Islamic Widget

Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah...Marilah kita U-turn hidup ke arah yang lebih baik!

Assalamualaikum...


Sahabat-sahabat ku sekalian sedarkah anda semua yang kita ni dah masuk tahun baru? Haa...kalau yang ambil tahu tuu Alhamdulillah....yang tak sedar2 tu...cepat2 lah bangun dari mimpi anda yer,,kiter dah masuk tahun hijrah baru ni.. nak pesan jugak jangan lupa untuk baca doa akhir tahu dan awal tahun yer.. nii doa dia ader saya sertakan kat bawah. Nak senang lagi, buka jer naskah Yassin kat rumah tuu..konpem ader.

::Lepas magrib ni..marilah sama2 kita membacakan doa awal tahun..mudah-mudahan Allah memberkati setiap detik yang kita lalui. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka::

Ok..doa sudaaa yer kawan2.aminn ya Rabbilalamin..Moga Allah mengkabulkan doa kiter semua. Then, lets talk about azam tahun baru nii...Cakap pasal tahun baru nii tak sah kan kalau tak sebut pasal azam baru..hehe.. Mestilah sebab setiap permulaan tahun tuu masing2 perlu tentukan matlamat yang dia hendak capai dan perbaik lagi apa yang perlu dari tahun lepas.

Erm.. Tahun hijrah baru nii saya rasa nak tanam azam ke arah ikhtilat. Perhubungan? yer..Kenapa perhubungan dan pergaulan jadi pilihan saya? Sebab saya rasa tahun2 yang sudaa saya dah banyak buat silap dan tak mampu menjaga ikhtilat nii dengan baik.
So, tahun nii akan ku cuba menjaga ikhtilat ini dengan sebaik mungkin... No couple.. Saya nak tinggalkan dunia2 cintan cintun nii ke belakang.. Biarlah perkara sebegini difikirkan selepas nikah. jikalau berkenan kat orang pun simpan jer dalam hati..hihi. sebab kalau dah tersurat jodoh dia akan datang jua pada kita disaat waktu yahg halal nanti. Alhamdulillah saat ini.. bermula sem ini..saya sudaa bersara dari bermesej2 dengan kawan2 lelaki tanpa sebab munasabab. Hanya perihal kerja yang penting saja akan betul contact. Number fon budak laki pun tak simpan sangat..dah banyak delete..kecuali betul2 teman lama. Alhamdulillah jugak kerana setakat ni saya topup RM 10 sebulan sekali. Itu pun akan habis sebab col family n kawan2 sebab hal kerja. Alhamdulillah jugak sekarang cuba tak aktif sangat di Facebook. Juz update perkembangan kawan2 yang jauh di mata dan upadate status dakwah. Kalau boleh memang nak deactivate terus FB tapi dunia teknologi sekarang semua info orang masuk FB. Kadang2 class batal pun ketua class iinfom dalam FB. So, nak tak nak kena buka jugak tengok2..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah...ada hikmah di sebalik apa yang terjadi sebelum ini. KAU berikan ku Hidayah dan kesedaran untuk menjaga ikhtilat dengan cara ini, terima kasih Ya Allah.. InsyaAllah..kan ku pertahankan prinsip hidup ini.. Moga diri ini makin mantap imannya agar dapat istiqamah dalam setiap perkara yang
dilakukan.. Aminn...Salam Maalhijrah.

Friday, November 11, 2011

Aidiladha dan midterm break

Salam aidiladha buat semua....

Hai kawan2...how's your hari raya? banyal ke makan daging? hehe..mesti semua suda pening kan. Almaklumlah banyak makan daging. Alhamdulillah hari ni saya masih berada di rumah..cuti seminggu.. esok adalah last day kat rumah..sobs3! macam biasa..bila jarang balik niee,. rasa sngtlah heaven berada dirumah.. masak2..makan..hehe. memang i spent almost my time kat dapur..n lepas tuu malam depan tv with family..petang main dgn kucing kat luar rumah..Cuti ni tak keluar rumah sngt sebab kawan2 cuti sekejap jer.. agak terkilan sebab tak dapat spent time dgn geng tukul..huhu,,agak rindu yer.. sempat jumpa kejap jer time raya.

