Islamic Widget

Saturday, December 31, 2011

::Selamat Tinggal 2011, Ahlan wasahlan 2012::



Assalamualaikum...para sahabat2..=)

Hari ni last day untuk tahun 2011..tika ni Fatihah sedang di minggu std week..hehe, std nyer masih suam2 kuku..kena push lagilah nampaknya. Kerajinan tuu agak kurang cikit akhir sem nii..nak buat camaaner erk??? urmm..k lah.. nak conteng2 pasal tahun baru ni jer. See,,cepatnyer masa berlalu..2011 dah nak tinggalkan kita berapa jam, mimit dan saat lagi...Then, 2012 bakal menjelma...hehehe...Maka dengan ini bertambahla umur kiter satu angka lagii...21 daa...serunuk gak bile pikir sebab rasa daa besaa cikit..Tapi bila pikiq final exam yg tak lepas2 ag nie...Zasss...serunuk tuu terus hilang diragut...hoho!

Ok..flashback balik apa yg dah berlaku dalam hidup saya sepanjang 2011 nii. Hurm..banyak pahit dan manisnya...even rasa cam banyak pahit jaa..hehehe. 2011...banyak bagi pengalaman n mematangkan diri..2011..Kehilangan anggota keluarga buat kali ke-3. Menjadikan number of siblings decrease to 5 now. Hurm..May Allah bless them..Al Fatihah.. 2011...Urmm..juga kehilangan si dia yang merupakan sahabat, penyokong dan penasihat selama 3 tahun..Hanya mampu melihat si dia pergi kepada orang lain dengan senyuman dibibir...=) 2011 juga tercipta satu pengalaman ditipu hidup2 oleh seorang insan..Urmm..tak pernah ditipu sedemikian dalam hidup nii.. Aper pun terima kasih Coz bagi saya pengalaman to be more aware and careful dgn kaum adam.
2011 juga mengajar saya bersikap tabah dan redha...menerima apa yang berlaku dengan senyuman. 2011 juga mendapat sakit yang teruk kat rumah sampai bleeding2 segala bagai.. Alhamdulillah..berkat jagaan dan doa ibu..dan nasihat doktor dapat sembuh=)

Namun, 2011 juga tercipta kenangan2 manis.. Sudah semestinya waktu bersama kawan2 terchenta..bersama meow2 dirumah. Berkongsi suka dan duka.Melancong bersama kakak terchenta...
So, selamat tinggal 2011...selamat tinggal kenangan2 yang harus ditinggalkan.Ahlan wasahlan 2012.... Selamat menghadapi final exam. ^_^

Sunday, December 18, 2011

*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸::PROPOSE::•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

✰˚ ˛★* CHENTA SAMPAI SYURGA ✰˚ ˛★*

Salam alaike...antum antumna semua....Malam ni nak sharing satu video yang sngt sweett.. ececee..hehe..saya pasti anda akan tersenyum melihatnya. Video ni saya share dari my beloved rumet.. sweet sangat2..sampai kami berdua tersengih jer kat bilik malam ni..hehehe. Almaklumlah dua2 single..masing2 nak kejar chenta selepas kawin.. But honestly, i'm proud with ariff in that video.. so sweet and brave.. and thAt;s what we call a GENTLEMAN OK!! WINK2..SENGIH LAGI..^_^ HEHE.

SPECIAL TO MAY FUTURE ZAUJAN ====> Awak buat lah camtuu jugak..hehhee..tapi buat yang lagi kreatif tauu...saya suke^_^ (wink2..dgn muka tak malunya..Pssttt..xper sebab xkenal lagi kan..kih3)




jum kiter tgk..Zassssssssss

Saturday, December 17, 2011

::sharing article::

Salam..malam ni terasa nak buat entry baru..tapi dek kerana letih sangat, saya hanya share satu article yang menarik yg dibaca dari FB kak Iman Danisha.. Hobi saya baca article2 dakwah cmnie..dapat muhasabah diri dan dan pada masa yang sama dapat share dgn kawan2..sharing2 ni pun salah satu jalan dakwah^_^ jum kiter baca! Bak kata prof Ezy renung2kan..selamat beramal!

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

◕ ‿ ◕✿ KU SERAHKAN CHENTA ◕ ‿ ◕✿

˙·♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
..ALLAH CEMBURU..

¸.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan si dia?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?

Errkkk..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....

(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥

Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.

Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..

Renung2kan..Cintailah Dia sebelum mencintai si dia..wallahua'lam.

Monday, December 12, 2011

Petanda demam sudaa datangT_T



Alamak.....dah lama xdemam ni..huhu.Tapi petang ni rasa kesat je nak telan air liur.. kepala dan rase pening wink wink semacam...badan dah seram sejuk..huhu.Kepala dah mula nak rasa bahang..Urmm...mau demamkah saya ni?huhu.. Ya Allah..berikan hambamu ini kekuatan..jap lagi ada olahraga test kat padang.. Lepas nii nak berjuang u ciapkan esemen kajian literatur autisme n ciapkan buku log silat.. Xmau demam kat cinie...saat memerlukan kekuatan nak bergerak sana sini...fatihah sekali demam..mesti tahap profound terus..

Hurm...dah agak dah..ni mesti impact of emotion disorder ni..huhu.Kalau emosi tergangu mesti senang jer nak sakit kan..Ya Rabb..berikanlah aku kekuatan...sakit itu adalah ujian dan penghapus dosa.....

Ok! Smile! Chill ok ^_^ Fighting! Allah always beside you Fatihah..seek for HIM...

:: I'm Bleeding Hard Inside ::

Urmm...Hari ni saya tewas lagi..Jatuh rebah xbermaya....Air mata dah tak tertahan.. hanya biarkan jer mata ni beranak sungai..Ya Allah..ampunilah dosaku kerana menangis kerana seorang adam...Ya Allah..hambamu tidak kuat pada hari ini...benteng kekuatan yang dibina roboh jua. Terasa sangat berat ujian yang menimpa.. Hati rasa pedih teramat.. Petang yang indah saya ketika berbual di chatbox dgn miss A...dy memberitahu ayat berikut..

''Maafkan saya,..H....suka saya" "Situasi kami sama"
" Saya rasa dia ikhlas tunggu saya.. Kami dah lama berkawan.
"Doakan kami yer"

Air mata mengalir tak tertahan... oh,patutlah cepat hati si H berubah...walau sudah 3 tahun berkawan. Patutlah dy tidak dapat terima kata2 maaf saya dulu..dah ada tempat mengadu masalah.. benarlah orang tua berkata..Hati manusia disaat terluka jika ada yang datang menghulurkn tangan akan mudah disambut olehnya dek kerana hati yang sedang sakit. Lalu cepat2 aku ambil naskah tafsir Al-Quran dan membaca bait2 love letters dariNya tersedu sedan. Walau bacaan sekali sekala terhenti dgn esakan..

To MR H UTP ===> Saya doakan yang terbaik untuk awak dan Miss A..
U dont deserve me.. Terima kasih jugak sebab dgn kekecewaan ini buat saya lebih kuat dan ditunjukkan jalan olehNya..

To Miss A ===> Saya tahu awak baik..terima kasih jugak mampu berterus terang.. Jgn pedulikan saya. Go on dgn hal anda berdua.. Ya..sangat cantik caturanNya..kita berada di bumi UPSI yang sama.. Mula berkawan rapat.. Saling saja berkongsi ilmu agama. Jangan risau..saya tidak ada pun perasaan benci apatah lagi marah malah senang berkawan dengan kamu.. Moga kita dapat sentiasa tersenyum ketika bertemu=)

Sunday, December 11, 2011

Usaha dan tawakkal kepadaNya...

Salam alaike...muslimin dan muslimat semua. Kaifahaluka? harap2..dapat dengar semua jawab Alhamdulillah..ana bikhair..hehe. Urmm..dah masuk bulan Disember dah..Kelantan dah masuk musim banjir nii.. Tapi xdapat rasalah musim tengkujuh sebab di Perak ini cuaca still ok. ader panas..ada hujan. Alhamdulillah.. ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum final exam..huhu.. Fatihah syukur sangat sebab dah berjaya mengharungi hari praktikal ujian silat. Sebelum nii takut jugaklah sebab banyak pergerakan buah silat tuu yang memang tak dapat catch up. Tapi after tekun blatih 2 3 hari.. Bulehlah jugak ingat. insyaAllah..kalau kita usaha betul2..Tuhan akan permudahkan. Rasanya banyak benda jugak yang saya rasa susah sangat nak buat sem ni.. Braille..Silat Cekak.. Tapi sentiasa lah ingatkan diri kita dengan satu ayat dari our love letters iaitu:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"."
(Surah Al-Baqarah, 286)

Ayat ini saya pegang sebagai motivasi dalam diri.Setiap kesusahan yang kita terima telah ditentukan OlehNya sebab Allah lebih tahu kemammpuan kita untuk tanggung dan hadapi sesuatu kesusahan @ cabaran. Semakin kuat cabaran tuu semakin kuatlah diri kita=)

Ok, now ade lagi esemen yang kena ciapkan dan test arab n braille yg bakal menyusul minggu hadapan.InsyAllah... akan usaha sehabis mampu.. Rasanya xcukup tidur + letih + pressure tuu dah menjadi lumrah kita sebagai student. Nak senang kena lah susah dulukan.. Tapi dalaam kita sibuk mengejar kuliah, esemen... dan program jgn lupa untuk top4 kan ilmu akhirat. Singahlah ke majlis2 ilmu jika kita kelapangan.. Ok.. sekian sudaa entry kali ini..Sykuran Jazillan buat yang membaca coretan yang tak seberapa ini.. ^_^ wassalam.
P/S: buat warga Upsi Kolez Zaaba n Aminudin Baki, jom sama2 kita ke majlis ilmu malam ni di dewan Kz.. Program PASAQ 2: Ceramah Bertajuk C.I.N.T.A

Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah...Marilah kita U-turn hidup ke arah yang lebih baik!

Assalamualaikum...


Sahabat-sahabat ku sekalian sedarkah anda semua yang kita ni dah masuk tahun baru? Haa...kalau yang ambil tahu tuu Alhamdulillah....yang tak sedar2 tu...cepat2 lah bangun dari mimpi anda yer,,kiter dah masuk tahun hijrah baru ni.. nak pesan jugak jangan lupa untuk baca doa akhir tahu dan awal tahun yer.. nii doa dia ader saya sertakan kat bawah. Nak senang lagi, buka jer naskah Yassin kat rumah tuu..konpem ader.

::Lepas magrib ni..marilah sama2 kita membacakan doa awal tahun..mudah-mudahan Allah memberkati setiap detik yang kita lalui. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka::

Ok..doa sudaaa yer kawan2.aminn ya Rabbilalamin..Moga Allah mengkabulkan doa kiter semua. Then, lets talk about azam tahun baru nii...Cakap pasal tahun baru nii tak sah kan kalau tak sebut pasal azam baru..hehe.. Mestilah sebab setiap permulaan tahun tuu masing2 perlu tentukan matlamat yang dia hendak capai dan perbaik lagi apa yang perlu dari tahun lepas.

