapat buat yang terbaik. aminn.... Rasanya minggu nie kepala saya memang dah senak n hampir putus fius dengan esemen marathon n test.hoho.. (dan juga tak sabar nak balik kg!)wuwuwu.
K.itu sahaja untuk entry kali ini.. Buat classmate yg akan buat ke sek buat kajian esok, Good luck! Salam sayang dari cikgu Fatihah^_^ Majulah Pendidikan Khas!

P/s: tak dapat letak gmbar student khas sekolah ni sebab confidential=)
harap maklum..