Islamic Widget

Tuesday, January 1, 2013

::WELCOME 2013::

Assalamualaikum...selamat menginjakkan diri ke tahun 2013. Alhamdulillah masih lagi berhidup dengan aman dan bahagia di tahun baru masihi ini. 1/1/2013..bermulalah mukasurat pertama seorang mujahadah, seorang perempuan (wanita cam dewasa sangat^_^)  yang berumur 22 tahun. Beberapa hari lagi nak cukup  dan genap 22 tahun. Rasa macam tak percaya dah mencecah umur 22 tahun. Tapi dalam sibuk mengira angka umur sendiri..janganlah kalian semua lupa yer..menambah angka umur ibu bapa di rumah. Ibu saya sudah berumur 62 tahun nampaknya. Sama ada saya atau ibu yang dijemput Illahi terlebih dahulu hanya Allah yang tahu. Mati tidak mengira usia. So, manfaatkan masa yang ada dengan ibu bapa kita. Kalau pulang ke rumah nanti spent time berbual dengan mereka. Memasak bersama, keluar bersama. Nak habiskan masa bersama kawan2 kat luar boleh..tapi family kat rumah kena ingat juga ( peringatan buat diri ini jua).  

Berbalik kepada umur lagi.. semua orang ada target masing-masing dan azam baru. Ada yang nak kahwin laa..ada yang nak beli kereta laa..macam2.. Bagi aku, target kahwin itu ada.. tapi make sure abang kakak kahwin laa dulu=) Maka aku bagi masa 2 tahun paling lama bagi diri ini nak persiapkan diri dari segi segala ilmu duniawi dan ukhrawi. Azam tahun ni nak jadi lebih baik dalam erti kata baik yang sebenar-benarnya. Sangat mudah bercakap untuk menjadi "baik" tapi pelaksanaan itu sebagai manusia yang sentiasa ditarik-tarik oleh syaitan, nafsu dan syurga dunia..tidak mudah yang disangka kerana kelak perkataan baik itu akan menelan diri sendiri.  Setiap tahun aku nak jadi baik..hehe. tapi nak capai tu susah..maka kena perbaikilah tahun demi tahun. Bagi aku..perubahan itu perlu even hanya sedikit..itu lebih baik dari perubahan drastik yang cepat tapi tak sempurna di mata Allah. Buat apa totally berubah hanya untuk nampak baik dimata manusia tapi di mata Allah..0,ZERO!

 Lagi satu azam tahun baru aku..nak slow menghafal al-quran. Sebelum nii aku sempat baca dan tadabur  jer untuk surah-surah pilihan. Tapi tak sempat nak hafal. Aku rasa bukan tak sempat sebenarnya tapi aku tak meletakkan matlamat untuk hafal tuu. So, tahun ni in shaa Allah aku nak hafal ayat-ayat chenta Allah s.w.t yang indah nan puitis tiada tara tandingannya didunia ini. Persediaan untuk jadi hamba Allah berkualiti, anak yang memberi manafaat, wanita solehah,  calon jenazah , guru yang berilmu, isteri solehah yang mantap ilmunya, dan mama yang hebat serta in shaa Allah..penghuni syurga yang kekal abadi.amin..wassalam..

No comments:

Post a Comment