Erm.. Tahun hijrah baru nii saya rasa nak tanam azam ke arah ikhtilat. Perhubungan? yer..Kenapa perhubungan dan pergaulan jadi pilihan saya? Sebab saya rasa tahun2 yang sudaa saya dah banyak buat silap dan tak mampu menjaga ikhtilat nii dengan baik.
So, tahun nii akan ku cuba menjaga ikhtilat ini dengan sebaik mungkin... No couple.. Saya nak tinggalkan dunia2 cintan cintun nii ke belakang.. Biarlah perkara sebegini difikirkan selepas nikah. jikalau berkenan kat orang pun simpan jer dalam hati..hihi. sebab kalau dah tersurat jodoh dia akan datang jua pada kita disaat waktu yahg halal nanti. Alhamdulillah saat ini.. bermula sem ini..saya sudaa bersara dari bermesej2 dengan kawan2 lelaki tanpa sebab munasabab. Hanya perihal kerja yang penting saja akan betul contact. Number fon budak laki pun tak simpan sangat..dah banyak delete..kecuali betul2 teman lama. Alhamdulillah jugak kerana setakat ni saya topup RM 10 sebulan sekali. Itu pun akan habis sebab col family n kawan2 sebab hal kerja. Alhamdulillah jugak sekarang cuba tak aktif sangat di Facebook. Juz update perkembangan kawan2 yang jauh di mata dan upadate status dakwah. Kalau boleh memang nak deactivate terus FB tapi dunia teknologi sekarang semua info orang masuk FB. Kadang2 class batal pun ketua class iinfom dalam FB. So, nak tak nak kena buka jugak tengok2..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah...ada hikmah di sebalik apa yang terjadi sebelum ini. KAU berikan ku Hidayah dan kesedaran untuk menjaga ikhtilat dengan cara ini, terima kasih Ya Allah.. InsyaAllah..kan ku pertahankan prinsip hidup ini.. Moga diri ini makin mantap imannya agar dapat istiqamah dalam setiap perkara yang
dilakukan.. Aminn...Salam Maalhijrah.

Friday, November 11, 2011

Aidiladha dan midterm break

Salam aidiladha buat semua....

Hai kawan2...how's your hari raya? banyal ke makan daging? hehe..mesti semua suda pening kan. Almaklumlah banyak makan daging. Alhamdulillah hari ni saya masih berada di rumah..cuti seminggu.. esok adalah last day kat rumah..sobs3! macam biasa..bila jarang balik niee,. rasa sngtlah heaven berada dirumah.. masak2..makan..hehe. memang i spent almost my time kat dapur..n lepas tuu malam depan tv with family..petang main dgn kucing kat luar rumah..Cuti ni tak keluar rumah sngt sebab kawan2 cuti sekejap jer.. agak terkilan sebab tak dapat spent time dgn geng tukul..huhu,,agak rindu yer.. sempat jumpa kejap jer time raya.

Aper-aper pun dengan masa yang masih ada nii saya cuba spent time masa yang berkualiti bersama family.. lepas ni memang xder cuti dah kan..huhu. Cuti nii memmag saya tak peduli langsung xsimen yang bertimbun..buatlah jugak refleksi kajian kes tuu. Alhamdulillah sempat ciapkan satu malam jer. Lepas cuti nii ada test braille sebenarnya..hoho! agak risau yer..tapi buat tak tau jer! hahaa... jeling2 lah jugak buku barille tu.. tapi confirm tak masuk! mmang dah my habit camtuu..i cant study at home.lau buat xsimen still ok.. lau study memang usah dipaksa laa.. Rasa cam paksa input2 kat buku tuu masuk lam otak..memang useless lah..sebab kalau betul2 nak bagi ingat kena betui2 ikhlas nak std ni,,hehehe..info2 akan senangnya masuk sendiri bila dah ikhlas std..hehehe. Harap2 nya pasnie sempat laa cover std braille kat kolej nanti. Cuti nii betul2 nak focus kat family. laptop pun jarang jer saya on... sebab pernah terbaca satu artikel..penulis tuu bagi tau most of the student bila pulang bercuti di rumah masih menghadap laptop 24 jam.. dahla balik jarang2.. pastuu duk umah tgk laptop jugak.. cuabalah buat xtiviti bersama family. tgk situasi sekeliling..kawasan rumah..baru betul2 berehat kat rumah namanya.. dahla kat kolej tuu duk adap laptop jer malam2..tak kan lah balik umah pun still hadap kerja^_^ pikir2 kaN...

Ok..times up..got to go...ma dah panggil makan..selamat hari raya buat semua..maaf zahir n batin=)

Wednesday, November 2, 2011

2/11/011 - Kajian lapangan ke SK Bukit Beruntung 2



Salam to all..... Moga semua kawan2 berada dalam rahmatNya...dan juga masih segar serta mantap iman didada masing2.GOD willing! Alhamdulillah.. hari ini saya baru sahaja berjaya menyelesaikan tugasan kajian lapangan saya. Tapi hanya selesai di peringkat pemerhatian jerr baru..hehe.. analisis kajian kes dan refleksi masih belum dibuat..huhu. Pokok pangkalnya entry kali ini saya ingin berkongsi dengan kamu semua pasal lawatan saya ke sekolah hari ini.

2 minggu yang lepas kami telah diberikan tugasan oleh lecturer untuk membuat kajian pemerhatian murid ketegori autisme, sindrom down dan multiple handicapped di sekolah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan n group saya ialah CIKMun dan Marwan. Bertiga sahaja. Setiap group akan ke sek yg berlainan n group saya join dengan laila punyer group. Kami 2 group ke sekolah yg sama. So,setelah menguruskan surat menyurat untuk ke sekolah (laila yg uruskan since she pro about that matter n my schedule is quite busy than her^_^) *thAnkz to her! Then, kami bertolak kira2 pukul 8 dengan taxi. Kami book taxi pakcik Omar untuk hantar pergi dan balik ke Rawang sebab agak jauh jugak tempat tuu.. Kos taxi RM100 untuk satu taxi.

Sampai di SK Bukit Beruntung 2 pukul 9. Time tuu student khas tengah beratur untuk ke kantin. For information, student khas akan rehat awal berbanding murid tipikal yer.. Thankz GOD sebab pihak skul tuu baik sangat. Cikgu2 sangatlah bagi kerjasama. Then, time tengok diorang makan saya kenal pasti murid mana yg saya nak spot kan untuk jadikan kajian. Then, tiba2 seorang murid lelaki mengamuk di kantin sebab cikgu tak bagu buku. murid tu tak nak makan n mengamuk nak baca buku. Ok! Nice situation actually! I got him! heheee.... Discuss dgn ahli group n kami decide murid tersebut dijadiakan watak utama kajian kami. So, kami mengambil beberapa maklumat penting dari cikgu..

My student's name is Rafiqque dan dikategorikan autisme. Dia sangat obses denag buku n membaca sepanjang masa. Masuk je ke kelas selepas waktu rehat saya disambut dengan panggilan cikgu oleh clasmate rafiqque! Wah!! sangat teruja rasanya! then, kami menghabiskan masa sejam berborak2 dengan student dalam kelas, Rafiqque seperti biasa dengan dunianya sendiri. Its nornal for a student with autisme. Tapi dia sngt bijak..sangat pandai melukis.. n his English is better than me i think. huhu. kami membuat pemerhatian murid dari dalam kelas hingga keluar kelas..Such a great experience for me!

Alhamdulillah..satu hari disana membuatkan saya terasa dekat dengan jiwa murid2 n suasana sekolah. Rasa excited nak posting mengajar.hehe..Sebelum pulang kami photoshoot kejap dekat kawasan sekolah. Pulang ke T.malim kira2 pukul 12.. dan esok harus bertungkus lumus menyiapkan laporan kajian dan refleksi sebelum pembentangan kajian ini dalam kelas selepas raya haji nanti..huhu. Doakan saya dapat buat yang terbaik. aminn.... Rasanya minggu nie kepala saya memang dah senak n hampir putus fius dengan esemen marathon n test.hoho.. (dan juga tak sabar nak balik kg!)wuwuwu.
K.itu sahaja untuk entry kali ini.. Buat classmate yg akan buat ke sek buat kajian esok, Good luck! Salam sayang dari cikgu Fatihah^_^ Majulah Pendidikan Khas!

P/s: tak dapat letak gmbar student khas sekolah ni sebab confidential=)
harap maklum..

Sunday, October 30, 2011

::CuTi DeParaya bersama Kakak::


Assalamualaikum buat warga blog^_^ Apa khabar agaknya? Blik kg kah cuti depavali? Or sambut happy depavali bersama-sama dengan kawan Indian anda? Tapi aper pun disaat saya mengarang entry blog ini cuti saya sudah pun di hari-hari terakhir..huhu.Esok, isnin masih lagi cuti sebab tak ada kelas. Aper agaknya saya buat 3 hari yang lepas erk? hehhehe.. the last 3 days mmg seronok sebab dapat keluar seketika dari Tanjung malim. Bercuti bersama kakak terchenta...

Saya menaiki bas dari T.Malim ke Ipoh pada hari Ahad dan perjalanan take about 2 hours. Sampai di Terminal Gopeng ader satu cerita menarik disini. Saya menunggu kakak di Terminal dan ada seorang remaja lelaki datang bertanyakan berapa jam untuk ke Seremban. Saya hanya menjawab tidak tahu..dan tiba-tiba mukanya berubah sedih dan meminta belas ihsan dari saya untuk mendapatkan wang.. Dia cakap " kak..tolong saya kak..Bagi 10 ringgit jer..saya nak beli tiket balik Seremban.Datuk saya baru jer meninggal." Oh, saya mula panik..kenapakah dengan budak ini! saya member alasan kehabisan wang tapi mestilah dia tidak percaya dan mendesak saya untuk memberikan wang. Saya memberi alasan perlu cepat dan berpindah duduk di tempat lain. Tapi budak tuu still memandang saya dari jauh..(muka tak puas hati la tuu). terang2 lagi bersuluh lagi budak tuu memang berniat jahat. Nasib baik kakak datang setengah jam kemudian.
Kami bertolak ke Kuantan keesokan harinya dan spent time kat sane 3 hari. agak serunuk sebab dapat jalan-jalan dan makan2. Rasanya tak ader aktiviti menarik yang kami buat.Cuma jalan2..ambik gambar dan makan jer..hehee.. Tapiu paling best dapat makan ikan n seafood kat Tnjung Lumpur..thumbs up la!
Selepas 3 hari disana saya kembali semula ker kolej dan bergelumang menyiapkan assignment. Memang pulun betui2..untuk ciapakan tugasan yang bertimbun cuti ni dan sekarang pun masih berjuang untuk ciapkan kerja sebab minggu depan raya haji memang nak berhari raya tanpa kerja kat rumah. ader 5 hari lagi nak balik kampung tapi uish.. hati nii dah excited giler nak balik.huhu..dah berbulan2 tak balik nii..