Aper-aper pun dengan masa yang masih ada nii saya cuba spent time masa yang berkualiti bersama family.. lepas ni memang xder cuti dah kan..huhu. Cuti nii memmag saya tak peduli langsung xsimen yang bertimbun..buatlah jugak refleksi kajian kes tuu. Alhamdulillah sempat ciapkan satu malam jer. Lepas cuti nii ada test braille sebenarnya..hoho! agak risau yer..tapi buat tak tau jer! hahaa... jeling2 lah jugak buku barille tu.. tapi confirm tak masuk! mmang dah my habit camtuu..i cant study at home.lau buat xsimen still ok.. lau study memang usah dipaksa laa.. Rasa cam paksa input2 kat buku tuu masuk lam otak..memang useless lah..sebab kalau betul2 nak bagi ingat kena betui2 ikhlas nak std ni,,hehehe..info2 akan senangnya masuk sendiri bila dah ikhlas std..hehehe. Harap2 nya pasnie sempat laa cover std braille kat kolej nanti. Cuti nii betul2 nak focus kat family. laptop pun jarang jer saya on... sebab pernah terbaca satu artikel..penulis tuu bagi tau most of the student bila pulang bercuti di rumah masih menghadap laptop 24 jam.. dahla balik jarang2.. pastuu duk umah tgk laptop jugak.. cuabalah buat xtiviti bersama family. tgk situasi sekeliling..kawasan rumah..baru betul2 berehat kat rumah namanya.. dahla kat kolej tuu duk adap laptop jer malam2..tak kan lah balik umah pun still hadap kerja^_^ pikir2 kaN...

Ok..times up..got to go...ma dah panggil makan..selamat hari raya buat semua..maaf zahir n batin=)

Wednesday, November 2, 2011

2/11/011 - Kajian lapangan ke SK Bukit Beruntung 2



Salam to all..... Moga semua kawan2 berada dalam rahmatNya...dan juga masih segar serta mantap iman didada masing2.GOD willing! Alhamdulillah.. hari ini saya baru sahaja berjaya menyelesaikan tugasan kajian lapangan saya. Tapi hanya selesai di peringkat pemerhatian jerr baru..hehe.. analisis kajian kes dan refleksi masih belum dibuat..huhu. Pokok pangkalnya entry kali ini saya ingin berkongsi dengan kamu semua pasal lawatan saya ke sekolah hari ini.

2 minggu yang lepas kami telah diberikan tugasan oleh lecturer untuk membuat kajian pemerhatian murid ketegori autisme, sindrom down dan multiple handicapped di sekolah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan n group saya ialah CIKMun dan Marwan. Bertiga sahaja. Setiap group akan ke sek yg berlainan n group saya join dengan laila punyer group. Kami 2 group ke sekolah yg sama. So,setelah menguruskan surat menyurat untuk ke sekolah (laila yg uruskan since she pro about that matter n my schedule is quite busy than her^_^) *thAnkz to her! Then, kami bertolak kira2 pukul 8 dengan taxi. Kami book taxi pakcik Omar untuk hantar pergi dan balik ke Rawang sebab agak jauh jugak tempat tuu.. Kos taxi RM100 untuk satu taxi.

Sampai di SK Bukit Beruntung 2 pukul 9. Time tuu student khas tengah beratur untuk ke kantin. For information, student khas akan rehat awal berbanding murid tipikal yer.. Thankz GOD sebab pihak skul tuu baik sangat. Cikgu2 sangatlah bagi kerjasama. Then, time tengok diorang makan saya kenal pasti murid mana yg saya nak spot kan untuk jadikan kajian. Then, tiba2 seorang murid lelaki mengamuk di kantin sebab cikgu tak bagu buku. murid tu tak nak makan n mengamuk nak baca buku. Ok! Nice situation actually! I got him! heheee.... Discuss dgn ahli group n kami decide murid tersebut dijadiakan watak utama kajian kami. So, kami mengambil beberapa maklumat penting dari cikgu..

My student's name is Rafiqque dan dikategorikan autisme. Dia sangat obses denag buku n membaca sepanjang masa. Masuk je ke kelas selepas waktu rehat saya disambut dengan panggilan cikgu oleh clasmate rafiqque! Wah!! sangat teruja rasanya! then, kami menghabiskan masa sejam berborak2 dengan student dalam kelas, Rafiqque seperti biasa dengan dunianya sendiri. Its nornal for a student with autisme. Tapi dia sngt bijak..sangat pandai melukis.. n his English is better than me i think. huhu. kami membuat pemerhatian murid dari dalam kelas hingga keluar kelas..Such a great experience for me!

