Islamic Widget

Sunday, December 16, 2012

I'm the cake lover^_^

Assalamualaikum...hai everyone! This entry is all about cake! Korang semua suka makan kek tak? Ok, kalau suka kek apa yer? Choc cake? cheese cake? or kek pisang..hehe.  Al kesahnya..aku dan kek tak dapat dipisahkan^_^ sebab tulah tembam semangkuk pipi tu kan.haha. Aku sememangnya dilahirkan untuk jatuh centa dan menyukai cake! Ok, buat confession kat sini Saya Pencinta Kek tegar! kih3! 

Then, zaman sekarang macam2 jenis kek yang muncul kan.. Manusia memang creative pasal makanan ni. Cupcake yang dulu2 biasa2 jer and tak famous jadi makin comel  cute lepas decorate.  Maka, trend cupcake pun jadi pupular..semua majlis orang serve cupcake ganti kek2 yang besar n bertingat-tingkat tuu..So, kek dah mengalami revolusi yang berbagai-bagai.. 

Hiasan and cream cake! ha koramg tahu tak? Meh kita taaruf cikit=)
Buttercream - frosting cake yang terdiri dari gula icing,creamwell,sedikit air dan vanilla...ada juga yang meletakkan shortening atau butter..Basically buttercream frosting ni samada menggunakan cream biasa atau pun atas permintaan pelanggan boleh digantikan dengan creamchesse.

Fondant- Perincian diatas cake yang bertekstur keras (tapi tidak lah terlalu keras) boleh di makan.Asalnya daripada gula icing dan beberapa bahan lain..cuma bentuk awalnya adalah doh kemudian dicanai dan dibentukkan mengikut bentuk2 tertentu .Seperti bunga,rama-rama,figurine yang bermacam-macam bentuk. Kebiasaannya harga cake dengan perincian fondant adalah sedikit mahal dari buttercream kerana kerumitan dan mengambil masa yang lama untuk membentuk adunan fondant tersebut menjadi bentuk-bentuk yang pelanggan inginkan.

 Fresh cream- Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. 

 Ha..sekarang dah dapat ilmu cikit kan pasal kek yang selalu koramg makan.. urmm..cakap pasal jenis kek pulak agak apa yer kek yg CikSitiWanTembam suka makan nii.... toing3! semestinya...moist choc cake n cheesecake..heheh. Setakat nii dua tu laa feveret cake. Dalam banyak2 cheesecake suka sangat bluberry cheesecake kat Secrete Recipe tuu..huhu..sebab tak muak sangat.  

Kepakaran aku sekarang setakat buat moist choc cake and kek butter biasa jer.. Kek batik semestinya..sebab abang aku pun boleh buat kot setakat kek batik guna biskut marie tuu..huhu.So, setakat pandai tuu aku tak rasa aku the winner lagi lah jadi tukang kek kat rumah.hehe.  Cheesecake tak pernah buat lagi. Pernah buat orea cheesecake yang just froze dalam peti ais tuu tapi TAKJADI! huhua,, Talking about pengalaman buat kek tak jadi nii sape tak pernah rasa kan??? kan????????? hehe.. Aku pernah la jugak buat choc cake runtuh..tawar..macam2 laa.Seatakat nii honestly aku tak pernah satisfied lagi dengan choc cake yang aku buat. Orang lain makan cakap ok jer, Tapi setakat nii ada jer aku rasa yang tak kena..tak cukup moist laa..tak  rasa cukup choc laa..Hurm..Tapi bak kata kawan aku..kalau kita yang buat or masak sendiri memang kita tak akan rasa sedap unless bila makan yang orang lain buat  baru rase sedap tak terhingga...Entah betul ker tidak teori tuu..haha.aku pun no ideal lah. Chef ada nak komen tak? kih3!

Cakap pasal kek ni jugak minggu lepas memang aku jadi cake hunter! I'm craving for the cake..muahaha. After balik dari Ipoh makan choc indulgence kat Secrete dgn sis tuu..balik TM aku asyik duk makan kek jer.. Kawan p pasar malam aku kirim kek. Kat pasar malam sini ada jual cheesecake tau! Class kau jah! haha. Murah pulak tuu..Urmm..bolehlaa dapat dengan RM 5 untuk beberapa slice. Yang biasanya ada Makcik jual choc cake biasa RM 5 jugak untuk satu size kek yang petak panjang tuu..  Then , berita paling gumbira sekali..masa aku tengah survey depan kampus nak cari present birthday rumet, terpaku kat satu kedai hujung yang jual ice blended. Eh, kedai nii ada kek laa^_^ And u know what akak tuu jual choc cake, tiramisu, and some types of cheesecake, Murah pulak tuu..Satu slice yang agak besar aku rasa boleh dapat RM 3 jer. Rainbowcake cake dalam jar pun ada. Ok..lupa nak mentioned latest revolusi cake is jar cake..Kek tuu diletakkan dalam jar kecik.
Maka makin kerap laa aku duk beli kek minggu lepas..hehe. I love it^_^ Ahh...aku memang peminat setia cake laah!!!!! rasanya kalau orang bagi hadiah satu slice cake yang cumel pun dah boleh buat aku happy satu hari. ^_^ senang jer nak buat aku happy..heheh.

One more thing..sebelum aku tamatkan entry nii..aku ada join bengkel decorate cupcake minggu lepas..Kek lagi! haha..Pendek kata last week dunia aku and cake lah..boleh buat tajuk buku tuu.hehe. In coincidence,  kolej sebelah ada anjurkan bengkel nii..so aku and geng join=) Memang
 excited sangat, Tapi aku main decorate jer..hehe. yang penting jadi cumel jer. tapi dalam bengkel nii dy just guna piping bag jer. kek pun just guna kek muffin biase jer..Kalau nak buat yang grand dengan cupcake yang cantik2 kena guna nozzle  and cupckae dalam cup tuu and of course badjetnye banyak lah bagi pihak penganjur. At least aku dapat jugak sedikit pengalaman..dan yang penting ada sijil! hehe.

Last but no least, dunia ciksitiwantembam ini sangat berwarna warni dengan kek^_^ Dengan harapan one fine day skill buat kek makin terror..dan boleh buka small coffee and bakery shop sendiri^_^ Tu antara angan-angan aku lah..hihik. Wassalam..

 (ni masa bengkel cupcake^_^)


No comments:

Post a Comment