Ok,,guys..i got to go..entry kali nii tak dapat karang panjang2 sebab saya mengejar masa. Petang2 ni cepat jer masa berlalu.K., Have a nice holiday and selamat kembali ker kampus buat kawan^_^

Saturday, October 8, 2011

Kegatalan membuang duit beli new HP..hehe


Salam...hai kawan22...hari ni saya beli new hp.kih3! sajer laaa tu cari pasal buang duit 230 hinggit! haha..udah berkenan beli jer laaa..heeeeeeeeeeeeeee=) nak beli Mp3 tapi rase nak beli hp ni ler pulak..kih3! fon ni biasa aja..tapi hatiku berkenan.. tapi pink colur ennggak jupa bhaaa....hehehe..sebab kawan saya lailah pakai yg pink colur, lawa betuii... i choose silver white..sebab putih pun antara colur feveret.. ok...pasnie xmau beli fon daaa...nak pakai yg lagi canggih tggu suami beli lah nnti... hahaaa...... sebab pakai yg slidesebleum nii rosak..sedih betuii=( ok,...tak nak melalut..banyak kerja nak buat..salam..tatatata..^_^

Thursday, October 6, 2011

:: ceritera tuliputih - after 4 weeks at campus ::

Salam...malam nie saya hanya menyelesaikan tugasan ringkasan jurnal sajer.. tapi still tak selesai jugak.. soalan yang last2 tu rase macam neuron otak saya dah jammed untuk analisis jurnal dan type jawapan.Even saya bekas pelajar asasi TESL tapi dek kerana sudah hampir 2 tahun asasi ditinggalkan..rasa agak berat juga untuk analisis jurnal tuu..dahlaa bahasa jurnal tu agak tinggi kan..Saya dpt faham dalam English jerr..tapi untuk translate dlm words bm agak sukar sebenarnya yer. Sepatutnya dah tido time nii tapi angin nak blogger tuu dtg la pulak..so..saya mencuri masa sekejap untuk menulis entry ini=)

Sekarang dah berada di minggu ke-4 di UPSI.. wah..sebulan..can't believe it! Cepat sajer masa berlalu time belajar. Minggu ke 5 dah mula untuk passing xsimen kpd lecturer. huhu. Tapi setakat nii xsimen not bad laaa..sebab saya ambil 18 credit hours jer. Berbanding dgn kawan2 satu gang yg ambik 20.. diorang mmg bz dgn xsimen.. tapi agak tidak serunuk sebenarnya sebab kesilapan menyusun jadual, saya hanya bercuti pada hari ahad..huhu..sangtlah jeles melihat kawan2 lain bercuti dari jumaat sampai ahad.. ciap balik kg lagi tuu..hoho.. Tapi tak aper..saya ingatkan diri ini balik tentang jihad untuk belajar..=) kesibukan itu bagus jugak sebenarnya.. Tapi saya nak cuti banyak sebab nak p lepak kat ipoh jer rumah kakak..dah masuk 2 sem di sini masih belum sempat ke sana.huhu..teruk kan! Belajar sem ni ok..cuma masalah subjek braille.. For this subject i really need to study hard. Saya ini gak slow learner sebenarnya bila belajar benda baru dan melibatkan hafalan nombor nii.. huhu. Nasib baik laa fon number sndiri ingatkan. Dalam class rase agak down sebab tengok kawan2 buat latihan sangat cepat dan expert dan saya agak ketinggalan. rase sngt pening dan sakit kepala lepas pulang dari class braille semalam. Tapi i won;t give up! ini baru permulaan. Saya masih mencari rentak untuk belajar. InsyaAllah mulai hujung minggu nii akan mula misi study braille. masih berpegang kepada kata2 ni.."kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa." walaupaun agak skema bunyinya..tapi itulah hakikatnya..

Itu kisah study..masuk pula kepada kisah hidup..Alhamdulillah...saya dapat juga mengetahui kebenarannya. Kebenaran itu biarlah hanya menjadi rahsia buat saya dan kami bertiga mungkin, kerana saya pun tidak mengetahui jika ader rakan sekelas yang memang sedia mengetahui kisah ini. Saya sendiri agak terkejut pada mulanya..walaupun naluri dari sem lepas lagi dapat merasakan..tapi hati sering menidakkan kerana saya suka berprasangka baik terhadap orang dan boleh juga dikatakan kebodohan diri coz meletakkan kepercayaan kepada seseorang lelaki. walaupun pahit sekalipun kebenaran yg harus saya telan seorang diri...saya hanya mampu menerima..kerana itu sajer yg termampu saya lakukan di saat ini.Kesakitan dan kesedihan itu hanya Allah sajer yang maha mengetahui. Kawan2 rapat dah sedia maklum dgn keadaan emosi diri saya yg x ok minggu2 yang lepas.. So, mereka biarkan sajer saya makan aiskrim dan coklat sekerap yg mungkin( favourate saya time sedih terlampau) tapi saya juga berpegang pada Al-Quran...masih tidak lupa membaca ayat2 suci setiap hari yang menjadi terapi kepada jiwa.. Mengapa dan kenapa dia sangup menipu sedemikian rupa? saya tidak mampu untuk bertanya lagi meskipun hati ingin sekali menagih jawapannya. Yang pasti orang itu ada sebabnya.. mungkin juga diri saya begitu banyak kekurangannya ( ok saya berprasangka baik lagi)yang otak saya sendiri tak mampu nak fikirkan. Hal ini juga melibatkan persahabatan antara 3 orang, yang saya fikir adalah lebih baik saya undurkan diri lebih awal supaya semua org bahagia. mengalah? bukan mengalah.tapi saya tidak suka mengejar sesuatu yg tidak pasti.. sesuatu yg belum tentu jadi hak kita even kita dapat sekarang pun. InsyaAllah akan jumpa orang yang betul mencintai diri kita dan setia sehingga akhir hayat dan akhirat... Saya tidak suka mencari kerana.. biarlah dicari...itu lebih elok kan.^_^ Ada satu ungkapan yang menguatkan diri ini juga sebenarnya... "jika dy melepaskan kita bukan kita yang rugi...tapi orang itulah yang rugi kerana dy melepaskan org yg benar eclass menyintainya."



Sekarang saya lebih suka fokus kepada hal2 belajar..kawan2..dan hidup sendiri. Agak selesa juga.. format balik tujuan hidup..refresh balik cita2 nak buat master dekat oversea,,hihi,, InsyaAllah..doakan kejayaan saya nanti.. kena belajar betui2 u selesai degree ni dulu=) Even kdg2 kepala ni hang juga teringat benda2 lepas..ermm macam malam nie..kerja terganggu seketika sebab tiba2 terkenang lepas dgr satu lagu.. ermm tapi xper..kena sabar sebab masih baru lagi kan..masa akan ubati semua tuu nanti.saya kena sabar jerr,hehe◕‿◕

Ok..dah terlebih masa sebenarnya nii..esok saya ada class arabic kul 10..urm.. bhasa arab baru tahu sepatah dua. masih tahap profound.. moga saya akan master arabic one fine day..itu antara impian n misi hidup saya lah.. GOD Willing.moga tercapai..aminn... ok..dah kena masuk tidur..susu dah habis satu gelas minum..mata dah kuyu nii.. syukran buat yang membaca entry ini.. moga anda semua berbahagia dengan hidup maasing2 dan berada dibawah rahmatNya..=======<@ jumpa lagi di entry akan datang.Salam.....papai.

Tuesday, October 4, 2011

Sahabat antaraTerapi Jiwa...


Salam alaike...salam satu malaysia..salam perpaduan ( ceh,,nii tempias tgk forum dalam class wacana akademik laaa ni..hehe)

Ok...bnyak entry nak post sebenarnya..kan dah lamer xbuka blog..so,banyak cerita yang terkumpul di kotak fikiran untuk dicoretkan di CIkSitiWanTembam's corner nii..hehe Tapi malam ni..juz nak story perihal yang terlintas kat fikiran time nii jaa..

Sebenarnya fatihah baru balik umah jer nii..hehe...tadi p lepak rumah Anggerik aka miss Rogayah...asalnya niat nak ciapkan xsimen jurnal malam nii.tapi boring betul menghadap jurnal. dahla bi..eh2...sejak biler xsuka bi ni haaa... Oh, iluv TESL.. tapi paham2 laaa.lau ilmu tuu lamer tak dipratikkan...memang cepat jer tumpul kan.

So, untuk menghilangkan kebosanan..fatihah p laaa bilik gayah. Kat bilik dy ku jadi tukang urut pulaaa...hahaa...diorang sengal2 badan.Tapi best urut2 orang nii..time ni laa nak balas dendam picit kuat2..kih3! xderlaa..adat hidup di asrama kan..kawan2 laa kiter harapkan..lau kat rumah tak apa..ader ibu yang leh urutkan. Sambil2 urut tuu borak2 laaa macam2...testing shawl lah..macam2..kongsi resepi laa.. tup2 sampai kul 1.. kejap jer masa lau duk hepi duppy nih..

Tapi sememangnya moment dengan kawan2 tuu penting..kawan2 dapat jadi terapi jiwa kita time sedih, gelisah or anything else. Sebab biler dah gelak dgn kawan2 tuu kite akan lupa problem2 yang ader.. hehee..ok dah cukup laaa saya merapu rasenya.. sajer jer nii..hahaa..xder motif aper2 pun..ok..ketemu lagi di next entry...tataatiti....

Tuesday, September 20, 2011

:: Suka-suki dihujung minggu ::



Assalamualaikum.....Hai teman2... hehehe...waaa...!!!rindunyer kat blog.. 2 3 hari ni sebuk cikit.. Malam ni pun sebenarnya penat..tapi after minum secawan nescafe, mata terus jadi segar.hoho! SO, curi masa niiu tulis entry baru..hehehe..Cari nahas laa nii minum nescafe malam nii..esok pagi konpem sakit kepala.huhu.. Naseb laa..dah tadi fatihah memang plan nak tido sekejap after buka pose..tup2..ader sesi besama felo blok C ler pulak..huhu.. Tak nak pegi pun sebenarnyer...tapi rase bsalah jer xpegi kan.. hehe. Samapai tersengguk2 tadi dlam dewan..haha. Skg dah tak ngantok lerr pulak.. Fatihah tulis nii sambil layan lagu nera... dah banyak x ulang ni.pasang kuat2....High Volume! kui3!! Mentang2 laa baru beli headphone colour white pink..Aper lagi..layan lagu kat bilik jer kerja..hehe.

Ok, berbalik kepada citer asal...weekend yang lepas fatihah spent time dengan gang Upsi=)... Gayah n dgang.. kiter org pergi shopim mopim kat Kl.. Decide nak p Kl biler tgk smua org tegang jer kat ostel..hahaha...Masing2 ader personal matter..Gaduh gn pakwe lah..putus chenta...macam2...awal2 sem daa serabut..So, kiter org pun aper lagi..Jum p Kl!