Alhamdulillah..satu hari disana membuatkan saya terasa dekat dengan jiwa murid2 n suasana sekolah. Rasa excited nak posting mengajar.hehe..Sebelum pulang kami photoshoot kejap dekat kawasan sekolah. Pulang ke T.malim kira2 pukul 12.. dan esok harus bertungkus lumus menyiapkan laporan kajian dan refleksi sebelum pembentangan kajian ini dalam kelas selepas raya haji nanti..huhu. Doakan saya dapat buat yang terbaik. aminn.... Rasanya minggu nie kepala saya memang dah senak n hampir putus fius dengan esemen marathon n test.hoho.. (dan juga tak sabar nak balik kg!)wuwuwu.
K.itu sahaja untuk entry kali ini.. Buat classmate yg akan buat ke sek buat kajian esok, Good luck! Salam sayang dari cikgu Fatihah^_^ Majulah Pendidikan Khas!

P/s: tak dapat letak gmbar student khas sekolah ni sebab confidential=)
harap maklum..

Sunday, October 30, 2011

::CuTi DeParaya bersama Kakak::


Assalamualaikum buat warga blog^_^ Apa khabar agaknya? Blik kg kah cuti depavali? Or sambut happy depavali bersama-sama dengan kawan Indian anda? Tapi aper pun disaat saya mengarang entry blog ini cuti saya sudah pun di hari-hari terakhir..huhu.Esok, isnin masih lagi cuti sebab tak ada kelas. Aper agaknya saya buat 3 hari yang lepas erk? hehhehe.. the last 3 days mmg seronok sebab dapat keluar seketika dari Tanjung malim. Bercuti bersama kakak terchenta...

Saya menaiki bas dari T.Malim ke Ipoh pada hari Ahad dan perjalanan take about 2 hours. Sampai di Terminal Gopeng ader satu cerita menarik disini. Saya menunggu kakak di Terminal dan ada seorang remaja lelaki datang bertanyakan berapa jam untuk ke Seremban. Saya hanya menjawab tidak tahu..dan tiba-tiba mukanya berubah sedih dan meminta belas ihsan dari saya untuk mendapatkan wang.. Dia cakap " kak..tolong saya kak..Bagi 10 ringgit jer..saya nak beli tiket balik Seremban.Datuk saya baru jer meninggal." Oh, saya mula panik..kenapakah dengan budak ini! saya member alasan kehabisan wang tapi mestilah dia tidak percaya dan mendesak saya untuk memberikan wang. Saya memberi alasan perlu cepat dan berpindah duduk di tempat lain. Tapi budak tuu still memandang saya dari jauh..(muka tak puas hati la tuu). terang2 lagi bersuluh lagi budak tuu memang berniat jahat. Nasib baik kakak datang setengah jam kemudian.
Kami bertolak ke Kuantan keesokan harinya dan spent time kat sane 3 hari. agak serunuk sebab dapat jalan-jalan dan makan2. Rasanya tak ader aktiviti menarik yang kami buat.Cuma jalan2..ambik gambar dan makan jer..hehee.. Tapiu paling best dapat makan ikan n seafood kat Tnjung Lumpur..thumbs up la!
Selepas 3 hari disana saya kembali semula ker kolej dan bergelumang menyiapkan assignment. Memang pulun betui2..untuk ciapakan tugasan yang bertimbun cuti ni dan sekarang pun masih berjuang untuk ciapkan kerja sebab minggu depan raya haji memang nak berhari raya tanpa kerja kat rumah. ader 5 hari lagi nak balik kampung tapi uish.. hati nii dah excited giler nak balik.huhu..dah berbulan2 tak balik nii..

Ok,,guys..i got to go..entry kali nii tak dapat karang panjang2 sebab saya mengejar masa. Petang2 ni cepat jer masa berlalu.K., Have a nice holiday and selamat kembali ker kampus buat kawan^_^

Saturday, October 8, 2011

Kegatalan membuang duit beli new HP..hehe


Salam...hai kawan22...hari ni saya beli new hp.kih3! sajer laaa tu cari pasal buang duit 230 hinggit! haha..udah berkenan beli jer laaa..heeeeeeeeeeeeeee=) nak beli Mp3 tapi rase nak beli hp ni ler pulak..kih3! fon ni biasa aja..tapi hatiku berkenan.. tapi pink colur ennggak jupa bhaaa....hehehe..sebab kawan saya lailah pakai yg pink colur, lawa betuii... i choose silver white..sebab putih pun antara colur feveret.. ok...pasnie xmau beli fon daaa...nak pakai yg lagi canggih tggu suami beli lah nnti... hahaaa...... sebab pakai yg slidesebleum nii rosak..sedih betuii=( ok,...tak nak melalut..banyak kerja nak buat..salam..tatatata..^_^

