Islamic Widget

Tuesday, December 4, 2012

Class day out again!

Assalamualaikum....catatan ringkas hari ini =============>

4 Disember 2012 -  
 Lawatan hari ini di Taman Harapan Persatuan Orang Buta Malaysia ,Temerloh.
Agak teruja melihat insan2 cacat penglihatan mampu berkebun, menternak, n buat bakul rotan sendiri. huhu. Amazing!! Aku insan yang normal ni pun tak pandai kot nak buat  bakul rotan tuu.Tapi yang paling lawa kerusi anyaman tuu, sangat unik ok..Kalaulah leh datang sekali lagi dgn kereta nak jer aku borong buat hiasan kat rumah.hehe.
Tapi part paling best kalau dah datang Temerloh nii mestilah nak rasa ikan patin masak tempoyak! Sedap sehingga menjilat jari..hehe. lagi2 bila rezeki murah hari ni aku  makan satu meja dengan our beloved lecturer Dr Kway..hehe..makan free lah. Big boss belanja makan. Orang yang p makan kedai lain tuu rugiiiii...hehe.
Then, otw balik ke T. Malim kami singgah di Genting! Tapi bukan Genting Park lah.. Genting Strawberry Leisure Farm
Sempat lagi rembat teh strawberry 2 kotak untuk family kat rumah. Family aku memang hantu teh strawberry.Hehe..selalu kirim jer kat orang yang nak p Cameron Highland. Tapi tak sempat nak merasa strawberyy choc sebab lawatan ni just singgah sekejap jer, 45 min jer kat situ. 
Kami bertolak pulang pukul 6.30 p.m dan sampai di kolej pukul 7.30 p.m.
I'm having such a great short trip today n enjoy it so much^_^ Thanks to bus driver yang sporting bawa kami jalan2 even bertolak agak lewat pagi tadi. Hari ni CikSitiWanTembam gain experienced lagi..ok add one point! Wassalam......




















                               

No comments:

Post a Comment