So, pagi ahad yang indah tuu kami naik Ktm p KL..n Lrt p masjid Jamek.. Sngt lah besh jalan2 gn de all...asyik gelak jer..hahaha.. N d memorable moment is..time kiter org tgh mkan kat RasaMas Kl Sentral ader seorang urmmm...student i think..asenyer masih student kot..dy pekak n bisu..Dy jual keychain yg pesatuan org pekak n bisu buat..kira mcam jualan amal laa..satu keychain RM10..mahal kan? Tapi oleh kerana kami nii bakal2 guru pndidikan khas..so..kami beli=) Kalau bukan kami yang support mereka saper lagi kann? Sempat lagi testing sign language gn amoi tuu..hehehe.

Pastuu bermulalah shopim mopim kami..Waaa...serunuk..barang2 sngtlah murah.. sempat lah borong handbag sorang satu kat jalan Masjid India.kui3! Erm...kami bukan tahu sngt pun jalan2 kat saner..main jalan jer..hehehe.. naik ktm tuu..pun saya dan yana jer tahu cikit2..hahaa..Tapi mestilah yana lagi expert.. Fatihah blurr cikit..hahaha..Juz tahu laa camner nak p masjid Jamek after calling2 kawan2 kat Uitm Shah Alam tuu. Dulu p Kl pum dgn pakcik ehemm2 kan... dy aderlah ajar camner nak naik ktm p kl..p midValley tuu..tapi ingat2 lupa jer..hahaha. Yana pun samer kes laaa dgn sy... Kat dalam KTm..ok! serious teringat moment 1st time dalam ktm dulu..huhu.wuwuwuwuuw....rase nak nangis kat situ jugak! urmm,,thankz to yana yg dah sedia memahami situasi saya..huhuhu..So...xmau sedih2..saya tido jer dalam kTM..hahaha...

Diorang semua nak p Mid Valley...tapi...hahahaha...mestilah saya org petama bantah! tak mau! dah cakap awal2..lau xmau kasi i nangis jgn p mid valley ok.. huhu..Nanti teringat pulak..huhu..So, saya pun hasut diorang p Jalan TAR..hahahaaa! Oyeahhh! Berjaya! Tapi memang best sngt2 kat saner... p sogo..n d best thing..naik tingkat
atas main game kat sogo gn gayah! hahahaa...pastuu masuk Doraebang!! karaoke Box.kui3!! Duet nyanyi lagu jiwang2 fruz dgn yana.. pastuu untuk hilang tension fATIHAH nyanyi solo satu lagu.. ader jugak duet dgn dorina.. HEHEHE^_^ memang besh..raser lepas tension kejap..hehehe..

Lepas tuu kiter org stop solat n sambung shopim balik..hehehe... xbeli aper pun..Juz blouse 2 pasang..duit laju jer keluar...sebab penyakit saya nii mesti berkenan brg mahal punyer! hahaha..

Malam dekat2 kul 10 laa kiter org sampai kz...penat sangat2..kaki daa lenguh2...tapi urmmm....mmg best moment laaa dgn kawan^_^ Sayang kamuu semua..=) Balik dah leh senyum manis2 daaa..hehehheeh..... K... udah lewat malam nii...Fatihah mau chow lah dulu...heheh.undur diri..nanti free i will post new entry eah^_^ thankz for reading..Tapi bukan nak suruh org bacer pun.. Ku menulis juz suka2...dah jadi hobi..ngeh3!papai.......... jumpa lagi!

Tuesday, September 13, 2011

::Hari2 yang sibuk sudaa bermula::


Assalamualaikum....

Hai semua...camane kawan2 semua..mesti sibuk kan sebab dah mulaa class. hari ni dah masuk hari kedua fatihah mula class..Agak sibuk dan terasa sedikit stress.. sebab class kul 8..haha.xsuka class pagi2.. Tambah lagi demam datang balik..n tekak ni pun dah mula bleeding balik.huhu..Tapi xkuat sngt.. Fatihah x bagitaupun mak sebab takut dy risau.. Nak telan makann keras2 skg memang agak sakit lah..huhu..Harap2 pasnie sembuh lah slow2.bukan aper..xbest p class sakit2 nie...xlarat nak kejar bus..jalan jauh2 p class.. Sebab tuu kaalu korang tegur saya n saya layan gtu2 jer or tak cakap banyak sorry lah eah..bukan aper..tekak nii sakit...nak ckap kuat2 pun n banyak2 pun ngilu jer..

Tapi ptg tadi alhamdulillah..sebab dah rase ok cikit..n kat class wacana tadi dah dapat gelak2 gn kawan2..hehe. Errmm..haa..lupa nak citer.. sem nii dapat housemate baru..hehe. still satu rumah gn iza..my rumet sem lepas..tapi kiter org xsatu bilik.. sajer tukar2..kih2! Fatihah rumet dgn ain..student ERT.. IZa duk bilik depan jerr,,,tetap satu rumah..Housemate rasenyer ok sem ni..semua Melayu..happening jer diorang, even kiter org sem lain2 n kos lain2..hehehe

Haa..lagi satuu citer,,tadi terjumpa gulfren MR hazwan uTP.. Dy Baru masuk blaja kat UPSI. ermm..tak sempat nak tegur..kawan2 saya cakap semua saya giler... Tapi erm..saya rasa nak kawan dgn dy.. Tak kesah lah saya penah ader aper2 dgn Mr Hazwan utp tu dulu2.. Dah xder jodoh kan. Rase nyer lepas tgk Linie tuu dah tak rase aper2..Redha jer..Lagi pun dy baik. Berjurus dari saya.. Sesuai laa gn MrHzwan UtP tuu.. Len kali lah saya mau jumpa dy u beramah mesra.. kalau dy org jemput bagi kad kawin pun sy pergi dgn hati yng tenang..hehe.Tak tau lah naper gn saya nii..tapi saya mmg jenis lembut hati..mudah maaafkan org..ngeh3!

ok..nanti ciksitiwantembam sambung citer len kali ok..nak sambung tgk korea lah.. nak bagi happy cikit..hehe. suka tgk korea...dapat gelak2=) terlupa kejap sakit bile duk gelak2..ok..papai u alls.moga semuanyer sehat2 dan bahagia selalu=)

Saturday, September 10, 2011

Cuti sudaa tamat....

Salam alaike=)

Nampaknya cuti 4 bulan sudah berakhir..kejap jer rase..huhu..rase tak puas ag tido gn ma kat rumah. tak puas ag masaK2 kat dapur..malam ni dah nak naik bus..sobs3.. erm.. harap2 selamt sampai sampai ke kolej Zaaba terchenta.. Barang banyak giler..haha.. ader la dalam 4 bag..baju kurung sajer dah satu beg besar..t-shirt muslimah dah satu beg..baju2 yang nak pakai lam bilik + baju tido satu beg..kui3! Time packing ni laa baru sedarr rupanya dah banyak koleksi baju..hehe..

Harap malam ni xnangis lah depan ma..huhu..sedih nak tinggal.. sebab pas saya p ni..takde org daa kat umahh..ader abang jer.. Tapi paham2 laa ader anak laki kat umah bukan best sngt kan..tak leh ajak borak2..masak2..hurm..tambah2 ma pun xsehat sangat..selalu sakit2 urat..berat jer hati nak tinggal...tapi kena pergi jugak demi untuk menuntut ilmu..

Sem II ni berazam nak kuat lagi study..nak focus betul2..n nak baik gn semua orang kalu boleh..n nak aktif cikit join maner2 aktiviti. Lagipun sem II ni dah start blaja Braille..ader org ckp susah..sebab kiter kena betul2 ingat simbol2 braille tuu dan try adapt dgn situasi blind people..Hurm..harap2 saya dapat buat yang terbaik.. Coz I love special education..saya dah jatuh hati..dah jatuh chenta dengan dunia pendidikan khas..=) Doakan saya selamat sampai ke Tnjung Malim yer kawan2...Kawan2 cikgu AT10 selamat bersua kembali esok=)

Thursday, September 8, 2011

Kenapa dengan saya ni???

Kenapa dengan saya nii??huhu...Saya pun tak tahu..Saya buka fb..tiber2 muncul kat wall mereka berbalas coment...usik mengusik..seperti yang pernah kami lakukan ketika dulu..ketika saya masih dihati dy..Tapi waktu dengan saya, dy tidak semesra itu.. dy tak suka menunjuk2 di FB..dy tidak suka kawan2nyer mengenali saya...Tapi siapa sangka sekarang lain pula jadinya...

Erm..kadang2 saya fikir saya sudah cukup redha..tapi entah kenapa...saya hanya manusia biasaa..kadang kala..tatkala melihat kemesraan mereka bertingkah di FB walaupun hanya di alam maya..mengusik hati dan luka lama.. Siapa sangka ketika dulu sewaktu saya dengan si dy...masih lagi berteman tapi mesra..saya pernah bertanya tentang kehadiran seorang ukhti yang selalu memberi komen2 di mukabukunyer..dan mereka selalu bertegur. Si ukhti juga mengAdd saya untuk menjadi rakan di FB..saya tidak mengenali dia.. Semasa saya bertanya si dy hanya menyatakan ukhti itu hanyalah teman kepada seorang teman lamanya. Saya membiarkan sahaja kerana tidak mahu mencampuri urusan si dy supaya nanti si dy tidak rasa terkonkong..Ermm..tapi bermula detik itu hati saya mula berasa kurang enak dan curiga,,Tapi saya hanya pendamkan sahaja.. memandangkan hubungan kami berjalan lancar.. Kami berkawan seperti biasa,,dan cuba menjaga ikhtilat sebaik mungkin..kurangkan bermesej, tidak berjumpa melainkan dy akn kerumah bila waktu cuti tiba.

Namun, siapa sangka hubungan yang dijaga retak jua akhirnya..salah saya juga..ya..memang salah saya..tapi waktu itu saya terlalu marah kerana si dy tak mempercayai kata2 saya...Then,, i try to make us back to normal..a few days after that..Tapi si dy menolak..saya faham dan cuba menerima dengan redha..

2 minggu kemudian saya mula nampak kemesraan mereka di FB.. Saya cuba bertanya kepada si Dy... ada aper2 kah antara mereka? dy mengelak untuk menjawab.. dan akhirnya baru2 ni si dy memberitahu saya juga tentang mereka.. Hati saya tuhan sajer yang tahu..saya sebenarnay sudah lama redha dengan perpisahan ini..Tapi kenapa mesti dy? tidak sangka curiga dihati saya selama ini betul..

Saya hanya mampu mendoakan mereka bahagia..Cuma masih berpikir..patutkah saya meremove mereka dari mukabuku saya??? memg saya sudah lama redha... Tapi saya hanya manusia biasa,.. melihat kemesraan mereka di FB membuatkan saya agak rase terluka.. Oh,,tuhan kuatkan hatiku...=)

Aku..Sakit.

Salam alaike....
Hai,kawan2.. dah lama tak update cerita lepas raya ni kan..Korang semua sihat? Moga2 kalian semua sihat walfiat hendakNya... Saya baru jer baik dari sakit. Erm..belum pulih sepenuhnya..tapi dalam progress laa..But thankz to Allah..Alhamdulillah..syukur sangat2 coz tuhan masih bagi peluang untuk sihat.