Thursday, October 6, 2011

:: ceritera tuliputih - after 4 weeks at campus ::

Salam...malam nie saya hanya menyelesaikan tugasan ringkasan jurnal sajer.. tapi still tak selesai jugak.. soalan yang last2 tu rase macam neuron otak saya dah jammed untuk analisis jurnal dan type jawapan.Even saya bekas pelajar asasi TESL tapi dek kerana sudah hampir 2 tahun asasi ditinggalkan..rasa agak berat juga untuk analisis jurnal tuu..dahlaa bahasa jurnal tu agak tinggi kan..Saya dpt faham dalam English jerr..tapi untuk translate dlm words bm agak sukar sebenarnya yer. Sepatutnya dah tido time nii tapi angin nak blogger tuu dtg la pulak..so..saya mencuri masa sekejap untuk menulis entry ini=)

Sekarang dah berada di minggu ke-4 di UPSI.. wah..sebulan..can't believe it! Cepat sajer masa berlalu time belajar. Minggu ke 5 dah mula untuk passing xsimen kpd lecturer. huhu. Tapi setakat nii xsimen not bad laaa..sebab saya ambil 18 credit hours jer. Berbanding dgn kawan2 satu gang yg ambik 20.. diorang mmg bz dgn xsimen.. tapi agak tidak serunuk sebenarnya sebab kesilapan menyusun jadual, saya hanya bercuti pada hari ahad..huhu..sangtlah jeles melihat kawan2 lain bercuti dari jumaat sampai ahad.. ciap balik kg lagi tuu..hoho.. Tapi tak aper..saya ingatkan diri ini balik tentang jihad untuk belajar..=) kesibukan itu bagus jugak sebenarnya.. Tapi saya nak cuti banyak sebab nak p lepak kat ipoh jer rumah kakak..dah masuk 2 sem di sini masih belum sempat ke sana.huhu..teruk kan! Belajar sem ni ok..cuma masalah subjek braille.. For this subject i really need to study hard. Saya ini gak slow learner sebenarnya bila belajar benda baru dan melibatkan hafalan nombor nii.. huhu. Nasib baik laa fon number sndiri ingatkan. Dalam class rase agak down sebab tengok kawan2 buat latihan sangat cepat dan expert dan saya agak ketinggalan. rase sngt pening dan sakit kepala lepas pulang dari class braille semalam. Tapi i won;t give up! ini baru permulaan. Saya masih mencari rentak untuk belajar. InsyaAllah mulai hujung minggu nii akan mula misi study braille. masih berpegang kepada kata2 ni.."kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa." walaupaun agak skema bunyinya..tapi itulah hakikatnya..

Itu kisah study..masuk pula kepada kisah hidup..Alhamdulillah...saya dapat juga mengetahui kebenarannya. Kebenaran itu biarlah hanya menjadi rahsia buat saya dan kami bertiga mungkin, kerana saya pun tidak mengetahui jika ader rakan sekelas yang memang sedia mengetahui kisah ini. Saya sendiri agak terkejut pada mulanya..walaupun naluri dari sem lepas lagi dapat merasakan..tapi hati sering menidakkan kerana saya suka berprasangka baik terhadap orang dan boleh juga dikatakan kebodohan diri coz meletakkan kepercayaan kepada seseorang lelaki. walaupun pahit sekalipun kebenaran yg harus saya telan seorang diri...saya hanya mampu menerima..kerana itu sajer yg termampu saya lakukan di saat ini.Kesakitan dan kesedihan itu hanya Allah sajer yang maha mengetahui. Kawan2 rapat dah sedia maklum dgn keadaan emosi diri saya yg x ok minggu2 yang lepas.. So, mereka biarkan sajer saya makan aiskrim dan coklat sekerap yg mungkin( favourate saya time sedih terlampau) tapi saya juga berpegang pada Al-Quran...masih tidak lupa membaca ayat2 suci setiap hari yang menjadi terapi kepada jiwa.. Mengapa dan kenapa dia sangup menipu sedemikian rupa? saya tidak mampu untuk bertanya lagi meskipun hati ingin sekali menagih jawapannya. Yang pasti orang itu ada sebabnya.. mungkin juga diri saya begitu banyak kekurangannya ( ok saya berprasangka baik lagi)yang otak saya sendiri tak mampu nak fikirkan. Hal ini juga melibatkan persahabatan antara 3 orang, yang saya fikir adalah lebih baik saya undurkan diri lebih awal supaya semua org bahagia. mengalah? bukan mengalah.tapi saya tidak suka mengejar sesuatu yg tidak pasti.. sesuatu yg belum tentu jadi hak kita even kita dapat sekarang pun. InsyaAllah akan jumpa orang yang betul mencintai diri kita dan setia sehingga akhir hayat dan akhirat... Saya tidak suka mencari kerana.. biarlah dicari...itu lebih elok kan.^_^ Ada satu ungkapan yang menguatkan diri ini juga sebenarnya... "jika dy melepaskan kita bukan kita yang rugi...tapi orang itulah yang rugi kerana dy melepaskan org yg benar eclass menyintainya."