3 hari lepas saya jatuh sakit..demam panas sampai tak boleh nak bangun dan the worse thing is i have bleeding in my throat. Masa demam tuu tak tahu lagi bleeding inside.. cuma saya rasa sakit sangat dalam tekak..nak sentuh dekat luar pun tak boleh..So juz sapu minyak angin.. Satu malam memang tak dapat tidur..sebab sesak nafas..Pastu keesokkan paginya saya tak dapat telan air liur langsung,, sebab sakit sangat2.. So, tiap saat saya akan ludah keluar..Memang perit sangat.. Then, saya baru sedar my throat is bleeding bila saya batuk dan kuar darah.. Pastu ma decide untuk bawa p clinic. Then saya cuba slow gerak bangun.. try minum u dapat energy..Unfortunately, I can't..Masa nak teguk air tuu rasa cam telan duri..

Then saya dan ma ke clinic. Kat clinic punyer la lama tuggu turn nak jumpa doc. Even clinic swasta tapi ptg tu patient ramai sangat.. So, saya tunggu dengan sabarnya even rase dah nak pengsan.. Ma kat sebelah bagi semangat..Lewat petang baru sampai turn saya.. dan Alhamdulillah da dapt jmpa doc. He said, cam yang saya jangka ader bleedinh teruk kat dalam anak tekak..demam panas, selsema tuu biasa la kan.. n satu penyakit baru saya dapat..lelah..huhu.Patut laa malam2 sesak nafas.

After balik dari clinic mmg saya rase tak larat sangat..tapi mak paksa suruh makan ubat tahan bleeding.. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya nak telan ubat sebiji tuu..lagikan seteguk air tak dapat telan.. tapi sebab nak baik saya kuatkan semangat.. telan jugak ubat..samapi nangis depan family time telan ubat. Saya hentak kaki kuat2 sebab sakit sangat masa proses telan ubat tuu..Lepas tuu saya terus baring sampai ke malam..Waktu malam tuu saya muntahkan balik ubat yang makan petang tuu sebab perut kosong..dah 2hari tak makan apa2. Lepas muntah tu memang saya rase pening n separuh sedar..Saya dalam keadaan separa sedar samapi ke tengah malam.. tapi time tuu sayabdapat rasa usapan tangan mak saya kat dahi..dan terdengar alunan kalimah ayat2 suci Al-Quran yang mak bisik kat telinga.. Dy suh saya zikir dan mengucap kalimah Syaahadah... Lepas tuu saya tak tau pa jadi..mb saya tertido sebab sakit sangat.

Esok pagi..saya tersedar bila mak saya kejut untuk mandikan dengan air suam dan time tuu mak terkejut tengok darah penuh kat bantal.. dan saya terperasan darah menitis kat hidung.Saya berlagak cool jer depan ma.. amik kain dan tukup hidung untuk stop darah keluar.Hari tuu saya baring jugak..sebab tak dapat makan minum... tapi alhamdulillah,,berkat doa mak saya..petang tuu saya dapat telan seteguk air.. syukur..Alhamdulillah....

Dari hari kehari i'm getting better,,sekarang dah boleh makan makan2 lembut..nasi air.. Tapi still kena berpantang dari minum ais..tapi hari ni saya telan jerr biskut kat umah,,hehe...boring lah makan nasi air jer..ma pun tak kesah..sebab saya kan dah nak chow dari umah sabtu nih..sobs2! so, dy bagi jer saya makan aper... Alhamdulillah...saya rasa syukur sangat sebab skg dah makin ok..syukur ader ibu yang amik berat susah payah jaga time sakit..Dan syukur juga masih dipanjangkan umur..

Tuesday, August 30, 2011

Salam Satu Syawal...Camat ari raye=)

Salam alaike...

Eh..dah raye..sekejap jer kan..tup2 dah rayer.Selamat Hari Raya lah yer buat semua. Maaf atas segala slah silap.. Almaklumlah..as human being jita tak dapt lari dari all mistakes kan=) So..amatlah dianjurkan sempena bulan syawal yang mulia ini kita saling bermaaf-maafan.Masing2 mensucikan diri dengan bermaafan.

Macam maner hari raya u all semua? meriah ? mestilahkan! Hari ni..saya sangat sibuk.. Alhamdulillah tetamu tak piutus2 berkunjung ke rumah. Almaklumlah..rumah saya kan tepi tanah perkuburan kan.So, selepas solat sunat hari raya saudara2 terdekat dan orang kampung akan singgah dirumah terus after ziarah kubur.. So.. memang family kami pun tak sempat makan..ytak sempay ambik gambar family pun..huhu.. Pagi2 lagi dah ada tamu sampai ke petang dan malam ni bkal menerima tamu lagi rasanya. Saya nih ramai saudara tau,. sebelah abah n ma memang ramai. So time raya memang penuh rumah la.. Ma masak nasi beriani=) sodapp.... laris betuii nasi beriani hari ni..licin dibalun dik tetamu..hihik. Nasi impit pun ader.. N tak lupa juga popia nestum saya yang dah habis 3 balang.. Erm..kena buat lagi lah esok.

Malam nii rasenyer nak tido awal kalau xder tamu.. sebab penat sngt2.. 2hari nih memang penat kat dapur.. buat biskut 5 jenis,, kek 3 jenis.. Adoii..ponat eden.. tapi takper..demi tetamu...hehe. kita kena memuliakan tetamu.. dan hidang makanan yang terbaik yang kita ader.. Hari ni juga agak hepi..sebab kawan2 gang tukul yang beraya kat kg dah datang.. Selalunya raya ke 2 or 3 baru datang,, tapi tahun ni 1st raya dah dtg..n tadi dah sempat p umah diorang jap n p umah cikgu skul rendah. Kepada kawan2 yang belum datang agi umah..silalah yer,,,jemput mai umah=) camat ari rayer...

Thursday, August 25, 2011

Menghitung hari....T_T

Assalamualaikum sahabat2...

Sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan..Dah hari ke 26. Macam maner puasa anda? terawih? Tadarus? Iman? Agak2 iman kiter di penghujung Ramadhan nii makin tebal ker nipis? Ermm..Harap2 semuanya bertambah baik lah ea=) Agak sedih sebenarnya..sebab lepas nii dah tak dapat sahur ramai2 dgn family, dah tak dapat dengar suara2 kemeriahan terawih di masjid dan sedih terpikir adakah diri ini akan rajin berqiam di bulan yang seterusnya. Sedih bila sedar ada 3 malam jer lagi kan.. Ramadhan yang penuh kemuliaan ni dah nak tinggalkan kiter wahai sahabat.. Bulan yang penuh barakan, bulan yang dimana kiter terasa ringan anggota untuk beribadat, bulan yang doa dimakbulkan apabila dipinta dan juga dosa diampunkan..

Tapi bak kata ustaz dekat masjid tadi... sedih pun sedih jugak..tapi jangan tahu sedih jer..cepat2 rebut saki baki peluang yang tinggal nii untuk mintak ampun dengan Allah.. Ibarat megaSale kat shopping complex lah ni kan..kalau mega sale cepat2 jer kiter berlumba nak rebut peluang beli barang murah..So,, bulan puasa ni pun camtuu gak... tuhan sayang kat manusia..so tuhan buat Megasale Pahala.. saper2 nak rebut pahala yang berganda kenalah beribadat lebih=)

Mengimbau hari2 dalam bulan ini yang telah lepas..erm.. banyak perkara telah berlaku dalam hidup saya dan juga family. Dugaan dan ujian yang datang menyapa dan berkunjung mematangkan fikiran dan membuatkan diri saya jadi lebih kuat dan tabah.
Alhamdulillah..syukur kepadaNya..yang memberikan kekuatan kepada saya untuk menghadapinya dengan tenang dan penuh redha.. Thank You Allah!

Bermula dengan awal Ramadhan... saya dan ibu diserang demam selsema selama seminggu.. Dan pada hari kedua Ramadhan jugalah arwah abang masuk ke hospital. Dan disaat itu juga kami telah bersedia untuk sebarang kemungkinan..Saya menjadi peneman setia ibu ke hospital dan berurusan dengan doktor. Kami ke hospital selang sehari. Ketiadaan transport dan kesihatan ibu yang tak mengizinkan menyebabkan kami tak dapat ke hospital setiap hari. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa saya cuba berusaha untuk kuat...betapa saya berpura-pura belagak tenang di depan ibu..Coz I know that must look strong in front of her so that she will be strong too. Kalau saya lemah..mak saya lagi akan lemah..So, setiap hari saya akan dengar dy cakap rungsing pasal nasib brother sy..cakap dy tak mampu nak jaga sebab tak sihat..dan macam2 lagi kerisauan dy.. I'm not good in words ..so i just mampu dengar.. Tapi hanya tuhan saja yang tahu betapa susahnya nak pretend to be ok.. Nak tahan dari air mata tumpah depan2 ibu..sampai merah muka..Hanya mampu tersenyum supaya nampak ok. Namun, pada 21 Ramadhan.. my brother pergi jua menghadap Illahi. Kematiannyer kami hadapi dengan penuh keredhaan.. Tidak kedengaran suara tangisan sedikit pun dari kami sekeluaraga...? Kenapa? Coz kami telah lama bersedia dan cukup redha..

Ujian lain juga bertandang dimana beg duit saya tercicir di pasir mas. Saya tidak mahu mengeluh..kerana setiap kejadian ada hikmahnya..Mb nak suruh beli purse baru kot=) Setiap ujian yang pahit itu kan terasa manis biler kiter tempuh dengan redha. Jika sebelum ini ader seorang insan yang menjadi tempat saya mengadu, mengeluh dan mencurah rasa serta mendapatkan kekuatan..tapi walaupun kini tiada lagi saya bersyukur kerana sedar betapa Allah masih ada tempat yang terbaik untuk mencurahkan segalanya dan mengadu..Walaubagaimanapun.. terima kasih juga buat insan tersebut coz sudi memberikan kata-kata semangat dan bertanya khabar pada minggu lepas.

Finally, samer2 lah kita rebut peluang di penghujung Ramadhan ini=)

Sunday, August 21, 2011

Al-Fatihah buat arwah abang...

Salam alaik...
Innalillahiwainnailaihirajiuun..... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa2. DariNya kita datang..kepadaNya lah kita kembali jua..about 2.30 petang semalam i got a called from Hosp KB. They called me and said to hurry since my brother is "tenat".. he was hospitalised for 20 days coz komplikasi bengkak hati dan pendarahan paru-paru. I was at JPN at that time..so i called my second bro and asked him to go there with my mother first.

Tepat kul 3.00 petang , saya mendapat col dari abang kedua.. abang sulung saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Al- Fatihah.. Saya terpaku seketika.. time tuu tengah berjalan nak masuk lorong rumah..baru pulang from JPN p buat iC baru yang hilang.

Alhamdulillah..arwah selamat dikebumikan selepas waktu maghrib semalam bersebelahan dengan kubur arwah abah.. Terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat2 yang datang semalam. Semoga roh dicucuri rahmat. Amin..

Thursday, August 18, 2011

BEG DUITKU HILANG......T_T

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang ke- 18 kawan2 =)

Entry kali ni saya mau ceritain kesah purse ku yang hilang entah kemana.huhu.. Ok, jom kita ikuti kesah sedih seorang wanita dibawah..Zasssssssssss.
Pada hari nuzul Quran semalam saya menemani kakak dan anak sedara shopping selipar raya di pasir mas. Hari tu saya bawak handbag..beg duit saya terletak elok jer dalam handbag yahg kecil molek tuu.. Saya buat kuar pun sekali jer time bayar harga tudung masa dalam pasar. Tapi takdir Allah..masa membeli di pasaraya Pantai Timur saya keluarkan sekali lagi beg duit tu sebab nak ambik syiling sebab nak timbang berat ( hobi saya ke p.timur adalah timbang berat ok,hehe). Pastuu saya pegang beg duit kat tangan sampai laa keluar dari pasaraya tuu. Then kami pun nak baliklah..Elok jerr kakak saya nak tahan taxi, saya cakap " eh, jom singgah kat jualan dalam dewan nii.. ader jual tudung, tudung budak 2 ketul (anaksedara) nii tak beli lagi." ok..kakak saya pun menurut dengan muncung dibibir..haha sebab letih kerana hari panas terik dan letih poket dy makin nipis,kui3!

Pastuu, kami pun p laa singgah.. Saya pun sebuk laa memilih lambakan tudung tuu. (budak2 jer kan..tudung lambak2 sudah lerr..hehe) Lambak2 pun 10 hennget satu tau. Time ni lah saya rasa saya telah tercicir bag saya tuu.. (saya rasa laa..sebab time kat p.timur bag tuuu ader ag) Then. biler budak2 tu cakap xberkenan semua tudung kat situ kami pun pulang..

Sampai kat umah..saya pun cari Hp.. maner eah? oh, ader lam handbag.Erm..tgk lam handbag..eh,apesal kosong jer..ader hp jerk? maner beg duit hitamku yang besor gedabak tuu.. Ok..cool..cari slow2.. xder! Saya pun p laa selongkar saner sini kat umah. kot2 laa ader tercampak time balik tadi. 10 min kemudian....... waaaaaaaaaaaaaaaa! enggak ada sih! wuwuwuuwu... gimana sih! Bagi tau kat mak. Mak pun dengar cool jer.. suh p cari kat pm karang. Mak cakap..kalau ader rezeki ader laa.. ada laa tuu hikmahnyer... Erm,, hati sejuk lepas dengar ma cakap camtuu.

Saya cool jer pastuu..sebab lepas pikir balik tak risau sangat pasal duit 20 30 hinngit lam beg tuu,, (even susaa jugak tuu nak dapat duit,huhu, saya bukan org senang ok) kad bank ader 3 keping.. duit xder pun sampai seratus dalam tiap2 account tuu..Cuma yang saya risau kad bank mak saya jer dalam tuu.. then My IC yang baru tukar..

Tapi Alhamdulillah..sebab tadi dah buat kad bank baru untuk ma.. Lega rase..even kad2 bank saya tak dapat nak buat baru agi sebab IC xder kan.. tapi still rase lega.. Sebab kad bank mak tuu penting. Duit dalam tuu penting untuk perbelanjaan rumah dan kami sekeluarga. Kad saya xpenting punn=) Cuma yang saya kena urus skg..buat ic dulu dan pastuu baru urus kad2 bank tuu n beli purse baru=) Tapi even urusan small matter macam tuu pun sebenarnya agak leceh bagi saya sebab xder transport nak kesana kemari.. Dahla JPN tuu agak jauh..Fuh..saborr jerlaa.. hehe. Aperpun saya rase saya dapat terima dugaan nii..Setakat dugaaan macam nie aperlah sangat kan kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi susah n besoor..dugaan mereka. Moga lepasnie Allah permudahkan segala urusan saya..aminnn=)

Tuesday, August 16, 2011

Bicara Tudung labuh Vs Tudung tiga segi



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang ke-16..
Entry kali ini saya pilih topik pasal tudung=) Dah lamer sebenarnya nak tulis pasal tajuk nii tapi xberkesempatan sebab bulan puasa nii banyak hal cikit. Ok, tudung labuh or tudung segi tiga biasa. Yang mana pilihan hati? hehe, Tepuk dada tanya iman =)
Bagi Fatihah, tudung yang dipakai mengikut keselesaan diri masing2. Dan tentunya perlu mengikut syariat mnenutup aurat seperti yang digariskan Islam. Sekarang macam2 jenis tudung kaum Hawa pakai kan. Macam2 fesyen timbul. Dari tudung bawal up cikit kepada tudung keras awning Arini, pastuu anak tudung syria, dan yang paling up to date sekali mestilah selendang kan. Mak aihh..selendang pun ader pelbagai jenis. Macam2 trend gaya selendang sekarang.Fuh, meriah dan tak dinafikan wanita2 zaman sekarang amat lah kreatif bab2 pakai tudung nii. belit sana..belit sini.. Memang saya tabik springlah kepada pereka2 tudung nih, Maner tak nyer...cuba korang tengok kat pasaran tuu.. tak sampai sebulan fesyen tudung ni keluar,,dah keluar trend jenis lain pulak. Manik saner lah,,bunga sinilah..hehe..kreatif kan?

Tapi sebenarnya kat sini saya bukan nak cerita pasal kemeriahan tudung2 zaman sekarang,, tapi just nak share pasal perihal diri saya dan tudung=)
Dari tudung tiga segi biasa, shawl, tudung segera a.k.a tudung awning arini dan tudung labuh semua saya dah cuba pakai.hehe.. cuma purdah jer belum. Nak tahu tudung maner paling besh? Kalau orang tanyer..honestly saya akan jawab..saya selesa bertudung labuh. Pilihan hati saya tudung bawal saiz bidang 55 yang sedikit labuh dari tudung biasa. Kenapa?Nak tunjuk warak kerr????? Kalau orang tanyer saya camtuu saya kan tnyer dy balik..Oh,perlu ker saya nak tunjuk warak sampai bertudung labuh camtuu? kenapa saya xberpurdah terus. Lagi nampak warak kan. Of course not dear..
Saya bertudung labuh kerana pilihan dan kehendak hati sendiri. Perasaan memakai tudung labuh nii MasyaAllah.. SubhanaAllah.. hanya tuhan sajer yang tahu betapa selesanya..betapa perasaan SELESA itu saya tak dapat gambarkan dan huraikan dengan kata2 disini. Terasa selamat dan dilindungi.Dan apabila saya borak2 dgn beberapa kenalan yang bertudung labuh..jawapan lebih kurang sebegini jugalah yang saya dapat. SELESA! =)

"Errmm dy nii mesti nak kempen suruh orang pakai tudung labuh la tuuu". Mesti ader yang pikir camtuu kan.hehe. takdelah...... saya nak citer pasal saya jer.kui3! pasal pengalaman saya dengan tudung ni. Tudung maner yang anda hendak pilih itu adalah hak masing2. Cuma bagi saya tak kira jenis tudung apa yang kiter pakai sekalipun biarlah mengikut dan mematuhi syariat menutup aurat seperti mana yang saya rasa semua kaum Hawa sudah sedia maklum dan hafal dalam kepala kan.. Tudung haruslah tidak nipis dan labuh menutup dada dan menutup belahan baju. Simple jer kan? tuu pun tak semua kiter masih mampuu ikut. Saya sendiri pun tidaklah sepanjang masa bertudung labuh. Ader masanya saya pakai tudung instant,,hehe tudung keras Arini tuu.. Tapi saya pilih yang agak labuh dan menutup dada..bagi saya tudung instant nii penting juga bila kita nak cepat, terutama sekali time kat rumah. Kalu tetamu datang memang tudung keras Arini ni laa jadi mangsa..hehe.sebab senang dan cepat. Teringat pula ader seorang kawan tuu dy panggil tudung ni " tudung muncung itik" hahaa..rase nak gelak guling2 jer time first dengar.hahaha! Selendang pun saya pakai jugak. Tapi saya pilih selendang yang labuh dan tak nipis.Selendang Pashmina=)Gulz wajib kenal kan.. Guyz..erm..xsemua kenal kot nama selendang nih. Saya suka selendang pashmina ni sebab cukup labuh dan tebal. Mesti dalam hati korang cakap " apesal minah nii.. kata pakai tudung labuh,.tapi selendang pun dy redah jugak.." hahaa. Lantak korang lah nak cakap apa..sebab bagi saya setiap tudung yang saya pakai tuu mengikut keselesaan dan kesesuaian waktu pada diri saya. Bagi saya aper pun tudung yang kiter pakai tak menjadi persoalan tapi perihal menutup aurat yang menjadi persoalan. Bagi saya asalkan menutup aurat ok laa.. labuh menutup dada dan tak nipis sampai nampak batang leher.

Kalau kakak2 sekalian nak menjangaks( melaram) dengan selendang sekalipun memang tak salah ok..Tapi yang penting selendang tuu biarlah labuh menutup dada dan tidak nipis. Begitu juga dengan tudung instant awning tuu.. belilah yang agak labuh menutup dada.. kan tudung tuu ader saiz^_^ . Kat kedai tuu macam2 jenis tudung ader..cuma pilihan nyer ada ditangan kita. Nak yang nipis? Yang singkat? Tepuk dada. tanyer iman=)

Tapi honestly bagi saya tudung labuh is the besh laah.. Tak panas pun ok. belum cuba belum tahu. Saya start pakai pun baru jer nak dekat setahun.. tapi tak cukup setahun agi lerr.. Bila masuk Upsi saya tertarik tengok kakak2 senior pakai tudung labuh. rase sejuk jer hati tengok muka diorang.. suci jer.. Hati saya ni cam ditarik2untuk pakai. Sebelum ni pun masa study time asasi Tesl kat Kuantan saya pernah cuba pakai tapi sekali dua jerlah. Time tu just pakai suka2. tak istiqamah betul2 lagi. Tapi time kat upsi tuu saya rase hati ni betul2 ditarik untuk pakai kembali. Then, saya try muhasabah diri..pikir dua tiga kali.. dan saya rasa masanya dah tiba saya pakai tudung camtuu sebab mungkin Hidayah dari Allah yang menghadirkan perasaan halus tu kedalam hati saya biler suka tengok senior2 bertudung labuh. Dan seorang kawan pernah berpesan hidayah Allah nii datang xkira masa. dan sekali dy datang dan kalau kita lepaskan berkemungkinan besar hidayah itu tidak akan datang kembali mengetuk pintu hati kita. Kalau bahasa mudahnyer..bila benda baik datang kiter tolak.. rase2 dy datang balik x lain kali? mestilah tak kan. So, cepat2lah grab ok=) Lagipun hidup kita ni singkat jerr..bila2 masa jer kita buleh say gud bye kat dunia ni kan. Perancangan Allah.. hanya DIA yang Maha Mengetahui... dan saya bersyukur masih berpeluang diberi Hidayah olehNya.