Sekarang saya lebih suka fokus kepada hal2 belajar..kawan2..dan hidup sendiri. Agak selesa juga.. format balik tujuan hidup..refresh balik cita2 nak buat master dekat oversea,,hihi,, InsyaAllah..doakan kejayaan saya nanti.. kena belajar betui2 u selesai degree ni dulu=) Even kdg2 kepala ni hang juga teringat benda2 lepas..ermm macam malam nie..kerja terganggu seketika sebab tiba2 terkenang lepas dgr satu lagu.. ermm tapi xper..kena sabar sebab masih baru lagi kan..masa akan ubati semua tuu nanti.saya kena sabar jerr,hehe◕‿◕

Ok..dah terlebih masa sebenarnya nii..esok saya ada class arabic kul 10..urm.. bhasa arab baru tahu sepatah dua. masih tahap profound.. moga saya akan master arabic one fine day..itu antara impian n misi hidup saya lah.. GOD Willing.moga tercapai..aminn... ok..dah kena masuk tidur..susu dah habis satu gelas minum..mata dah kuyu nii.. syukran buat yang membaca entry ini.. moga anda semua berbahagia dengan hidup maasing2 dan berada dibawah rahmatNya..=======<@ jumpa lagi di entry akan datang.Salam.....papai.

Tuesday, October 4, 2011

Sahabat antaraTerapi Jiwa...


Salam alaike...salam satu malaysia..salam perpaduan ( ceh,,nii tempias tgk forum dalam class wacana akademik laaa ni..hehe)

Ok...bnyak entry nak post sebenarnya..kan dah lamer xbuka blog..so,banyak cerita yang terkumpul di kotak fikiran untuk dicoretkan di CIkSitiWanTembam's corner nii..hehe Tapi malam ni..juz nak story perihal yang terlintas kat fikiran time nii jaa..

Sebenarnya fatihah baru balik umah jer nii..hehe...tadi p lepak rumah Anggerik aka miss Rogayah...asalnya niat nak ciapkan xsimen jurnal malam nii.tapi boring betul menghadap jurnal. dahla bi..eh2...sejak biler xsuka bi ni haaa... Oh, iluv TESL.. tapi paham2 laaa.lau ilmu tuu lamer tak dipratikkan...memang cepat jer tumpul kan.

So, untuk menghilangkan kebosanan..fatihah p laaa bilik gayah. Kat bilik dy ku jadi tukang urut pulaaa...hahaa...diorang sengal2 badan.Tapi best urut2 orang nii..time ni laa nak balas dendam picit kuat2..kih3! xderlaa..adat hidup di asrama kan..kawan2 laa kiter harapkan..lau kat rumah tak apa..ader ibu yang leh urutkan. Sambil2 urut tuu borak2 laaa macam2...testing shawl lah..macam2..kongsi resepi laa.. tup2 sampai kul 1.. kejap jer masa lau duk hepi duppy nih..

Tapi sememangnya moment dengan kawan2 tuu penting..kawan2 dapat jadi terapi jiwa kita time sedih, gelisah or anything else. Sebab biler dah gelak dgn kawan2 tuu kite akan lupa problem2 yang ader.. hehee..ok dah cukup laaa saya merapu rasenya.. sajer jer nii..hahaa..xder motif aper2 pun..ok..ketemu lagi di next entry...tataatiti....