Ok, tu jerlahh alkesah pasal tudung yang saya nak share dengan anda..hehe. Harap dapat istiqamah dalam perihal menutup aurat ini sehingga ke akhir hayat saya... Kawan semua especially kaum hawa tuu.. lindungilah aurat kiter yer... tak susah pun. semudah ABc.. hehe.. kalau benda baik ni insyaAllah Tuhan akan permudahkan. Amin...



Saturday, August 13, 2011

Kuih Tepung Bunga ======<@



Assalamualaikum.... Tadaaa....mari kiter bercerita pasal kuih-muih.hehe.. Sekarang kan bulan Ramadhan, so macam2 jenis kuih lah kan kiter dapat tengok dan makan.Semalam saya p teman kawan a.k.a mecna ke bazar Ramadhan pasir mas. Saya teman dy jer..hihik. sebab kat rumah Fatihah dah banyak makanan. Dan lagipun family saya nii memang jenis suka memasak. Kami jarang sangat laa beli2 kat luar nii especially time bulan pose. Kalau orang lain hari2 p bazar, saya sebaliknya..hahaaa..sekali jer pergi buat cukup syarat. Alah sekadar nak tengok suasana n teman kawan2.heehe.

So, biler time kat bazar tuu dapat la cuci mata tengok pelbagai jenis kuih muih tradisi kelantan nih. haii..beruntung jadi cek mek molek kelate nih! haha..Kat kelantan memang kuih best2 tau dan tak dapat lari dengan kemanisannya.huhu.. buat kawan2 pandai2lah jaga yer.. makan berpada-pada. Macam saya, bulan pose nii saya ambik syarat jer rase cikit2 kuih dan lauk.huhu..memanglah terliur rase nak makan semua kan..tapi badan pun kena jaga, hoho! nanti saya makin chubby..ramai pulak berkenan,wakakaa..

Ok..dah...melalut dah Ciksitiwantembam nie kan.. Actually, saya nak citer pasal kuih favourate saya jer..hihi! kuih tepung bunga. kenal tak? haaa..mesti ramai yang tak kenal kuih ni kan. Dah agak dah,sebab dulu tanya kawan2 kat Kuantan pun memang diorang xpernah dengar nama kuih ni.. aduhai..kecian kan.. nasib baik saya kenal lagi kuih tradisi ni.. thankz to my mum sebab ajar buat kuih ni=) Kuih ni memang saya wajib buat lah kat rumah tiap2 kali bulan pose. Istimewanya kuih ni sebab bulan pose jer saya dapat makan.hahaa...Limited edition! Memang kalau saya ada kat rumah time bulan pose mak wajibulghunnah lerr buat kuih ni..tu dulu...skg saya buat sendiri daa,,hihi..(nada bangga). Dan saya nak highlight kan kat sini this is one of my favourate kuih time Ramadhan. haa...bakal2 boypren saya kat luar tuu..kalau nak mengurat kena tahu pasal kuih ni erk.hahaa..kui3!!

Then,saper2 nak cuba buat try laa resepi kat bawah ni yer.. Selamat bertepung bunga lah anda...toing2!!! ^_^

Bahan-bahan:

.Tepung beras pulut
.Garam
.Air
.Telur
.Gula

Cara membuat:

1. Gaulkan tepung beras pulut, garam dan air sampai adunan boleh dibentuk (jangan sampai cair)
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan lebih kurang sebesar duit 20 sen, leperkan dengan menekan sedikit di tengahnya.
3. Celupkan ke dalam telur dan goreng sampai warna keemasan – angkat
4. Hidang dan taburkan sedikit gula (saya cadangkan anda cicah kuih tu dengan gula,sodap tau=)

Aku & dia Dah Putus


Assalamualaikum...
Entry kali ini Fatihah nak share satu article yang saya baca dari satu blog. Article nih baguiih ler sangat2..dan memang jadi sumber inspirasi dan kesedaran bagi saya=) meh kiter baca ---------------> (p/s: untuk renungan bersama)






Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”


MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

===> haaa..camaner? best kan? hehe.. ermm..memang betul lah kan..setiap kejadian ader hikmah nyer. kadang2 Allah temukan kita dengan orang yang salah sebab nak sedarkan kita sebelum kita bertemu with the right person. semoga kiter mendapat jodoh yang soleh dan solehah..aminnn... syukran=)

Sunday, August 7, 2011

Seminggu sudah...

Hari ni nampaknyer genap seminggu kiter berpuasa.(tp sy baru pose 3 hari,sobs3=( ader 3 minggu lagi..huhu..memang pasnie kena buat al-Quran marathon la nampakyer. Dah janji gn myself nak habiskan 30 juzuk ramadhan ni.erm..Bestkan bulan pose ni..kalau boleh nak tiap2 bulan camnie. rase tenang jer. n yang paling best my insomnia memang sembuh 100 percent laa bulan pose ni.hihik. nak tau naper? sebab malam p terawih balik kul 11. rumah saya gn masjid tuu ermm berpeluh la jgk biler berjalan. so,balik letih n tido=) hihi..bahagia betul hidup.

Bulan pose kali ni family saya berbuka secara sederhana jer. xmau mewah2..membazir itu amalan syaitan tau. hari ni ma masak sup tulang=) dan hari ni jugak saya sebuk membuat popia nestum sejak dari pagi lagi untuk dieksport( ceh,eksport kerr) ke sabah. biznes partner saya kat sabah tuu dah banyak kali col n membebel. dy penat menunggu popia nestum yang xsampai2..hahaa..memang laaa xsampai, dah baru buat. bizness popia setakat ini alhamdulillah..not bad la kan. credit to my anak sedara nadia n bella yang tolong promote kat classmate diorang. upah nanti raye laa erk ciksu kasi.hahaha! Bulan pose nii sebenarnyer saya agak sibuk..coz my brother was hospitalized about a few days ago. so, selang setiap hari saya dan mum akan pergi melawat. i juz wish for good to him. kami hanya mampu berdoa untuk dy. sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui segalanya..kepadaNya kami berserah.

Then, 3 minggu yang tinggal ni saya cuba nak meningkatkan ibadat sekerap yang boleh dan seikhlas yang mungkin. nak mintak ampun untuk dosa2 zaman jahiliah dulu. nak mintak kekuatan untuk kembali ke upsi ni..macam2 lah kan nak mintak biler kiter dengan tuhan ni. tapi yang paling saya harap ialah moga diteguhkan hati dari memikirkan hal2 lepas dan diteguhkan hati untuk istiqamah dalam beribadat kepadaNya. aminn...

Tuesday, July 26, 2011

Menunggu detik-detik Ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....erm..sedapkan lagu ni? pejam celik, kiter dah nak berpuasa. Minggu depan dah xboleh breakfast daa..hehe.Tahun ni rase tak sabar sangat tuggu ramadhan.. dua tiga hari ni rasa excited jer nak puasa. Rase rindu sangat nak bertemu dengan Ramadhan. Alhamdulillah..syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana sudi mengurniakan rasa rindu terhadap bulan Ramadhan di hati hambamu yang penuh dosa ini...syukran Ya Allah! tak sabar rasanya nak berterawih di masjid. Tahun ni ma saya cakap nak bergilir-gilir terawih di masjid dan surau. Maknanya,ada hari kami akan berterawih di masjid.. dan ada hari kami berterawih di surau depan rumah kami ni.. tapi bak kata mak saya..dy lebih suka terawih di masjid sebab dapat solat penuh 20 rakaat. erm..so harap2 tahun ni saya dapat beribadah dengan sempurna bersama dengan ibu terchenta.. kat bawah ni saya juz nak share cikit2 dengan kawan2 pasal bulan Ramadhan. Sama-samalah kiter baca yek dan selamat menikmati pesta ibadah ^_^


RAMADHAN:
BULAN RAHMAT,
BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA


Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Sunday, July 24, 2011

say no to love!

hai..i;m coming back.hoho! sekarang saya berada dirumah cik mun. malam ni last saya stay dekat cnie..sajer jer mai tenangkan perasaan kat rumah dy ni..sebab dekat dgn pantai irama yang indah permai ni..esok da nak chow daaaaah...kembali ker pasir mas terchenta.

ok,,say no to love! after semua benda yg berlaku dalam hidup saya semenjak dua menjak ni..saya cuba muhasabah diri balik.perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni saya rasa amatlah kronik dan membuat hidup saya ni huru hara jer. i think thats enough for me. semua experience yang sy lalui rasenya dah cukupp untuk mengajar diri ini supaya be careful with all those guys outside. rasenya saya dah fobia to fall in love with someone. take care of your heart!kecian hati saya ni kan..asyik kena toreh jer..hehe..pastuu mula lah luka berdarah susah nak sembuh2.

So, fokus hidup sekarang adalah hidup saya sendiri.Nak perbetulkan mana yang dah xok..supaya jadi lebih baik n for sure lebih solehah. saya nak rebut n kejar cinta Allah yang pastinya membahagiakan. Then, i really hope that i'm strong enough to face whatever happens in my life in future.Fighting! =)

Tuesday, July 19, 2011

The trio gathering...

Today i have the trio gathering with aina mardhiah and asyraf zulkifli. actually, it supposed to be a reunion day for my teslian gang, unfortunately not all members are able to come. some of them still in the campus and also have another commitment to do. so, what to do.. only the three of us that have a time to meet each other.. we are really miss each other. it such along time not seeing them.

We meet about at 11 a.m at kb mall. as usual kb mall is the place for gathering.haha. ooh..i am so happy! We have a lunch together at kfc after just looking around at the kb mall. we have a quite long chit chat during lunch time. talking about study, future, and gossiping..haaha..then as usual the most part that I love is taking a memorable picture together.heehe. oh, forget already to story about the gift. Tadaaaa!!!!!!!!!!!! I got the free gift..heeheh.. asyraf @ cerah have give the book that i order before, for free..wuwuu..Such a nice friend that I best ever had. I return home about 5.00 p.m after accompany enna shopping “baju raya” for her siblings at Bazar Tok GuRu. Ooh.. I felt so excited seeing so much variety and colorful scarf especially “tudung bawal” there. But no money no talk ok! Hoho!

I take the bus to return home. Poor to enna because we get trouble when she want to send me to the bus station and both of us don’t remember the way. Hahahaa…I don’t ever remember the road at kota bharu because usually I just sit and talking in the car when I come here with my friends. Luckily after lost for a few minutes, we arrive at the bus station. Thanks enna for the lift. Shortly after that, I quickly took the bus and it was memorable and sweet day for me until I saw a person in the bus. OMG! What he is doing here? I met again with the person who gave me trouble a few years ago. When I was in form 4 if I not mistaken, he got my phone number from my friend and he disturb me with all the nonsense message. Talking about love. Oh! What the heck! Not knowing me and suddenly say I love u! oh, I hate that type of people. Such a desperate people with narrow minded! Then, he really disturb me by calling and texting me with all the nonsense words until I change my phone number and this problem solved.

And today I met him again! Oh..Looking at him with his work attire..erm..Maybe he has change. I hope so! Then, I just smile to him and he say hai to me and we have a short conversation. I just being polite as I can juz to show respect since we live at the same neighborhood. Then, the bus stop at our area.. Oh, I relly forgot that my home just near to his home. Ok! And I need to walk for 10 minutes before reach at my home. And of course I have no choice since he also need to walk at the same road, and I must walked with him. oh, such a nightmare for me. Ok. I;m trying to be positive. But still I walked quite far from him.. along the journey, he asked me about my brother. And suddenly, he ask me,, “do u have boyfriend” “ where are your bf come from” did he study at upsi” owh! What the question are that! Do u really need to ask that question! Its my private life. Suddenly ask a person about that which you dun know so much is such a silly and impolite for me. i just laugh at that time (hypocrite ok). Its just I want to show my respect to the other people. Suddenly, two people with their motorcycle saw us and shouted “ berigak! Couple! G datim des! “! OMG! That two stupid bastard are the two boys from my neighborhood. I really hate them! They always loafing and hang out at the neighborhood area every evening and night! Oh, felt that I want to shouted to them at the time “ what the hell are you talking about,’’ oh, such a stupid boys! I really hate that types of people who really LOVES AND CARING ABOUT OTHERS LIFE! and I know after this they will tell this suck gossip to their friend. And that another person just smiles and looks so happy.
After that I walk quickly and said to him (still politely) although my heart ..o0h..just like a bomb which will explode anytime. He ask for my facebook name and I change the topic, I said to him that I will take another route because there is two junction, and I take another junction to return home which is quite far and quiet and I have to walk pass by the grave yard if I take that route .I can just take the same junction with him but Of course not! Oh, it such “memorable” day for me!!!!! I will never walk alone!

Sunday, July 17, 2011

SARDINE ROLL

Hai blogger2 sekalian..sejahtera ke atas kamu..( ala2 citer arjuna) haha. Oit! Tukar2…kiter orang islam ok. Assalamualaikum..hehe. baru ni kan….saya dengan mak dan kakak saya buat sardine roll. Sodappp ^_^.Ni first time kiter orang buat. Sebelum ni pernah makan yang beli jer.hihi. jadi..paham2 lah yer..entry ni mestilah pasal sardine roll. Senang jer tau nak buat. Simple jer. Sesuai sangat laa buat breakfast dan minum petang bersama keluarga. Tapi kami buat makan malam…hahaa. Pelik cikit species family saya ni.tak derlah..kebetulan malam tu kakak saye aka sapoyah sabariah tuu nak naik bas balik ipoh kan malam tu, so kami buat sardine roll ni waktu petang dan goreng time malam. Bolehla sapoyah tuu bawak bekal sardine roll tu makan dalam bas.haa..macam tu laa yek. Resepi kat bawah ni mak saya yang punyer, jangan lupa try buat ye..tataaa….

Bahan2:
Sebuku roti gardenia.
Satu tin sardine
Bawang besar( mayang nipis2)
2 biji telur
Garam dan gula

Cara-cara:
1 .Mula2 masak sardine. Tumis bawang besar dengan minyak yang sedikit. Pastu masuk sardine. Kacau sardine tu sampai hancur. Macam nak buat sandwich tu yer. Then, garam gula secukup rasa. Perah asam limau sedikit untuk hilang bau hanyir sardine.
2. pastu, susun roti dalam periuk pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit. Mak saya cakap nak bagi roti tu lembut dan nak bagi melekat nanti digulung.
3. next, sardine yang ciap dimasak tadi digulung bersama roti.
4. pukul2 biji telur, panaskan minyak dalam kuali, celup gulungan roti tadi dalam telur dan goreng=)
5. siap dihidang bersama secawan teh atau kopi.

Friday, July 15, 2011

TEMAN SEPERJUANGAN DI UPSI

HAI.. kali ni saya nak citer hal gang kat upsi pulak. Heheh.kan dah kata saya ni ramai kawan.k, let’s begin our story… persahabatan kami bermula di UPSI, n luckily kami semua satu class . Yang unik nyer pasal gang upsi saya nii..erm..kami semua campur2.hehe…gang abc.. nak tau nape saya cakap camtu? Sebab semua dari lain2 negeri. Selalunyer teman2 rapat saya mesti Kelantanese. Yerlah kalau satu negeri kan mudah rapat. Tapi kali ni ader yang asal Sarawak, kedah, Melaka , sabah n Kelantan. Unik kan? Hehe.
Xtaulah cmaner kiter orang semua jadi rapat. Maybe satu kepala kot. Aper2 hal esemen group mmg kiter org akan satu group. Sebab we know each other very well. Most of us xder penyakit malas buat esemen ni . Kami semua memang suka buat esemen samer2.. dan malam2 kadang kami lepak kat bilik borak2 sambil buat kerja. Walaupun setiap orang ader personality yang berbeza tapi kami still dapat get along each other very well. I really happy and thankful to have them in my upsi life. Meh kiter kenal diorang sorang2 eah ^_^
1) Munirah Zakaria ( cikmun)
- Nama glamour dy “ CIK MUN “ haha..satu class panggil dy cikmun. Asal Kelantan.
- Paling baik dengan saya. Aper2 masalah dy akan rujuk saya. Dan dengan bangga nyer nak bagi tau saya ni penasehat chenta dy.hahaa.. tlg dengar jer.. n bagi advise yang xbrapa nak leh pakai.haha.
- she’s older 2 years then me. Dah 22..hihik..yeay! saya paling muda ok!
- orang cakap dy garang..erm..garang ker..haha..semua orang takut lau dy mengamuk. Tapi saya cool jer. Dy tak berani marah dgn adik kesayangan dy nie.hihi.. I like!
- sangatlah rajin dan pandai memasak. Beruntungla sapa amik dy wat menantu nii.. bak kata zikri lau amik jadi isteri leh buka kedai makan.hahaa.
-bilik dy merupakan tempat rasmi saya lepak kalau boring..ehehe..dan one more thing, family dy saya dah anggap cam family angkat..diorang sangatlah baik..thankz yaa cikmun=) I labi U!

2) Dorina Anak Tulis (ina)
- haa..nji awek cun Sarawak mali….satu2 nyer kawan saya from Sarawak n kaum iban. Dah practice cakap iban dgn dy, tapi satu habuk pun xmelekat kat kepala.huhu.
-she’s brilliant. Belum std lagi dah leh hafal semua note.hoho..patutla score 3.7 sem lepas.
- mula kenal dy masa mggu oreantasi. Teman berbual saya time dalam dewan dan 1st time jumpa memang dy sangat friendly.
-antara yang rapat jugaklah dengan saya cam cik mun tuu.
3) Nurliyana ( yana)
- erm..yana..minah happy go lucky. Senang kawan dengan dy sebab dy banyak mulut, hehe. From kedah.
- penasehat shawl saya. Tauke selendang kan. Nak blaja belit shawl ni mintak petua dgn dy lah.
-dah ader pakwe ok..xleh kacau.

4) Siti Rogayah (gayah)
- ustazah import from Melaka.hihi..budak dip syariah ni tau..jgn main..
- famous dgn sifat pemalu dan anti lelaki. haha.. syarat bakal husband mestilah orang Melaka tulen. Tp ehem2..dah ade peminat kat upsi.
-kat luar jer pemalu nii..kat bilik dy yang paling riuh.haha..sekali buat keluar ayat mmg power!

5) Nurlailah ( lailah)
-gadis manis ni dtg nun jauh dari sabah.
-suka ckp bhasa sabah dy.. “ mati la kou” haha..n nyayi lagu “ tinggi2 gunung kinabalu..tinggi lagi sayang sama kamu..”
-dah berpunyer jugak nii..hehe. tunggu cik abg sabah dy nak masuk minang jaa.

Thursday, July 14, 2011

Cooking time – Butir Nangka

Assalamualaikum………………………..

Welcome to chef Fatihah corner! Heheh. Dengan murah hatinya saya nak kongsi n sharing2 resepi kuih yang I masak gn my mum semalam. Ader kabaikan jugak saya tulis entry nih, nanti xingat resepi leh la rujuk blog kan.haha..bukan aper..penyakit saya nih kan susah nak ingat resepi. Sukatan2 tu semua mane la nak ingat especially lau buat menda tu jarang2 kan.
So, maner2 kakak yang rasa dah nak kawin tu kan.. haa..belajar la buat menda2 kueh tradisional nih. Nanti kang time bulan pose mak mentua cik akak suruh buat kueh..aduhai..malapateka tuu lau tak tau.So, moral of the story kena tau yer nak buat kueh cmaner..baru la nanti mak mentua kakak2 semua saying..ecececeeee….merapu lak pulak..betul la kan..saya xperr…lambat lagi nak kawin..kui3!
Resepi:
- 1 paket besar tepung pulut ( mak saya guna yang made in Thailand, hehe.. yang ader tulisan biru n merah tuu)
- Satu camcam besar tepung gandum
- daun pandan
- santan
- 1 paket kecik halba
- Garam dan gula
- 2 camca tepung beras ( mak saya panggil debu jemoh! Alaa.. yang plastic dy tuu semua ade tulisan siam colur merah)

Cara-cara:
- Ok first, korang semua campak jer tepung pulut tadi dalam aper bekas yang korang rase sesuai la kan, then campur satu camca tepung gandum. Mak cakap nak bagi texture doh tuu kasi lembut cikit.
- Then, amik daun pandan ..erm..korang estimate laa dalam 15 helai gituu.. potong kecik2 dan blend sampai lumat. Blend dengan air tau. Pastu tapis dan amik air pandan tadi campur dengan tepung yang korang dah campak td.hehee..
- Next, uli jer lah tepung tuu sampai jadi doh. Air pandan tuu sukacita diingatkan masukkan slow2 tau. Korang estimate betul air pandan tuu, jangan sampai doh jadi lembik sangat. Kalau x melekat kat tangan kira ok lah..
- Seterusnya, ambik periuk sederhana besar dan masukkan air separuh penuh. Pastuu didihkan dan bila air dah mendidih korang gentel laa doh tadi bentuk butir nangka..haha. I mean bentuk bujur.
- Pastu plup2…campak kat dalam periuk tadi. Biler benda hijau tu timbul korang cedok dengan senduk or sudip letak dalam bekas / mangkuk yang berisi air.
- Lepas dah ciap semua.. tapis butir nangka korang yang colur green tu dengan penapis.
- Benda last sekali kuah dy ok.. masukkan santan dalam periuk..ermm.. mak saya guna sebijik kelapa rasenyer. Hehe..erm..mb setengah kilo santan. Alah.. kalau korang ni jenis spesies yang suka hirup kuah tuu taruk laa santan banyak2. Ape susah nyer…kih3!
- Pastuu campak 3 helai daun pandan, gula dan garam secukup rasa, dan juga biji2 halba tu.
- Masak santan sampai mendidih dan last korang masukkan 2 camca tepung beras untuk memekatkan kuah tu. Eh lupa pulak kat benda hijau tuu.. haa..lepas tuu ape lagi kan. Masukkan butir nangka tadi dalam kuah.
- Taraaaa!!!!!!!!!!! Ciap dihidang. Senangkan,selamat mencuba =)